Kenapa nak sorok-sorok........kita rakyat biasa ni pun nak tahu juga
Satu hal .......adakah menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya MP mengusulkan undi tidak percaya terhadap PM di Parlimen?
Mereka tidak demo, tidak juga mengangkat senjata..........
Kalau pun mereka mengusulkan di Parlimen, mereka menggunakan hak mereka sebagai MP dan wakil rakyat
Kalau pun Najib jatuh, adakah kerajaan BN juga turut terjelepuk sama?
Yang ini memang aku tak faham........atau sengaja dikelirukan?
Zahid kini dakwa dalang jatuhkan kerajaan batal pertemuan dengan PM
Published: 18 August 2015 5:43 PM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pertemuan antara pemimpin Umno yang dikatakan menjadi dalang ingin menjatuhkan kerajaan dengan perdana menteri berlaku selepas pertemuan pada Ahad dibatalkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.
Pemimpin Umno yang menjadi dalang plot menjatuhkan kerajaan membatalkan mesyuarat Ahad lepas dengan Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 2 hari selepas beliau mengumumkan individu berkenaan menyesal.
Timbalan perdana menteri berkata hari ini, beliau tidak tahu bila mesyuarat dijadualkan semula dan akan memastikan ia berlaku.
"Mesyuarat antara individu berkenaan dengan perdana menteri yang sepatutnya diadakan sudah dibatalkan atas permintaan individu itu sendiri," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
"Saya difahamkan wartawan berkumpul di luar kediaman perdana menteri, tetapi berdasarkan permintaannya, pertemuan itu dibatalkan.
"Saya tidak tahu bila yang baharu (pertemuan) akan ditetapkan tetapi saya akan pastikan ia berlaku."
Apabila ditanya mengapa individu berkenaan membatalkan mesyuarat, Zahid berkata secara berseloroh, "kerana ramai wartawan tunggu dia."
Walaupun Zahid yakin pemimpin Umno itu mengetuai plot menggulingkan kerajaan, beliau berkata tiada tangkapan boleh dibuat.
"Satu laporan polis dibuat. Prosesnya adalah apabila laporan dibuat, maka siasatan dijalankan," kata Zahid.
Beliau menambah sudah mengemukakan maklumat yang diperoleh tetapi enggan mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan kerana bimbang ia mengganggu siasatan.
Pada Ahad, Zahid berkata pemimpin Umno itu bercadang bertemu Najib kerana "sudah sedar" dan akibat perancangannya.
"Sehingga malam tadi saya diberitahu individu berkenaan menyedari tindakannya adalah salah.
"Jadi dia akan bertemu perdana menteri dan presiden Umno mengenai perkara itu petang ini (jam 6 petang)," beliau dipetik sebagai berkata ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Tampin Ahad.
Zahid pertama kali mendedahkan plot menggulingkan kerajaan pada Sabtu dan berikrar tidak akan membenarkannya berlaku.
Beliau berkata mengetahui pemimpin Umno itu sedang mengetuai plot dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang.
Beliau berkata mereka sedang mendapatkan tandatangan kedua-dua ahli Parlimen BN dan pembangkang bagi akuan berkanun untuk menukar kerajaan.
Ini menyebabkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menafikan mempunyai sebarang penglibatan dalam konspirasi dikatakan itu. – 18 Ogos, 2015
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa