'MAS gagal kerana orang M'sia bodoh'
3:58PM - 6 Dec 2014
“Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”
Kata-kata itu diucapkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).
“Kebodohan” itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian yang dihadapi MAS, kata Mahathir dalam satu sidang media hari ini.
"Sekarang, mereka yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan,” katanya.
Khazanah Nasional pada Ogos lalu mengumumkan rancangan melibatkan dana RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS bagi membolehkan syarikat tersebut kembali merekodkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelanga 2017.
Ia melibatkan rancangan bagi penyenaraian semula MAS apabila ia kembali merekodkan keuntungan, dalam tempoh lima tahun selepas dinyahsenarai.
Prestasi kewangan syarikat MAS yang merosot sejak beberapa tahun lalu bertambah teruk selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga kes MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
Para pengkritik mendakwa pelaburan Khazanah dalam MAS sebagai satu usaha penyelamatan kerajaan.
CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari.
Orang Malaysia tak bodoh.
ReplyDeleteYang bodoh tu orang orang Melayu.
Mahathir tu mamak.
Cina tak bodoh , ekonomi Cina tanggung.
Orang orang Melayu rata rata bodoh ; itu fakta !
Bukan semua melayu itu bodoh, tapi hanya melayu Umno saja yg bangang. Cina yg tak bodoh adalah cina yg tidak menyokong UMNO/BN. Cina yg menyokong UMNO/BN pula tetap bodoh juga.
DeleteSelagi arak masih di jual dlm kapal terbang Mas, aku dan keluarga tak akan naik MAS lagi sbb aku tak nak dapat share dosa free...biar la kapir aje naik...
ReplyDeletesiapalah agaknya yg 'oversee' MAS selama 22 tahun jadi PM? bodoh piang juga
ReplyDelete