A Kadir dan Zam hanya menanti lohong untuk tibai Najib?
Cerita dana datuk rugikan Najib
mk - 7:14PM - 3 Mar 2015
Laporan akhbar berhubung pembiayaan pendidikan Datuk Seri Najib Razak oleh datuknya, pengasas bersama pusat peranginan Genting, didakwa tidak menguntungkan perdana menteri.
Berita di Utusan Malaysia dan Berita Harian semalam turut dipertikaikan oleh tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, dengan menyifatkan pendedahan itu boleh mencemar imej Datuk Sri Najib Abdul Razak.
Laporan itu dipercayai sebahagian cubaan pihak kerajaan membetulkan tanggapan tentang kekayaan Najib yang dipertikaikan sejak ia menjadi isu dalam laporan The New York Times.
"Adakah perlu Najib dan media massa arus perdana yang menyokong beliau membangkitkan hal (datuknya) Tan Sri Mohamad Noah Omar membiayai pendidikan cucu-cucunya kerana tidak dapat tidak orang yang mengetahui latar belakang Mohamad Noah akan mengaitkan beliau dengan lesen kasino?" kata Kadir dalam blognya hari ini.
"Di manakah dan apakah peranan penasihat media, komunikasi, perang saraf dan pereka imej Najib yang begitu ramai dan tergolong di dalamnya seorang penasihat orang putih?"
Akhbar milik Umno itu melaporkan semua anak Tun Razak Hussein dibiayai oleh Mohamed Noah dan perdana menteri kedua tidak pernah menggunakan dana awam.
Laporan ini sebahagian kenyataan Najib yang menegaskan bapanya seorang yang amanah dan berprinsip. Selain bersifat sederhana, bapanya juga tidak pernah dikaitkan dengan rasuah, tegas perdana menteri lagi.
Bekas ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) itu menambah:
"Apakah semua (kenyataan) ini ciri-ciri sokong membawa rebah dan harapkan pagar, pagar makan padi atau, lebih teruk daripada itu ia berupa petanda bahawa perdana menteri sedang kehilangan jalan cerita?"
Najib nak putar citer konon harta peninggalan dari datuk dia Noah. Nape Hishamuddin tak sekaya Najib sedangkan mereka sepupu yg berdatukkan sama dgn Noah. Rahah dan aruah Suhaila anak Noah. Nape harta Noah hanya kpd Najib aja. Isteri Hishamuddin tak jeles ke Rosmah cucu menantu Noah cam dia kaya melampau sampai anak Rosmah yg tidak pertalian darah keturunan Noah pun tumpang kaya raya hasil peninggalan harta Noah.
ReplyDeletePatutlah Najib sampai tua tak pandai2 wlau belajar sampai kemana pun rupanya belajar guna duit tak berkat warisan harta judi. Hasilnya jadilah PM paling bodoh yg Malaysia pernah ada.
ReplyDeleteApalah jenis manusia siNajib ni. Dia dan bini dia punya angkara sampai aruah bapak dan datuk terungkit2. Tahu tak dia aruah2 ni semua menangis dialam kubur dengan ungkitan org2 yg ditinggalkan didunia ni.
ReplyDeleteKenapa ada Bangsawan Islam nak bangga dengan harta haram asal usul dari judi dan riba....???
ReplyDeleteBodoh sangat ke Bangsawan Islam ini ????
Cuba Nik Abduh nasihat sikit.