Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 4, 2014

RCI: Laporan selamatkan Tengkok Mahathir?

Pada aku sebenarnya tak payah nak pedulikan sangat perkara ini
Majoriti Rakyat Sabah pun tak ambil peduli
Kalau mereka peduli takkan mereka masih memangkah dan memenangkan parti itu lagi!
Untuk apa kita di semenanjung nak ambil berat tentang hal mereka?

6:14PM - 3 Dec 2014
Laporan selamatkan Dr M, kata Jeffrey
Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah menyifatkan laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram di negeri itu yang dibentangkan hari ini menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Penduduk Sabah tidak gembira dengannya,” kata presiden Star Datuk Jeffrey Kitingan.

Katanya, mustahil untuk kerajaan dipersalahkan ekoran “projek IC” itu.

Ini kerana, dakwanya, situasi itu berlaku apabila kerajaan sendiri yang mengeluarkan kad pengenalan yang dipertikaikan.

Jeffrey menambah, kandungan laporan itu mengecewakan dan tiada isi walaupun mengambil masa lama untuk mendedahkan laporan dan cadangannya.

Projek IC kadangkala dirujuk juga sebagai “Projek M”, yang dikaitkan dengan Mahathir yang dituduh sebagai tangan belakang pemberian kerakyatan demi tukaran undi dalam pilihan raya. - sumber

5 comments:

  1. “Penduduk Sabah tidak gembira dengannya,” kata presiden Star Datuk Jeffrey Kitingan. Jika benar begitu, ayuh rakyat Sabah & Sarawak ...tolak BN dlm PRU14 nanti.
    ABU-Asalkan Bukan Umno!
    ABCD-Asalkan Bukan Cap Dacing!

    ReplyDelete
  2. mahafiraoun tu.

    jangan main2.

    ReplyDelete
  3. saya sokong statement admin yg kat atas tu. jgn pedulikan sabah sarawak.

    rakyat sabah sarawak dah ramai datang belajar bersekolah dan bekerja di malaya seawal tahun 70an. mungkin pencerahan tak sampai ke pulau borneo sebab bila datang malaya mereka terkena getah dumno!

    kalau ada kesedaran, dah lama sabahsarawak merdeka, maksud saya betul-betul merdeka.

    ReplyDelete
  4. Saya separuh sokong apa admin cakap.
    Separuh lagi tu kene tengok sudut yang berbeza.
    Cth; ada orang tengah nyaman2 ditidurkan oleh tuannya. Tapi sebelah orang tu ada api yang marak...
    Adakah kita biarkan atau ikhtiar kejutkan???
    Nak harap tuannya kejutkan... Memang tidak la...

    ReplyDelete
  5. Abe

    Memang betul kata Abe. RCI ini untuk menyelamatkan Mahathir.

    Elok kita renung balik mengapa Najib bersetuju untuk menubuhkan RCI ini. Najib m3ngumumkan penubuhan RCI ini pada 1 Jun 2012, seb3lum PRU 13.

    Dengan hasil laporan RCI yang sedang diperkatakan, ia mengesahkan tanggapan semasa Najib mengumumkan penubuhan RCI ini, bahawa RCI ini adalah satu strategi Najib untuk menghadapi PRU 13. Masa itu isu pendatang dari Selatan Filipina yang diberi kerakyatan dan IC ini telah membuat rakyat Sabah marah. Kebanjiran mereka m3nimbulkan pelbagai masaalah sosial k3pada penduduk Sabah. Mereka bersaing untuk mendapat pekerjaan, peluang perniagaan, perumahan dsbnya dengan rakyat tempatan.

    Jadi inilah sebab utama mengapa Najib setuju buat RCI. Apa kita ingat Najib bol3h setuju ke benda-benda macam ini kalau tidak untuk menyelamatkan diri dan batang tengkoknya. Gambaran awal tentang tujuan seb3nar Najib dapat dibaca oleh kita apabila te4ma rujukan diumumkan. Nampak ia s3kadar untuk menipu rakyat Sabah agar terus m3nyokong UMNO Baru terutamanya dan BN.

    S3karang dah terbukti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa