Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 2, 2014

RCI Sabah: Tidak Cadangkan Dalang “Projek IC” Didakwa?

4 penantian dari laporan RCI Sabah esok
mk - 7:00PM - 2 Dec 2014
Lebih setengah tahun selepas kerajaan menerima laporan suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah, Putrajaya akhirnya akan mengeluarkan dokumen berkaitan esok.

Kelewatan itu tidak mengejutkan selepas pendengaran enam bulan tahun lalu yang membayangkan wujudnya agenda untuk menukar demografi negeri itu secara kekal.

Semasa prosiding, tumpuan awam berkisar soal kemasukan pendatang haram secara tidak terkawal serta dakwaan wujudnya operasi rahsia melibatkan pihak dalam kerajaan untuk memberikan “kerakyatan segera” sebagai tukaran kepada undi pilihan raya.

Pembangkang mungkin menyifatkan laporan itu sebagai pewajaran terhadap dakwaan berpanjangan mereka terhadap penglibatan BN dalam kes itu.

Tugas sukar Putrajaya, yang sama kontroversi seperti kandungannya, bukan berkaitan apa yang telah berlaku, tetapi apa yang akan berlaku di negeri Sabah.

Berikut diketengahkan beberapa perkara tumpuan dalam laporan itu dan kenapa ia boleh membingungkan kerajaan.

'Warga tanpa negara'

Ramai kanak-kanak tanpa pengenalan diri di Sabah merupakan generasi ketiga pendatang asing atau pelarian sekitar tahun 1970 dan 1980.

Walaupun lahir di Sabah, mereka tidak mendapat kemudahan pendidikan dan kesihatan sempurna ekoran identiti itu. Malah, masa depan mereka juga kekal kabur.

Semasa pendengaran RCI, suruhanjaya diberitahu seramai 15,000 kanak-kanak di Sabah tidak dapat bersekolah kerana tiada sijil lahir.

Laporan yang dinanti-nantikan esok dijangka menyentuh isu ini, yang dilihat bakal memberi tekanan kepada Putrajaya untuk berdepan dengan isu yang sudah berdekad berlaku itu.

Satu penyelesaiaannya, yang dibayangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, melalui pemberian sijil lahir atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun, masalah itu cuba satu daripada banyak lagi masalah. Di Sabah, generasi kedua pendatang dan pelarian, yang kebanyakannya kelahiran Sabah, juga kekal tanpa pengenalan diri sehinggalah dewasa.

Dalang

RCI kemungkinan besar tidak akan mencadangkan hukuman terhadap pihak didakwa dalang memberikan kad pengenalan untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya, yang sering digelar pembangkang sebagai “Projek IC”.

Ini kerana ia bukan sebahagian daripada terma-terma penubuhannya.

3 comments:

  1. Abe

    Kita tahu bahawa projek ic Sabah adalah satu tindakan Mahathir untuk mengukuhkan kuasanya sebagai Presiden UMNO seterusnya m3ngukuhkan c3ngkaman kuasanya keatas jawatan perdana Menteri agar dia sentiasa selamat.

    Projek IC Sabah adalah kesinambungan dari ramcangan Mahathir untuk membina safe deposit baru untuk UMNO Baru di luar Semenanjung setelah orang melayu m3nolak UMNO Baru didalam PRU 1990 dengan membawa UMNO Baru ke Sabah.

    Dalam PRU 1990, UMNO Baru hanya memperolehi 46% undi popular dari keseluruhan jumlah undi melayu di Semenanjung. Walaupun UMNO/BN m3nang PRU 1990 ( antata sebabnya ialah gerrymandering dan isu Kuli pakai t3ngkolok kristian), tetapi hakikatnya UMNO Baru telah ditolak oleh orang melayu di Semenanjung di dalam percubaan pertama UMNO Baru didalam PRU set3lah UMNO diharamkan tahun 1987.

    Keputusan PRU 1990 di Semenanjung amat memeranjatkan Mahathir. Mahathir mengambil masa 2-3 tahun untuk monitor sokongan orang melayu di Semenanjung. Dalam tahun 1992/93 dia yakin UMNO Baru m3nghadapi masaalah untuk mendapat sokongan orang melayu di Semenanjung in future. Iniadalah faktor utama mengapa UMNO Baru dibawa ke Sabah dan bertindak menukar UMNO Baru dari sebuah parti melayu kepada sebuah parti bumiputra ( syarat utama jadi ahli UMNO Baru ialah bumiputra, kaum dan ugama dah tak penting). Idea asal Mahathir adalah membawa UMNO Baru ke Sabah dan Sarawak. Parti Taib Mahmud menentang keras kemasukan UMNO Baru k3 Sarawak.

    Perhatikan sebab mengapa projek ic Sabah dibuat.

    Semasa Mahathir m3mbuat keputusan untuk membawa UMNO Baru ke Sabah ( untuk menyelamatkan dirinya dan UMNO Baru), penggal parlimen selepas PRU 1990 HANYA BERBAKI 2-3 tahun sahaja lagi - masa boleh dikira suntuk. Ini satu perkara p3nting!

    Kedua, apabila UMNO Baru mahu masuk ke Sabah, didapati kaum majoriti di Sabah adalah kaum kadazan dusun yang kebanyakannya berugama kristian!

    Dengan masa yang suntuk untuk menghadapi PRU seterusnya, ia itu PRU 1995, Mahathir berpendapatan, nak tak nak kena guna kaum Kadazan Dusun ini untuk membantu UMNO Baru didalam PRU 1995.

    Itu pasailah sebelum UMNO Baru masuk ke Sabah, UMNO Baru telah mengadakan satu EGM khas untuk meminda syarat keahlian UMNO Baru. Syarat keahlian UMNO Baru diubah dari melayu dan Islam kepada s3mua bumiputra tak kira kaum atau ugama!. Jadi UMNO Baru telah menukar status partinya dari parti nasionalis melayi Islam kepada parti bumiputra sama seperti parti Taib Mahmud.

    Langkah ini adalah langkah sem3ntara kerana UMNO Baru kesuntukan masa untuk membuat pers3dian untuk menghadapi PRU 1995.

    Dengan izin Allah, UMNO/BN m3nang PRU 1995. Undi popular UMNO Baru di Semenanjung masih dibawah 50% - mengesahkan bahawa tindakan Mahathir membawa UMNO Baru ke Sabah adalah tepat!.Sehingga hari ini UMNO Baru masih dominan kerana sumbangan kerusi-kerusi parlimen dari Sabah!

    Mahathir tahu bahawa dia tidak bol3h mengharapkan sokongan kaum Kadazan Dusun selama-lamanya kerana kaum ini juga mempunyai parti mereka sendiri iaitu PBS pimpinan Joseph Pairin Ketinggan. Masa itu PBS juga kuat dan adalah parti pembangkang di Sabah.

    Dari untuk m3ncairkan k3bergantungan UMNO Baru kepada kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam di Sabah, maka dibawa pati-pati dari Selatan Filipina yang berugama Islam ke Sabah. Mereka ini diberi IC. Banyak bukti-bukti yang diketahui mereka ini juga didaftar sebagai pengundi dan ahli UMNO Baru. K3banjiran mereka ini sekarang ini m3nimbulkan ketidakapuasan hati rakyat asal Sabah.

    Jadi dengan latarbelakang rentetan peristiwa ya g dijelaskan maka kita tahulah kearah mana Laporan RCI Projek IC Sabah ini akan condong!

    Seb3narnya projek IC Sabah ini mempunyai banyak implikasi kepada negara. Tuan-tuan bol3h fikirlah s3ndiri. Saya hanya memberi latarbelakang apa yang berlaku untuk memberi pencerahan kepada generasi muda yang mungkin tidak aware tentang projel IC Sabah ini.

    ReplyDelete
  2. bat8

    Perkara ini seolah direstua oleh orang sabah dan pemimpin mereka sendiri.

    Oleh kerana perlembagaan telah diubah maka bolehkah nak harapkan UMNO membela agama Islam kerana UMNO bukan lagi parti Islam dan parti Melayu.

    Kesiankan orang melayu Islam? pemimpin dari parti inilah yang menyalak seantero dunia kononnya merekalah yang membela hak Melayu dan agama Islam!

    Satu lagi hakikatnya pemimpin yang terbelit dengan masalah dan kekotoran diri saja yang cukup takut kehilangan kuasa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Kebanyakan p3mimpin UMNO Sabah hari ini adalah dari.USNO. USNO.dimatikan(?) dan UMNO Baru masuk ke Sabah. Kalau tak silap saya, ada unsur pulas tangan dan h3lah dalam soal ini.

      Beberapa tahun lepas.ada usaha untuk m3mulihkan USNO.

      Jika kita perhatikan perlembagaan UMNO Baru, hanya syarat keahlian sahaja diubah semasa UMNO Baru h3ndak memasuki Sabah. Fasa-fasa lain masih kekal sehingga hari ini terutama fasa tujuan UMNO Baru: berkaitan d3ngan orang melayu dan Islam.

      Pelikkan? Perjuangan politik UMNO Baru yang berasaskan melayu dan Islam perlu mendapat sokongan kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam dari Sabah yang kebanyakan berugama kristian -setelah perjuangan ters3but ditolak ol3h orang melayu di semenanjung seperti k3putusan PRU 1990 dan seterusnya. Yang l3bih melucukan beberpa kampong siam di sekitar kubang pasu, kedah juga m3nyokong perjuangan melayu dan Islam dengan m3nubuhkan beberapa cawangan UMNO Baru yang ahli-ahlinya terdiri dari masyarakat siam yang berugama buddha!

      Jadi, dengan 2 kom3n saya diatas, adalah elok jika ada ahli-ahli UMNO Baru memberi komen dari perspektif mereka pula. Ia bukan soal siapa betul atau siapa salah. Perkara yang berlaku telah berlaku dan akan tetap menjadi rekod sejarah apabila subjek UMNO Baru dibincangkan oleh g3nerasi akan datang.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa