Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, December 17, 2014

Tragis: Mati kena ‘goreng’

ORANG ramai tidak dapat menyelamatkan penunggang motosikal yang terbakar

Beijing: Seorang penunggang motosikal ‘digoreng’ hidup-hidup selepas kabel elektrik bervoltan tinggi putus, terbakar dan terkena kepalanya di sebuah jalan utama di Wuning.

Shaiming Liang, 33, serta-merta dibakar sebelum motosikal ditunggangnya meletup.

Saksi, Gang Shih, 27, berkata kejadian berlalu terlalu cepat dan mangsa tidak sempat diselamatkan langsung.

“Memang ngeri. Saya berpaling selepas terdengar bunyi letupan kuat dan melihat asap tebal keluar dari badan mangsa sebelum badannya dijilat api.

“Apa yang saya lihat terlalu menggerunkan dan tidak mungkin melupakannya,” katanya.

Bomba hanya dapat mengalihkan mayat Shaiming yang masih terbakar selepas bekalan elektrik di laluan itu dipadam.

Gambar tempat kejadian menunjukkan kabel berkenaan terbelit di leher mangsa ketika dia melintas di kawasan itu dan terbakar sebaik menyentuh kulitnya.

Sementara itu, dua pencuci jalan terbunuh manakala tiga lagi parah selepas dirempuh kereta apabila pemandunya hilang kawalan.

Ye Kung, 53, terbabas dan merempuh kereta dari arah bertentangan sebelum melanggar lima pekerja yang sedang membersihkan longkang tersumbat.

Seorang daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala satu lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa