Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 5, 2014

Lawak: Semasa Pairin Berjawatan KM Pernah Maklumkan Kepada Mahathir

Pairin gesa sindiket PTI, individu ditangkap
 | December 4, 2014
"Cukuplah! Kita sudah bosan dengan orang-orang ini. Kita sudah ada banyak masalah lain."
pairin kitinganKOTA KINABALU: Kerajaan mesti memberi “perhatian khusus” kepada sindiket yang memalsukan kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran dan dokumen lain yang disebut dalam laporan Royal Commission of Inquiry (RCI) mengenai pendatang tanpa izin (PTI), yang dikeluarkan kepada umum, kelmarin.
Timbalan Ketua Menteri, Joseph Pairin Kitingan, berkata masalah PTI sudah menjadi isu lapuk bagi Malaysia dan sindiket atau individu yang melakukan kegiatan ini mesti dihentikan.
“Cukuplah! Kita sudah bosan dengan orang-orang ini. Kita sudah ada banyak masalah lain,” katanya selepas menyampaikan anugerah pekerja cemerlang di ibu pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh kerajaan, susulan daripada laporan RCI mengenai PTI di Sabah katanya, ialah memastikan PTI tidak lagi memasuki negeri ini.
Negara ini, kata Pairin, mempunyai undang-undang dan ia patut digunakan sepenuhnya. Mana-mana orang yang tidak memiliki dokumen sah, tidak patut dibenarkan masuk di sini. Apa yang diperlukan sekarang katanya, ialah azam politik yang kuat untuk melakukan sesuatu kerana pada masa ini, semangat itu dapat dirasakan oleh semua pihak.
Langkah-langkah untuk menghentikan kehadiran PTI daripada selatan Filipina dan Indonesia sepatutnya sudah lama dilakukan tanpa perlu menunggu adanya cadangan-cadangan dalam RCI, tegasnya.
“Tindakan ini patut dilakukan walaupun tanpa jawatankuasa kekal mengenai PTI atau jawatankuasa bekerja yang dicadangkan dalam RCI,” katanya menambah kerajaan berjanji mengambil langkah drastik menangani masalah ini.
Beliau mengulangi langkah utuh untuk mencegah diperlukan untuk membanteras kebanjiran PTI dan ini merupakan “isu yang perlu kerajaan tangani dengan segera.”
Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infastruktur, adalah salah seorang daripada saksi yang memberi keterengan dalam inkuiri RCI selama 43 hari yang diadakan pada 14 Jan tahun lalu.
Dalam keterangannya, Pairin merungut parti pimpinannya Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah membangkitkan masalah itu kepada pihak berkuasa, namun tidak banyak dilakukan untuk menanganinya.
Ketika menjawat Ketua Menteri, beliau mengarahkan Institut Kajian Pembangunan (IDS) mengadakan kajian mengenai kehadiran ramai PTI di Sabah pada 1988. Malah beliau juga pernah memaklumkan kepada Perdana Menteri ketika itu Mahathir Mohamad dan Majlis Keselamatan Kebangsaan mengenai penemuan IDS.
Pada 2007, sekali lagi beliau mengemukan memorandum kepada bekas perdana menteri Abdullah Badawi mengenai “jumlah besar” PTI di Sabah. “Kerajaan berkata yang ia akan mengambil langkah-langkah drastik menangani masalah PTI, namun tidak banyak dilakukan.”
Katanya, jika tiada tindakan diambil terhadap sindiket ini, “kita akan terus ada individu-individu yang terus menerus menyebabkan masalah kepada Malaysia, terutamanya rakyat di Sabah.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa