Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

Macam-Macam: Badminton Pula Ke Mahkamah

Chong Wei akan bawa Razif ke mahkamah
December 2, 2014
Peguamnya sudah menghantar surat kepada Razif beberapa hari yang lalu dan akan selesaikan perkara ini di mahkamah.
lee chong weiKuala Lumpur: Pemain badminton nombor satu negara, Lee Chong Wei mengesahkan bahawa beliau kini sedang memfailkan saman terhadap Razif Sidek yang mendakwanya menggunakan bahan terlarang sejak dari dulu lagi.
Bekas pemain badminton kebangsaan Razif Sidek sebelum ini memberitahu Kosmo pada 11 Nov lalu bahawa beberapa pegawai BAM menyedari Chong Wei telah mengambil bahan terlarang sejak dulu lagi, tetapi rahsia itu disimpan kerana Chong Wei adalah pemain badminton terkemuka dunia.
Selain itu dia juga mendakwa Chong Wei pernah mengupah seorang doktor asing untuk merawat dia.
“Peguam saya sudah menghantar surat kepadanya beberapa hari yang lalu dan kami akan menyelesaikan perkara ini di mahkamah. Beliau (Razif) telah menelefon saya untuk meminta maaf selepas menerima surat itu, tetapi apa yang terjadi sudah terjadi, “kata Chong Wei yang marah dengan perkara tersebut.
“Saya tidak boleh membiarkan perkara ini kerana dia memfitnah saya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa