Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, March 3, 2015

Kalau pun benar. Salahkah turunkan Presiden melalui Muktamar (demokrasi)?

Kalau dah ramai ahli tidak yakin dengan kewibawaan presiden
Kenapa harus ditutup pintu demokrasi?
Bukankah Presiden juga diangkat melalui demokrasi yang diamalkan di dalam PAS?
Adakah usaha nak gantikan Presiden itu sama dengan nak runtuhkan PAS?
PAS tu Presiden punya atau Ahli yang punya?
Adakah jawatan Presiden tu dikhaskan hanya untuk Hadi seorang saja?
Pelik sungguh kelaku dia ni
Penyakit apa yang dihidapi oleh mamat ni?

Nik Abduh bertegas ada pihak yang berhasrat musnahkan PAS
KUALA LUMPUR, 3 Mac:
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz bertegas tidak akan berhenti untuk mendedahkan perkara sebenar yang terjadi di dalam parti Islam itu.
Malah beliau juga mengingatkan kepada mereka yang berkenaan untuk tidak terus menabur fitnah kerana menurut beliau, kebenaran akan tetap terbongkar.
Kenyataan ini dibuat berhubung konflik dalaman PAS yang juga memperlihatkan usaha untuk menggulingkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TGHH).
“Siapa pun boleh berkata, tiada sebarang usaha gulingkan TGHH sebagai presiden PAS. Tetapi tiada siapa pun boleh menyekat kebenaran hakikat itu daripada didedahkan.
Siapa pun boleh berkata, ‘marilah kembali tautkan ukhuwwah Islamiyah’. Tetapi tiada siapa pun boleh menyembunyikan hakikat bahawa kadang-kadang kalimah keramat itu adalah bertujuan menutup kekejian yang kian terdedah.
“Mahu nafikan usaha buruk itu?? Jika anda bermati-matian mahu nafikan, saya hidup-hidup akan istiqamah membenarkan apa yang saya kata,” tulis beliau di Facebook hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS itu juga menyeru kepada semua ahli PAS untuk kembali taat kepada presiden parti.
“Nasihat saya, kembalilah taat kepada kepimpinan presiden dan hala tuju perjuangan PAS yang dipilih oleh ketua dan Majlis Syura Ulama. Ketaatan pada ketua adalah ibadah kepada Allah.
“Dan saya yakin, antara ketenangan ayahanda sebelum ajalnya adalah keharmonian hubungannya yang semakin teguh dengan para ulama syura PAS dan TGHH. Dan saya paling menikmatinya,” tambah beliau lagi.
Nik Abduh sebelum ini turut menyatakan bahawa adanya ‘barua’ di dalam PAS yang dilihat cuba untuk memecahbelahkan PAS.
Malah menurut beliau, barua ini lebih wala’ kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) berbanding PAS.
Bagaimanapun, kenyataan itu disangkal oleh Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin yang menjelaskan apa yang berlaku dalam PAS hanya perbezaan pendapat seperti lazimnya dalam mana-mana parti politik.
“Bila berlaku pemilihan, ia semakin rancak.
“Muktamar ini macam perlawanan persahabatan, kadang-kadang ada yang main kasar kena juga kad merah. (Ini) normallah dalam parti,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.
- sumber

9 comments:

  1. Syarat sah untuk pemilihan Presiden kali ini perlu mewajibkan calon-calon memahami Perlembagaan PAS dari kulit hadapan hingga kulit belakang buku perlembagaan tu... supaya Presiden tak buat kerja yang pelik-pelik macam penyandang sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Bhai MountDweller...

    Jawapan kepada soklan lu nih ader gua tuliskan kat blog gua atas tajuk "Gua Sudah Insaf" ...

    Hehehehe

    ReplyDelete
  3. Dey thamby maca ! salah tak lah salah tapi cara admin dan macai2 sekalian tu yg salah.......melalui provokasi fitnah dan maki hamun ....ada faham ! Jgn berlagak bodoh nanti betul2 jadi bodoh !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin buat style pil khudda ke thamby maca..
      Kih kih kih kih...

      Delete
  4. Salam pak Din.

    Anon 10:19 PM... Relaks ar ! Kami ni tak ler bodoh tara mana sangat.. InsyaAllah, kami mirip spesis "Bahlol" ... "hok "Bodoh" tu simpan aje ler.. bagi kat orang yg kononnya taat (baca: tak paham + penakut) macam siamang!

    hoho ... please read between the lines !

    ReplyDelete
  5. Hanz

    Kan kebodohan diri terbarai sendiri?
    Tak tunggu di bodohkan!

    ReplyDelete
  6. Nik Abduh ini nampak tak cerdik

    Elok juga jika Nik Abduh dapat ber tapa di Nepal dan belajar dari Dalai Lama.

    Bukan semua orang orang gunung bahalol.

    Tapi , Nik Abduh ini nsmpsk tak cerdik.

    Macam kualiti MyVi saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa