Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 15, 2014

Kuasai Putrajaya Atau Ucapkan 'Selamat Tinggal'

PRU13 raihan undi popular PR 51% akan hilang pada PRU14 nanti
Hanya totok PAS, totok DAP dan totok PKR saja yang akan undi mereka
Yang jenis berkecuali/atas pagar yang dulunya condong kepada PR akan lari atau pun tidak akan mengundi kerana mereka akan rasa kecewa.....

DAP-PKR-PAS diminta menilai diri sendiri
 | December 15, 2014
Hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia
pas dap pkrKUALA LUMPUR: Gabungan DAP-PKR-PAS harus menilai diri sendiri sama ada ia mahu menguasai Putrajaya atau berterusan memperjuangkan agenda masing-masing.
Profesor Dr Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ketiga-tiganya hanya kuat dan boleh ke depan sekirannya bergabung berbanding berjuang secara sendirian.
Menurutnya, pilihan raya umum ke-14 merupakan peluang terbaik kepada pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya atau ia harus mengucapkan ”selamat tinggal.”
Beliau menjelaskan, hukum Hudud hanya merupakan isu politik kerana pada hakikatnya ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana Malaysia.
”PAS sememangnya akan memperjuangkan Hudud kerana PAS sendiri berasaskan kepada Islam,” tambahnya yang merupakan Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN).
Profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan itu berkata: “PAS tidak boleh melepas perkara itu (Hudud) walaupun sedar ia tidak boleh diimplementasikan.”
Sewaktu diaju soalan mengenai adakah Hudud hanya retorik politik, Dr Jayum menjawab: “Boleh dikatakan begitu, kerana ia hampir dengan retorik.”
“PAS dan DAP harus bekerjasama, dari sejarahnya juga, PAS dan DAP tidak kemana jika bersendiri. Memang nampak DAP dan PAS semacam hebat, tetapi mereka hebat apabila bersatu,” katanya sebagai mengulas kontroversi berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Hudud perlu ditolak jika Pakatan Rakyat ingin memenangi PRU-14.

4 comments:

  1. Pakatan Rakyat ada pemimpin bijak ideal , ada jugak pemimpin yang perasan bijak tapi bahalol tahap benggap.

    Untuk PR maju kuasai Putrajaya , perlu orang orang nelayu punya undi. Tetapi orang melayu rata rata bshalol akan undi pemimpin benggap dalam umno , kemudian dalam pas.

    PR perlu buka minda orang orang melayu bodoh ini dahulu , bagitau praktik agama Islam betul3 jangan harap rasuah br1m jugak

    ReplyDelete
  2. aku rasakan PAS patut keluar dari PR, nak harapkan PKR sokong Undang2 Islam? puiiih. walaupun bangsa dan agama berlainan tapi DAP dan PKR 2X5,5X2 aje

    ReplyDelete
  3. Hukum Hudud hanya gimmick puak-puak serban untuk menunjukkan betapa tingginya keimanan dan keislaman mereka....ingin menunjukkan kepada dunia bahawa merekalah jaguh dalam menegakkan hukum Allah di muka bumi ini dan hak bercakap tentang Islam hanya di tangan mereka saja, orang lain tidak layak. Sayangnya kita tiada alat pengukur keiklasan di dalam hati-hati manusia. Jika ada, sudah pasti kita dapat melihat segala kekotoran yang ada di hati-hati mereka yang bersifat munafik dan berlindung di sebalik gelaran ulamak.

    Mereka gagal menyakinkan orang bukan Islam terlebih dahulu tentang kemurniaan agama kita serta keadilan yang dibawa oleh Islam. Sebenarnya mereka tidak lakukan apa-apa pun ke arah tersebut. Sebaliknya mereka terpekik terlolong tidak sabar-sabar mahu melaksanakannya ibarat pengantin baru yang tidak sabar-sabar menunggu malam pertama.

    Jeritan untuk melaksanakan hudud akan lebih kuat setiap kali menjelang PRU atau pemilihan dalam parti. Ini lah bukti bahawa puak-puak ini HIPOKRIT besar, sebesar serban di kepala.

    Perbuatan mereka hanya membuatkan masyarakat Islam lari lebih jauh dan mewujudkan penentangan. Hakikatnya penentangan ini datang dari majoriti ahli PAS sendiri ...bukan kerana mereka tidak mahu hudud tetapi kerana mereka rasakan masih banyak perkara asas yang belum dilakukan oleh ustaz-uztaz ini ke arah perlaksanaan hudud.

    Ustaz-ustaz PAS kena ingat bahawa hudud bukannya untuk digimmikkan sebagai alat politik atau isu untuk terus mendapat sokongan ahli. Perlaksanaan hudud memerlukan keiklasan hati mahu menegakkan syariat Islam, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

    Setakat ini jeritan untuk melaksanakan hudud hanyalah dijadikan alat oleh lebai-lebai PAS untuk meraih sokongan penyokong yang kurang terdedah kepada maklumat ...sama seperti slogan "pembela orang Melayu" yang dilaungkan oleh UMNO setiap kali perhimpunan agong mereka .... cuma rhetorik kosong.

    Ringkasnya Ustaz-uztaz PAS guna HUDUD untuk menipu pakcik kampong manakala pemimpin UMNO gula perjuangan Melayu untuk berbuat demikian.

    ReplyDelete
  4. Hudud adalah dari Allah dan untuk orang2 ISLAM. Orang2 ISLAM WAJIB menyokongnya, dan penjelasan berkaitan Hudud bknnya terletak pada kepimpinan ISLAM sahaja tapi kepada semua yg mengaku ISLAM.
    Sepatutnya org ISLAM tahu apa itu Hudud dan syariat ISLAM dan KENAL apa itu Al Quaran, kalau tak faham atau tak nak Hukum Islam lebih baik diam jangan menuding jari kearah orang lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa