Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 11, 2014

MAS sudah lama hilang barakah

Perkhidmatan MAS sudah lama hilang barakah
OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 10 DEC 2014

Kaji semula pelantikan Christop R. Mueller dan ambil pendekatan agama bagi dalam menyediakan perkhidmatan supaya pendapatan lebih barakah.
Itu pandangan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri merungkai kemelut MAS.
"Saya tidak menafikan prinsip ‘put the right person on the right position’ dalam isu penentuan CEO MAS yang baharu.
"Islam pun memperihalkan secara teliti persoalan kelayakan dan kemampuan dalam perlantikan seseorang ketua.
"Namun, dalam soal menerajui MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan negara, tidak memadai sekadar seseorang itu berkeupayaan memulihkan angka untung rugi MAS," katanya dalam kenyataan disini hari ini.
Lagi pun, menurut Mohd. Khairuddin, ketidakyakinan yang disuarakan oleh Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam pemilihan CEO MAS juga berasas.
Walaupun secara jangka pendek Mueller mungkin boleh memulihkan MAS, namun secara jangka panjangnya beliau belum tentu dapat memacu pertumbuhan keuntungan MAS mengambil kira cabaran mengendalikan syarikat penerbangan di rantau Asia Tenggara adalah berbeza dengan Eropah kerana institusi itu tidak dimiliki oleh kerajaan.
"Apa yang lebih penting ialah CEO yang dilantik itu mestilah juga memiliki dan menghayati aspirasi yang dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia dan menganut faham makna yang sesuai dengan citra rakyat negara ini yang berbilang kaum dan menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan dalam konteks hak dan tanggungjawab, kebebasan, perpaduan, kebudayaan dan keagamaan.
"Jika tidak, dia akan mengoperasikan MAS melampaui kerangka yang dipersetujui oleh kita termasuklah mengekalkan perkara-perkara yang tidak menepati syariah pada aspek penampilan atau pemakaian pramugari dan penyediaan minuman keras semasa penerbangan serta caj arak dalam bayaran tiket.
"Perkhidmatan penerbangan negara harus sekali menjadikan ajaran Islam sebagai garis panduan dalam menyediakan perkhidmatan," jelasnya.
Oleh yang demikian, Mohd Khairuddin mendesak kerajaan dan Khazanah Nasional Berhad mengkaji semula pemilihan dan perlantikan CEO baharu MAS dengan mengambilkira pandangan yang dikemukakan oleh tokoh pemimpin negara seperti Tun Mahathir, dan juga bekas CEO MAS seperti Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang tetap mahukan MAS dikendalikan oleh seorang ketua warga tempatan.
"Saya juga mendesak kerajaan dan Khazanah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Syariah dalam pentadbiran MAS dengan memasukkan item penubuhan jawatankuasa ini sebagai sebahagian daripada pelan 12 perkara pemulihan MAS bagi memastikan urusan pengendalian kewangan dan penyediaan perkhidmatan penerbangan MAS adalah patuh syariah.
"Saya bimbang MAS sudah lama kehilangan berkatnya. Maka jadikanlah peluang penyusunan semula ini untuk meraih keuntungan yang barakah," ujarnya.--MalaysiaGazette

5 comments:

  1. mungkin 'orang' yang mempersetujui perlantikannya pun dalah lama hilang barakahnya..??????

    ReplyDelete
  2. Mungkin 'orang' yang mempersetujui perlantikannya pun dah lama hilang barakahnya...????

    ReplyDelete
  3. Biar lah orang German bukti kan kualiti otak nya dulu jika gagal baru henti kan dia.

    Orang orang Melayu sudah di bukti gsgsl bahalol , nak jaga gerai burger pun tsk boleh.

    Doktor doktor pun banyak bahalol , cakap Imggeris pun gagap ; budak tadika pun ada lebih fasih.

    Cukup lah , kslau sendiri bahalol tak perlu jutaan Melayu dan negara pun nak di jadi kan bahalol.

    Tengok muka orang orang Bahslol sudah tahu memsng Bahalol.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Kita m3nyambut baik usaha At takiri mengulas isu ini. Kita bersangkabaik akan tujuan b3liau. S3kurang-kurang ada perubahan dari apa yang dia dok merapu selama ini dengan membawa ratib-ratib UG bertujuan untuk meng3liru dan memecahb3lah perpaduan dikalangan ahli-ahli PAS.

    ReplyDelete
  5. At-takiri ni mungkin sengaja buat2 lupa yakni bukan saja MAS yang dah hilang barakah... tetapi kerajaan Malaysia yang bertunggakkan UMNO juga telah lama hilang barakahnya kerana tidak amanah dan banyaknya rasuah oleh pemimpin dalam memimpin negara! Pemimpin yang tidak amanah inilah juga yang at-takiri dan geng cuba bodek dan jadikan sebagai 'baik' dalam komen tentang MAS... pooooddah!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa