Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 20, 2015

‘Derma’ RM2.6b: Di negara kita, satu isu, 10 penjelasan, tiada penyelesaian.

Satu isu, satu penjelasan, satu penyelesaian. Itu kebiasaannya.

Spin Umno mengenai ‘derma’ RM2.6 bil semakin tak terkawal
09:30AM Ogos 19 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG:  Satu isu, satu penjelasan, satu penyelesaian. Itu kebiasaannya.
Tetapi di negara kita, satu isu, 10 penjelasan, tiada penyelesaian.
Isunya adalah wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak.
Penjelasan? Ada banyak, dari derma politik kepada "tanda penghargaan", baru-baru ini, dari sebuah negara "saudara" atas peranan Malaysia dalam memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).
Idea tak masuk akal ini telah diluahkan oleh ketua Umno bahagian Kuantan, Wan Adnan Wan Mamat baru-baru ini.
Menurut Wan Adnan, RM2.6 bilion itu datang dari Arab Saudi sebagai tanda penghargaan mereka terhadap peranan Malaysia dalam memerangi IS, dan juga kerana memperjuangkan Islam dan mengamalkan Islam Ahli Sunnah.
Akhbar harian berbahasa Melayu, Sinar Harian menyatakan yang Wan Adnan mendakwa bahawa ini telah dinyatakan kepada 146 pemimpin bahagian Umno semasa pertemuan dengan Najib minggu lepas.
"Bukan sahaja Malaysia menerima sumbangan dari Arab Saudi, dua atau tiga negara-negara lain juga menerimanya, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand," beliau dipetik berkata.
Nampaknya Najib telah menjelaskan bahawa wang itu dimasukkan terus ke dalam akaunnya sebagai sumbangan dari Arab Saudi kepada Najib, dan bukan kepada Umno.
Adakah Wan Adnan menyedari bahawa dakwaannya mempunyai lubang yang cukup besar untuk memuatkan sebuah kapal terbang?
Mari kita lihat mengapa. IS, yang sebelum ini dikenali sebagai Negara Islam Iraq dan Levant (Isil), ditubuhkan secara rasmi pada April 2013, walaupun pemimpin utamanya telah terlibat dalam pemberontakan seawal tahun 2006.
"Derma" itu dimasukkan ke dalam akaun Najib pada bulan Mac 2013, sebulan sebelum Isil mula mendapat perhatian global disebabkan tindakan-tindakan militan kejam mereka.
Apakah Wan Adnan bercakap tentang keupayaan merentasi masa? Bagaimanakah Arab Saudi dapat "menderma" bagi menghargai perjuangan Malaysia terhadap kumpulan militan ini, sebelum ia ditubuhkan?
Satu lagi cerita yang tidak masuk akal adalah Najib, pada bulan Jun 2014, dilaporkan meminta ahli Umno mencontohi "keberanian" militan IS.
Ini berlaku setahun selepas dia dikatakan telah menerima dana bagi "menentang" IS. Memerangi seseorang, tetapi pada masa yang sama "mengagumi" keberanian mereka – adakah itu masuk akal?
Ini adalah contoh tipikal golongan pro-Najib dalam memutarbelitkan isu ini, dalam usaha mereka mempertahankan bos mereka itu.
Gali lubang, tutup lubang.
Kadang-kadang, ia membuatkan anda tertanya-tanya jika orang-orang seperti Wan Adnan memang cukup bodoh untuk percayakan cerita-cerita ini, atau adakah mereka mengetahui cerita sebenarnya, tetapi memilih untuk bertindak di belakang tabir untuk membawa lebih banyak masalah bagi Najib.
Tambahan pula, jika ketua bahagian Umno itu menyedari di mana adanya RM2.6 bilion itu, mengapakah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa anggota parti utama tidak mengetahuinya?
Dan sudah pasti jika sumbangan itu adalah dari sebuah negara saudara yang menghargai amalan Islam negara kita, kenapakah ia tidak dimasukkan ke dalam tabung negara?
Pembohongan yang datang dari Putrajaya bagi "menjelaskan" dan mewajarkan kewujudan wang berbilion ringgit itu, semakin tidak masuk akal hari demi hari.
Sudah pasti keadaan akan menjadi lebih buruk mulai sekarang, dengan tiada penyelesaian terhadap isu ini dapat dilihat.
Mari kita lihat siapa yang kena.  
Komen-komen dan cadangan boleh dihantarkan kepada penulis di alamat shuman.v@hckmedia.com

3 comments:

  1. PM penipu tapi masih berkuasa... macam2 ada d msia..

    ReplyDelete
  2. Raja2 melayu diam menyepi seolah bagi lampu hijau utk najib.
    Rajakapurr..

    ReplyDelete
  3. Negara sudah kena lahanat tunggu BALA ALLAH SAJA

    Bila BALA TIBA semua akan tanggung...

    Pak MUFTI AGAMAWAN sekongkol dengan Lahanat aniaya rakyat.

    Bagus lah tu!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa