Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 3, 2014

Kerjasama Pas - Umno di Kelantan: Mungkinkah PAS Masuk Perangkap Lagi?

Kerjasama Pas - Umno sedang dirintis di Kelantan?

IKTISAR

Semalam dilaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Annuar Musa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas MB Kelantan Ahmad Yaakob yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan. Kunjungan itu dalam rangka mencari jalan untuk memantapkan bola sepak Kelantan.

Ahmad ada kuasa melakukan sesuatu.
Kunjungan tersebut disertai pemimpin tertinggi Kafa. Turut sama ialah Exco Belia dan Sukan Kelantan Ramli Mohamad dan juga ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang juga sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia.

Tampaknya Ahmad Yaakob menerima baik kunjungan itu dan memberi jaminan kerajaan negeri akan berkerjasama dengan Kafa untuk mempertingkatkan kemajuan bola sepak Kelantan. Sebelum ini pun katanya kerajaan senantiasa membantu Kafa. Mengapa tidak, kecemerlangan Annuar Musa memimpin bola sepak Kelantan sedikit sebanyak boleh ditumpang "tui" oleh Ahmad Yaakob.

Signifiken kepada kunjungan itu, sebuah jawatan kuasa penyelaras di antara Kafa dengan Perbadanan Stadium Kelantan akan dibentuk dengan dipengerusikan oleh Exco Ramli Mohamad. Sudah pasti pembentukan jawatankuasa penyelaras itu akan dapat memajukan lagi pembangunan sukan di Kelantan khasnya bola sepak.

Idea penubuhan jawatankuas ini bagus dan ia dilihat satu usaha ke arah menjalin kerjasama untuk kepentingan bersama secara lebih bermakna lagi. Pembentukan jawatankuasa sukan itu dilihat sebagai kesenimbungan kepada pembentukan beberapa jawatankuasa bersama sebelum ini. Ini mencerminkan bahawa kerajaan pimpinan Ahmad Yaakob mesra Umno dan berbaik-baik sesama Melayu dan Islam.

Seperti sedia maklum sebelum ini telah dibentuk jawatankuasa khas berhubung pengagihan royalti Petroleum di Kelantan. Kemudian diikuti dengan pembentukan jawatan kuasa teknikal mengenai perlaksanaan Hukum Hudud. Yang menjadi persoalannya, apakah kerajaan negeri memperolehi manfaat besar daripada penubuhan dua jawatankuasa berkenaan? Atau pun kerajaan negeri terayun-ayunan dengan angan-angan sahaja dengan penubuhan komiti tersebut.

Misalnya apakah kerajaan negeri sudah menerima wang royalti Petroleum yang sepatutnya diterima. Khabarnya pemberian wang royalti itu pun diberi menerusi badan tertentu. Apakah wang itu telah digunakan untuk tujuan pembangunan termasuk menampung tabung pendidikan, kegiatan agama dan sosial di Kelantan, atau ia dimanfaatkan oleh institusi tertentu sahaja yang bersifat peribadi?

Kerajaan Kelantan perlu mengumumkan perkara ini kerana rakyat ingin mengetahui kalau tidak secara mendalam tetapi secara "gabah" pun tidak mengapa. Adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahuinya. Saya yakin hari ini rakyat Kelantan masih belum mengetahui secara sahih mengenai pemberian wang itu dan eceran perbelanjaanya.

Dari sudut lain kerancakan menubuh jawatankuasa bersama antara kerajaan Pas Kelantan dengan Umno itu sesuatu yang menarik dan menimbulkan persoalan. Apakah selepas ini banyak lagi jawatankuasa bersama meliputi semua aspek akan bentuk dan akhirnya wujud kerajaan campuran yang dimbangi sesetengah pihak dalam Pas di Kelantan.

Ada kemungkinan telahan ini menjadi kenyataan. Keadaan kewangan Kelantan yang tidak begitu kondusif kini ia membuka ruang baru kepada Umno untuk membantu kerajaan Kelantan. Tidak jadi masalah, asalkan Umno ikhlas dan tidak bermain politik. Dan kerajaan negeri seperti orang miskin yang mudah hormat dan terpesona dengan orang kaya lebih bersifat menadah tangan sahaja.

Secara peribadi molek juga kalau Pas mengadakan kerjasama politik dengan Umno untuk kebaikan umum. Cuma apa yang perlu diingatkan janganlah Pas terperangkap dan terpesona dalam janji-janji muluk Umno. Misalnya dengan adanya jawatankuasa penyelaras antara Kafa dengan Perbadanan Stadium Kelantan itu jangan pula sampai Kafa lebih bersar daripada Perbadanan Stadium dan Annuar Musa lebih berkuasa dna terkedepan daripada Exco Sukan Kelantan.

Satu langkah bijak bagi Ahmad Yaakob dan Exconya kalau diwujudkan kerjasama peringkat jawatankuasa dengan Umno dari semua aspek kerana ia boleh membantu kerajaan negeri yang kini kekurangan kewangan. Sumber kewangan waktu ini sangat terhadap dan kerajaan negeri sudah sampai ke peringkat kritikal. Dengan adanya kerjasama kemajuan bersama, ia merengankan beban kerajaan negeri.

Sebuah lagi jawatankuasa bersama yang sangat diperlukan ialah jawatankuasa pembangunan pendidikan di Kelantan. Sudah sampai masanya kalau kerajaan negeri menerusi Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang bertanggungjawab membangunkan pendidikan bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Kelantan atau pun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Kerjasama itu bukan sahaja menyelaraskan korikulum pendidikan agama dan akademik tetapi juga dari segi ekonomi, prasarana dan bantuan kewangan.

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Kota Bharu berhubungan status dan kapasiti sekolah-sekolah YIK sebelum ini boleh diguna pakai. Kajian itu boleh dirujuk untuk menyegerakan penubuhan jawatankuasa pembangunan pendidikan bersama yang dimaksudkan itu.

Kerjasama Pas dengan Umno lebih baik dan perlu bagi mengelakkan kerajaan Kelantan hari ini berada dalam keadaan parah dan kritikal disebabkan masalah kewangan dan beberapa masalah lain yang sukar dilengsaikan. Kekurangan pelabur asing masuk ke Kelantan menjadikan pendapatan negeri berkurangan. Ini pula ditambah dengan kekurangan pengeluaran dalam industetri tanah, balak dan mineral (biji besi, emas dan sebagainya) menjadikan tabung kewangan Kelantan semakin kering.

Adalah langkah bijak kalau kerjasama politik itu dipercepatkan. Perbincangan ke arah itu yang sudah bermula perlu diteruskan tanpa mempedulikan sunggutan dan kebimbangan yang tidak berasas. Ahmad Yaakob sebagai MB berhak dan berkuasa untuk menentukan nasib dan masa depan kerajaan yang dipusakai daripada Nik Aziz. [wm.kl.12:49 pm 03/12/14]

6 comments:

  1. pelandok selalu lupakan jerat ! jerat yang amat khianat & bahaya ! ABU !

    ReplyDelete
  2. PAS di pimpin orang orang Melayu GAGAL.

    Ke mana pergi pun , PAS akan GAGAL.

    PAS perlu banyak membaca kisah kisah politik lampau.

    Orang orang Bahalol tak boleh tambah nilai kemajuan di mana mana pun.

    PAS perlu Ubah , belajar dari Obama juga dari Putin.

    PAS perlu baca Huffingtonpost.com , kalau lemah bahasa inggeris maka mula belajar lah.

    Budak Tadika mungkin dapat pimpin PAS lebih baik dari yang sedia ada.

    PAS GAGAL , salah kan Cina pulak.

    ReplyDelete
  3. kalau hati dah rosak.....otak pun tak berfungsi...mso

    ReplyDelete
  4. Kelantan dipimpin oleh penjilat tegarUG
    Lepas ni lingkup la PAS kelantan
    Tunggu la saat itu

    ReplyDelete
  5. adakah episod kedah akan berulang lagi. 'mesra umno' - kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Abe

    Ambo paste skit komen ambo di blog MSO didalam N3 topik yang sama.
    .......................
    Jika kita kaji dari aspek dasar PAS hari ini, apa yang dilakukan oleh kerajaan PAS Kelantan adalah menentang keputusan dasar ters3but. Dalam kes Kelantan, tindakan yang diambil lebih kepada tindakan membuta tuli menyerahkan t3ngkok kepada UMNO kerana ketidakmampuan pemimpin utama kerajaan negeri mentadbir negeri. Iadi mereka ambil jangan mudah cuba subkontrak tanggungjawab mereka kepada UMNO. Ini kes pak kaduk naik junjung. Orang yang tidak layak dan tidak mempunyai kebol3han diberi amanah diluar kemampuan diri.

    Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya masaalah yang dihadapi sekarang tidak ada bezanya dengan masaalah yang dihadapi oleh kerajaan TGNA selama 23 tahun juga. Masaalahnya hasil negeri begitu kecil dan terlalu bergantung kepada balak. Geran-geran hak negeri yang sepatut diberi oleh kerajaan pusat dibawah perlembagaan dil3ngah-lengahkan. Tetapi kerajaan TGNA boleh survive selama 23 tahun!Mengapa mereka yang memerintah tak sampai sepenggal pun sudah tak mampu menangani masaalah yang sama? Soal k3bolehan dan kemampuan melaksanakan tanggungjawab kan?
    .............................

    Ceritanya mudah sahaja. MB dan TMB tidak mampu dan tidak mempunyai kebolehan hendak menghadapi cabaran dan masaalah yang sama yang digalas oleh TGNA dan Exco b3liau selama 23 tahun dengan baik.

    Apa masaalah memerintah Kelantan ambo dah jelaskan sebelum ini. Masaalah ini bukan sahaja dihadapi oleh kerajaan PAS sekarang sahaja tetapi juga oleh kerajaan PAS dibawah TGNA dan keeajaan UMNO Kelantan ( 1978- 1990) dulu juga.

    Mengapa kerajaan TGNA boleh menanganinya selama 23 tabun, Ahmad Yaakob dan Nik Amar tidak mampu walaupun baru memikul beban itu 1/2 penggal je? Ini persoalan pokok sekarang.

    Jadi mereka ini terlalu cerdik sangat, satu-satu jalan yang mereka mampu fikir adalah mereka hendak SUBKONTRAK TANGGUNGJAWAB MEREKA KEPADA UMNO BARU!

    Nyata mereka tidak kenal UMNO Baru dan amat tidak kenal siapa Najib. Naj8b bukan Paklah. Najib lagi berat dari Mahathir.

    Setakat ini mereka telah serah 1/2 dari projek Lebuhraya Rakyat atau Lebuhraya Kuala Krai - Kota Bharu kepada kerajaan pers3kutuan. Hudud pun dia subkontrak kepada UMNO/ Kerajaan Pusat. Mereka berdua tidak faham implikasi apabila tiba PRU 14 nanti. Datang PRU 14 nanti, UMNO akan guna isu betapa teroknya PAS memerintah Kelantan. UMNO canang senarai projek2 yang Ahmad Yaakob serah kepada kerajaan pusat. PAS saya nampak akan terkulat-kulat menghadapi PRU 14 d8 Kelantan.

    Kita telah diberi preview macamana kemp3n PAS didalam PRK P3ngkalan Kubur. Letih. Takde isu yang boleh memberi kelebihan kepada PAS. Lebuhraya Rakyat dah diserah kepada UMNO. Hudud juga diserahkan. Apa UMNO buat, dia kempen main-main je. UMNO guna lebih t3ktik beri hadiah seperti microwaves, duit dan lain-lain goodies. Terkulat-kilat PAS Kelantan didalam PRK Pengkalan Kubur. Itupun mau salahkan Anwar Ibrah8m tak turun menolong.

    inilah yang akan dihadapi oleh PAS Kelantan dalam PRU 14 nanti. Mereka akan kelu lidah hendak menjawab serangan2 UMNO nanti. Apatah lagi rakyat Kelantan sekarang sudah hampir pasti akan menghukum PAS Kelantan. Hehehe...bagi penyokong Husam, jangan risau. Jika berlaku tsunami UMNO di Kelantan di dalam PRU 14 nanti, Husam masih selamat.

    Jadi PAS Pusat perlu segera menukar kepimpinan kerajaan Kelantan. Tapi dengan TGHH dibelakang, boleh ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa