Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 18, 2015

Adakah Hudud akan terus jadi batu penghalang dalam gabungan pembangkang baru?

Hudud terus jadi batu penghalang buat gabungan pembangkang baru
07:30PM Ogos 17 2015
oleh Robin Stanley Augustin

KOMEN: Nampaknya kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB) telah membuka pintunya untuk ahli bukan Islam.
“Ia dibuka kepada bukan Islam, tetapi kami akan berdasarkan Islam,” kata timbalan pengerusi GHB Salahuddin Ayub.
Katanya, parti baru itu juga akan menjadi pelengkap kepada Pakatan Rakyat yang baru dalam persediaan menghadapi pilihanraya umum (PRU) akan datang.
“Itu lebih mudah untuk kita buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali Pakatan Rakyat,” katanya seperti dipetik The Malaysian Insider.
Pemimpin progresif dalam GHB telah mengambil satu langkah berani dengan membenarkan orang bukan Islam menjadi ahli parti yang akan berteraskan Islam ini.
Adakah orang bukan Islam akan tertarik untuk menyertai GHB, ketika ada pilihan parti sekular dan tidak bersifat komunal di kedua-dua pihak politik?
Walaupun dengan barisan pemimpin progresif yang popular di kalangan penyokong pembangkang bukan Islam seperti Mat Sabu, Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad, matlamat untuk menarik orang bukan Islam ini kelihatan terlalu tinggi.
Perlu diingat bahawa ramai orang bukan Islam yang menyokong dan berkempen untuk PAS pada PRU ke-13 merasa marah dan dikhianati, apabila parti itu secara agresif mengusahakan pelaksanaan hudud versinya. Ia turut membuatkan komponen Pakatan Rakyat yang lain merasa kecewa.
Isu hudud menjadi faktor utama yang mengeruhkan hubungan antara PAS dan DAP, dan akhirnya menyumbang kepada perpecahan pakatan pembangkang.
Jadi apakah yang berbeza pada kali ini? Adakah hudud menjadi sebahagian daripada agenda GHB?
Menurut laporan Malay Mail Online bulan lalu, GHB telah mempertahankan hak untuk berusaha melaksanakan hudud, namun berkata bahawa ia tidak menjadi keutamaan mereka pada masa ini. Keutamaan mereka adalah membina kembali “demokrasi yang kukuh” di Malaysia.
DzulkeflyDzulkefly
Setiausaha agung GHB Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, walaupun hudud ada peranan yang penting, ia tidak boleh menjadi pertimbangan sebelum wujudnya kerajaan yang baik dan telus.
Katanya, GHB akan melakukan yang terbaik untuk “meyakinkan” rakan-rakannya agar memberi peluang kepada undang-undang jenayah Islam itu – bukan sahaja kerana ia adalah arahan Tuhan, tetapi ada bukti perbandingan yang meyakinkan di luar negara, menunjukkan sebahagian aspek hudud lebih berkesan dalam menangani dan mengurangkan jenayah seperti kecurian dan rompakan.
“Lebih utama, saya tekankan sekali lagi, kami akan melakukannya melalui jalan yang demokratik dan legislatif,” katanya lagi.
Dalam laporan terbaru di The Malaysian Insider, Dzulkefly sekali lagi menekankan bahawa walaupun GHB tidak akan mengabaikan hudud secara sekaligus, tumpuan utamanya adalah kepada aspek tadbir urus yang baik.
Nampaknya walaupun hudud bukanlah keutamaan GHB, ia sama sekali tidak terkeluar daripada gambaran.
Dengan perkiraan itu, bagaimana GHB benar-benar berharap dapat menarik orang bukan Islam, terutama yang telah menyokong dan mengundi PAS pada PRU ke-13?
Sekali tersengat, selalu beringat. Bukankah begitu?
Pimpinan GHB tidak boleh membuat tafsiran salah terhadap keinginan pengundi bukan Islam.
Orang bukan Islam yang menyokong pembangkang bukan mahukan versi PAS yang ‘lebih baik’ semata-mata. Mereka mahukan parti yang mempunyai visi yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan rangka dasar bersama yang dipersetujui setiap parti rakan.
Hudud adalah isu yang mencetuskan pertelagahan di Malaysia. Ia boleh sahaja membuatkan rakyat berpecah.
Ia telah menjadi kata putus buat Pakatan Rakyat, dan pasti juga buat gabungan pembangkang yang baru nanti.
Penulis benar-benar percaya bahawa PAS dan GHB memang berhak untuk memperjuangkan hudud.
Setiap parti berhak membawa agenda mereka. Inilah keindahan demokrasi.
Tetapi ia bukanlah setakat itu sahaja.
Kita tidak boleh ada gabungan – di mana-mana pihak politik pun – yang mendendangkan nada yang berbeza bergantung kepada pendengar mereka.
Setiap gabungan atau parti perlu jelas, tegas dan bersatu dalam visi mereka untuk negara, walaupun apa sahaja visi tersebut.
Gabungan parti dengan dasar yang berbeza memberikan terlalu banyak risiko jangka pendek.
Dalam konteks ini, DAP dan PKR mempunyai tanggungjawab besar terhadap penyokong dan pengundi mereka untuk memastikan gabungan baru bersama GHB bukan setakat kitar semula Pakatan Rakyat.
GHB pula perlu meyakinkan penyokongnya bahawa DAP dan PKR sanggup untuk bersikap terbuka terhadap kemungkinan menyokong agenda mereka yang berdasarkan prinsip Islam, termasuklah hudud.
Semua parti perlu menuruti rangka dasar bersama dan perlu jelas sama ada hudud sebahagian daripada visi bersama atau tidak.
Memang, tiada keraguan yang pimpinan GHB mempunyai pemahaman dan hubungan kerja yang lebih baik dengan DAP dan PKR, tetapi adakah itu cukup untuk  mejadikannya pelengkap yang baik bagi gabungan pembangkang yang baru?
Hanya masa yang akan menentukannya.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com

3 comments:

  1. Jangan jadikan hudud itu nak memikat , pejuangkan dudu tulisan jawi

    ReplyDelete
  2. Selagi GHB OTAK BENGGAP SIBUK KAN HUDUD DSN BUKAN EKONOMI UMAT ISLAM , GHB SUDAH JADI ABANG ADIK SI TOLOL

    Itu fakta!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Hudud akan terus di perjuangankan bermaksud memperjelaskan sebaik mungkin. Orang bukan Islam perlu berani ambil peluang ini dengan menjadi ahli AMANAH. Kerana mereka dibenarkan bersuara untuk bercakap mengenai hudud. Mereka perlu bermula dengan baik dengan cara Islam mencari apakah rahsia dan Ilmu nya di perintah supaya laksana hudud?

    Kita tidak mahu di buat main ikut-ikut. Adiaous !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa