Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 7, 2015

Bagus juga dibaca dan menilai sikapnya

PERJUANGAN ISLAM PAS TIDAK BERNOKTAH
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

TITIWANGSA: Sejarah keluar masuk pimpinan PAS dari parti ini membuktikan PAS dan perjuangan Islam tidak pernah terhenti, bahkan semakin kuat dan mendapat sokongan.

Demikian antara intipati ucapan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Himpunan Beristiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 4.0) peringkat Wilayah Persekutuan di Desa Pandan, di sini 2 Ogos lalu.

Ceritanya, dalam sejarah PAS, Dr Abbas Elias, pernah menjadi Yang DiPertua Agung PAS Ke-2 di mana ketika ditukarkan ke pedalaman Terengganu menyebabkan beliau tidak terpilih dalam muktamar.

Pun begitu ujarnya, Dr Abbas tetap datang hadir ke muktamar dan terus berkhidmat walaupun tidak dilantik jawatan dalam PAS hingga akhir hayat.

“Ramai dalam PAS yang macam ini, (tetapi) ada yang tidak dipilih merajuk. Macam mesyuarat jawatankuasa masjid, orang kampung ahli jemaah pilih. Tiba-tiba yang tidak dipilih ini tidak mahu pergi jemaah, tak mahu pergi masjid kerana tidak dipilih.

“Dahlah tak mahu pergi, curi selipar tok imam, takkan teruk macam ni? Pergi curi selipar yang makmum, sorok selipar. Ini kerja apa ini? Tak pelah ini kerja budak-budak, kita anggap ini sebagai kerja budak-budak,” ujarnya beranalogi.

Menurut Tuan Guru, PAS pernah mengalami peristiwa yang paling dahsyat tahun 50-an apabila Yang DiPertua Agung PAS keluar parti.

Katanya, pada tahun 1951, Haji Ahmad Fuad telah masuk Parti Negara mengikut Dato' Onn, manakala dalam tahun 60-an dan 70-an, Setiausaha Agung PAS dan pimpinan Ulamak PAS keluar parti, namun PAS semakin kuat.

Begitu juga katanya, menempuh kejatuhan di Kelantan tahun 1978 di mana mereka yang protes telah menubuhkan Parti Berjasa dan Parti Hamim, selain lebih daripada 10 orang AJK PAS Pusat turut keluar parti.

Hinggakan katanya, pada tahun 1982, semua Ahli Parlimen PAS keluar parti meninggalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz seorang diri di Parlimen mengikut parti baru.

Namun ujarnya, pada tahun 1990 PAS berjaya menawan Kelantan dan tahun 1999 menawan Terengganu.

“Insya-Allah kita tawan Malaysia, tidak mustahil, kita tawan Malaysia, tawan dengan Islam. Kita nasihatkan, pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini, kembali kepada Islam, kita setuju, sokong kalau dia kembali kepada Islam.

“Kita tidak berebut jawatan, tapi kalau tidak kembali kepada Islam, kita lawan habis-habisan, ini tanggungjawab kita, dalam masalah ini,” tegasnya.

Tuan Guru seterusnya menghuraikan perkembangan yang panjang terhadap cabaran dihadapi Islam secara penindasan, kekejaman, persenjataan, idealogi dan doktrin, Islamophobia dan lain-lain, namun Islam terus berkembang dan dianuti ramai manusia di seluruh dunia.

Akhirnya ujar beliau, musuh Islam terpaksa menggunakan orang Islam sendiri dari kalangan ‘mutasahhilun’ dan ‘mutasyaddidun’hingga memberi fitnah yang banyak kepada Islam.

Katanya, segala sikap menyeleweng dan melampau itu telah memberikan natijah tidak baik kepada seluruh manusia, sedangkan Islam hadir membawa rahmat untuk semua.

“Tidak, bahkan jauhkan Allah berlaku ditempat kita, kita tak mahu. Dengan sebab itu kita minta, selesaikan masalah negara, dengan baik dengan aman, dengan aman kita sabar. Ada orang suruh kita demonstrasi, kalau demonstrasi bergaduh dengan polis, bukan bergaduh dengan Umno, bukan bergaduh dengan DAP.

“Bergaduh dengan polis, berlawan dengan polis, dahlah yang bergaduh itu gaji murah, gaji tak cukup nak biaya anak isteri, yang hidup di kawasan bandar. Kita demonstrasi, bertumbuk dengan yang gaji murah ini, yang besar-besar itu gaji mahal.

“Takde pasal-pasal, jangan kita jadi mangsa dilaga-lagakan oleh orang, pepatah Melayu sebut, “Lesung dengan halu berlaga, yang kenyangnya ayam”. Kita berlawan, bukan tak boleh berdemonstrasi, boleh, ada masa, ada tempat.

“Jangan kita dibodohkan, kita mahu selesaikan dengan aman, dengan amanah, dengan cara yang baik. Mudah-mudahan, negara kita dan umat kita, semua kaum dipelihara oleh Allah SWT,” ujarnya.

13 comments:

  1. Pandai ber kata kata itu lah politik

    Kata kata sehingga juta juta jadi makin papa kedana itu lah kebijaksanaan

    Yang buat untong hanya lah si yang Berkata Kata...

    Rakyat hanya dapat GST

    Pandai lah tu.

    ReplyDelete
  2. Pemikiran Hadi tentang berpolitik sudah lapok. Hadi is desperate. I think he's gone mad.... Bila ramai ahli-ahli PAS berubah haluan mengikut bekas-bekas pemimpin popular yang disingkirkan, si tua itu mengibaratkan seolah-olah AJK masjid yang hilang jawatan bertindak mencuri selipar Tok Imam dan jemaah lain. Bukankah ini satu analogi yang bangang! Saya juga ahli PAS dan kini tanpa dipujuk atau diugut secara sukarela menyertai Harapan Baru...apa hak Presiden PAS nak halang saya...nak kena penyepak ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat jepun ada Hadimaru..
      Kat sini ada Hadiharu

      Delete
  3. Hello bahlol berserban!

    Engkau nak sokong Najib yang kuat menipu itu engkau punya pasal la mangkok! Engkau dan menantu engkau Din Ayam tak nak pegi demonstrasi pun lantak engkau la ngok...kita orang tak kisah pun. Kita pegi demonstrasi bukan nak lawan Pak Polis la bodoh....kita mahu supaya pemimpin korup kepala penipu yang engkau sokong tu berundur dari menghancurkan negara ini......buka serban buat alas punggung la woi!!!

    ReplyDelete
  4. Anon 3:41 PM

    Bawa bersabar saudara......kita masih di bulan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin....luahan rasa hati akar umbi......agak2 berapa ramai lagi kah yang beperasaan demikian...

      Delete
  5. Masuth ialah nama iblis yang ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuth telah berjaya mengoda tuang presiden. Buktinya kes fitnah pil kuda sedang berjalan di mahkamah.

      Delete
  6. Admin.....tulah dia luahan hati akar umbi....tu tandanya betapa sayangnya mereka2 ini terhadap jamaah....mungkin ramai lagi yg memendam rasa...

    ReplyDelete
  7. Presideng parti yang meminjam nama islam tapi berperangai macam "Babi tunggal" suka mengkafirkan insan lain, redah sana sini, ponteng mesyuarat, penipu, lidah bercabang, flip flop, memaki hamun ahli, langgar keputusan majoriti, meruntuhkan kepercayaan ahli, tak sampai 2 jam bercakap dah U-turn, mempermainkan kepercayaan ahli, melaga-lagakan umat Islam dan mengalakkan perpecahan. Dalam banyak-banyak Presideng PAS, maka ini adalah gelaran paling baik untuk beliau iaitu "Presideng Babi Semalaysia".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah la tu
      Jgn ko plak nak ikut perangai tuang hadi

      Delete
  8. Secara keseluruhan ucapan itu menunjukkan Hadi langsung tidak terdetik dihatinya merasakan terdapat beberapa tindakannya selama ini ada yg salah. Semuanya betul belaka, tiada yg tidak betul melainkan semuanya betul. Dia hanya merasakan tindakan salah yg pernah dilakukan adalah bekerjasama dgn DAP dan mungkin PKR juga. Tampak amat ketara Hadi cuba menegakkan benang basah disamping telunjuk lurus kelingking berkait. Orang semacam ini jangankan kata tidak sebulu dgn DAP dan PKR, malah dgn UMNO kekasihnya itu pun akan dikhianatinya kelak. Alangkan dgn ahli sesama jemaah pun, dia sanggup main kotor apatah lagi dgn yg bukan ahli jemaah yg sama!
    Kau cakaplah apa shj yg kau suka Hadi, bagiku adalah muktamad - sayonara buat PAS!

    ReplyDelete
  9. Ingatkan pas tu parti islam semalaysia.....rupanya parti ayam serama@parti ayam sabung..... kalau parti islam sedunia.....ada kah hahahahha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa