Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 8, 2014

Lawak Bangsawan: Korang Jangan Gelak Membaca Penglipur Lara Ni!

Minyak turun harga berkat doa menteri?
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI.


1. Doa seorang Menteri Kanan Umno telah dimaqbulkan oleh Allah. Menteri tersebut menulis dalam twitternya yang diprintscreen oleh beliau dan dikongsi dalam WhatsApp group yang saya salah seorang ahlinya "saya maklum kepada pemberita tentang harapan agar OPEC tak kurangkan pengeluaran minyak, maka Kerajaan boleh turunkan Ron95 di Malaysia".

2. Hari ini doa tersebut telah dimaqbulkan. Satu artikel dalam Berita Harian hari ini menyebut pada mukadimahnya "saham mewah Bursa Malaysia menjunam pada minggu lalu dicetuskan dengan kejatuhan jualan asing mendadak pada saham minyak dan gas berikutan harga minyak mentah susut di bawah AS$65 satu tong, selepas OPEC memutus untuk tidak mengurangkan pengeluarannya".

3. OPEC tidak mengurangkan pengeluarannya, maka harga RON95 sudah turun iaitu RM2.26 sen seliter iaitu turun 4 sen daripada sebelumnya. Betullah kata menteri tersebut!

4. Berkat doa menteri tersebut, bayaran yang perlu ditanggung oleh negara dek keinginan turun 4 sen harga RON95 ialah negara kehilangan hasil petroleum yang sangat besar mungkin melebihi RM35 bilion!

5. Asasnya ialah sepertimana laporan Berita Harian hari ini juga pada halaman B3 "angka kewangan nampak kurang menyenangkan. Dijangkakan bagi setiap penurunan AS$1 harga minyak mentah, pendapatan negara secara teori boleh menyusut RM1 bilion (RM1000, 000,000)".

6. Dengan harga minyak mentah antara AS$100-AS$110 sebelum ini, Petronas menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM68 bilion pada tahun lalu. Pada minggu lalu, Petronas mengumumkan hanya mampu menyumbang kepada kerajaan sebanyak RM43 bilion sahaja kepada pendapatan negara jika harga minyak mentah kekal pada paras AS$75 setong. Tapi sekarang harga minyak berkat doa menteri ialah AS$65 setong. Berapakah kerugian pendapatan negara sekarang?

7. Kerana kedekut dan bakhil untuk memberikan subsidi minyak berjumlah RM20 bilion setahun dan kerana kemaruk untuk menarik subsidi rakyat yang dikosmetikkan dengan alasan "merasionalkan subsidi minyak" Allah telah menarik hasil negara RM25-35 bilion! 

8. Maafkan saya wahai saudaraku menteri, nasihat ikhlas saya, berhati-hatilah apabila mahu berdoa! 

5 comments:

  1. Lahhh....

    Budak bahalol ada di mana2 dan Bahalol memang tanpa batasan.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Sapa kata ulamak hebat Doktor Attakiri hanya tau bab ugama sahaja dan buta kayu pasai emonomi......Doktor kita ni pun hebat juga pasai ekonomi.....kahkahkah.

    komen paling original pasai ekonomi Doktor hebat kita ialah Allah telah memakbulkan doa seorang menteri kanan UMNO....kahkahkah. Menteri ni mesti taraf wali qutub ni...doktor kita ni kagum sakan dgn menteri tersebut...

    Itulah hangpa.....pandang ulamak takde kelas....itu belum member ulas pasai sains buat roket ke angkasa lepas lagi

    Yang lain-lain tu maklumat awam yang dilaporkan oleh semua media.

    Antara menteri-menteri kanan UMNO : Muhyidin, Hishamuddin, Zahid, shafie afdal ( itu yg saya ingat). Agak2 doa menteri mana yg dimakbulkn.

    ReplyDelete
  3. Mamat ni doktor vetrinari ke?

    ReplyDelete
  4. Ooo berat nanang geng pas lo ni... Makin melalut le geng ug ni... Suruh le depa tu bergabung
    Umno ......

    ReplyDelete
  5. Munkin dalam hatinya berkata ini baru berdoa sudah dimakbulkan, kalau buat sembahyang hajat lagi berkat agaknya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa