Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 20, 2015

Kerana ego luka semakin parah!

Pas Selangor bakal lumpuh
Thursday, August 20, 2015

ULASAN
Dari segi politik tindakan ahli Parlimen Kota Raja yang juga Naib Ketua Pas Kawasan itu Dr Mariah Mahmud mengumumkan keluar daripada Pas bersama beberapa ahli jawatankuasa Pas kawasan itu merupakan satu tindakan memberi bekas kepada Pas Selangor.

Dr Mariah dan pimpinan Pas Kota Raja umum lepas jawatan.
Ia adalah permulaan tindakan ekoran rasa tidak puas hati kepada kepimpinan Pas yang baru dipilih pada muktamar beberapa bulan lalu. Walaupun tindakan Mariah dan beberapa yang lain tidak melumpuhkan Pas Selangor tetapi tindakan itu memberi moral yang buruk kepada Pas Selangor.

Tindakan dan keputusan Dr Mariah dan yang lain-lain merupakan satu "hentakkan" yang kuat kepada Pas Selangor yang cuba mempamerkan mereka sebagai golongan agamwan, al-Din.

Apa yang berlaku di Kota Raja hari ini adalah permulaan, dijangka lebih ramai lagi ahli Pas dan pemegang jawatan akan mengumumkan melepas jawatan. Tindakan Mariah itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi mereka yang lain untuk berbuat demikian.

Saya percaya tindakan itu menjadi momentum untuk diikuti oleh Pas di beberapa kawan lain, termasuk juga Gombak yang dilihat kuat mendokong kepimpinan agamawan.

Apa lagi seperti mana jelasnya selepas beberapa orang wakil rakyat Pas akan mengambil tindakan sama, mengumum keluar Pas atau pun melepaskan jawatan yang dipegangnya. Tindakan seperti itu boleh menganggu stabiliti Pas dan menyebabkan rasa hormat kepada Pas dari kalangan orang ramai terhakis.

Sudah tentu berita perletakan jawatan ramai-ramai di Kota Raja itu menganggu konsentrasi orang ramai kepada Pas yang diharap menjadi parti pengganti Umno sebelum ini. Beberapa lagi tindakan sama diambil oleh tokoh Pas dalam GHB, akan menghakiskan kepercayaan umum kepada Pas.

Dari konteks lain, apa yang berlaku itu ia menggambarkan kegagalan pimpinan Pas Selangor membendung gegajala keluar parti beramai-ramai. Mungkin juga tindakan itu menjadi cepat apabila ada sesetengah pimpinan kecil Pas di Selangor lantang mengkritik golongan itu, GHB dengan tindakan mereka.

Tiada ada usaha untuk merapatkan saf atau mengemaskan barisan dalam Pas sejak muktamar dahulu di Selangor, sebaliknya kesan muktamar itu menjadi jurang perbezaan lebih luas. Paling mendukacitakan tidak ada usaha langsung daripada pimpinan tertinggi Pas sebalinya mereka hanya jaminan-jaminan bersifat sinikal bersifat sombong yang penyedap rasa sahaja.

Di Selangor sendiri tidak ada tokoh yang bersifat orang tua yang boleh mempersatukan Pas. Selepas ketiadaan Hassan Shukri, Selangor seakan-akan kekeringan pemimpin yang tulus dalam perjuangan. Walaupun satu masa Pas Selangor memiliki Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai pesuruhjaya tetapi kehadirannya sekejap sahaja.

Walaupun Dr Rani tidak sehebat Hassan Shukeri tetapi penampilan dan semangat ukhwah yang dibentuknya sangat menarik dan ia mencerminkan Pas Selangor semasa bawah pimpinannya dapat mempersatukan semula keretakan yang dicaingkan oleh Hassan Ali. Sayang Ibu Pejabat Pas tidak dapat melihat kelunakan dan semangat setia kawan yang ada kepada Dr Rani.

Melihat kepada sambutan terhadap GHB dan penubuhan parti baharu yang semakin hangat di Selangor tidak mustahil kalau Pas Selangor berada dalam keadaan sengit sebelah. Walaupun ada jaminan daripada seorang pemimpin Pas, kononnya apa yang berlaku di Selangor itu umpama gelora ombak dilautan dimana ia boleh ditenangkan, tetapi kerja untuk menenangkan ombak itu sesuatu yang melelahkan.

Politik bukan boleh diselesaikan atas kertas tetapi harus kena buat (praktis) dan turun ke bawah. Pemimpin yang seorang ini saya lihat lebih lunak bercakap atas kertas daripada turun menjajahi ke segenap ceruk dan lorong untuk membendung masalah dalam Pas.

Apa yang terjadi itu ialah, wujud kerana kedegilan dan ego pimpinan Pas. Mereka silap dalam membuat perhitungan dengan merendah-rendahkan keupayaan golongan GHB. Dengan tindakan Mariah dan beberapa pemimpin lain itu membuktikan bahawa mereka GHB, bukan bergurau untuk menjadi alternatif kepada Pas, tetapi ia sesuatu yang serius.

Mungkin golongan lama dalam Pas, mereka berusia 60 tahun ke atas serta anak-anak atau cucu cicit mereka yang obses kepada agama, tidak terliur kepada Pas, tetapi anak-anak muda yang bebas, berfikiran terbuka akan menyokong GHB. Indikator sejauh mana sambutan kepada GHB nanti ialah pada himpunan Bersih hujung bulan ini dan juga selepas terbentuknya parti dokongan mereka.

Satu sifat yang perlu disedari bahawa anak muda dalam bermain politik mereka tidak sangat memikirkan soal prinsip dan asas perjuangan sesebuah parti, jauh sekali menghayati ideologi dan akidah, tetapi apa yang ada kepada mereka ialah trend semasa.

Mereka akan mengikut trend semasa. Kewujudan GHB atau parti baharu bagi mereka ada kesenimbungan harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan BN. Kerja menumbangkan kerajaan bagi mereka adalah sebagai trend semasa yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Bertolak dari hakikat itu GHB bakal mendapat sambutan dan berada di hati anak-anak muda. Kekuatan sambutan ini bukan sahaja setakat di Pantai Barat, bahkan mungkin boleh merebakkan negeri-negeri di Pantai Timur juga, walaupun masa ini ia dilihat sebagai sukar. Yang perlu difikirkan oleh pimpinan Pas, bahawa politik itu sesuatu yang hidup dan berkembangkan.

Langkah-langkah lebih ketat, tersusun dan berhemah adalah wajar dilakukan oleh pimpinan baharu Pas kini untuk membendung atau pun menganjatkan perjalanan GHB.

Akhirnya syabas kepada Dr Mariah atas keputusan yang dibuat. Apa dilakukan sikap terpuji dan berani sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita GHB. Nampaknya Dr Mariah bakal menjadi pimpinan wanita baharu menerusi parti baharu selepas beliau selama ini hanya berada di belakang Siti Zailah Mat Yusuf menjadi orang dibalik tabir jarang.  [wm.kl.8:4 am 20/08/15]

9 comments:

  1. Pas cakap besar hasil didikan pemimpin kaki putar dan cakap besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa menang dulu xde ckp pas rosak x releven...dh kalah diburuk2an....amanahnys...

      Delete
  2. Hadi - bersihkan ahli dalam pas

    Abudoh - berambus lagi cepat

    Stopa Ali - 2tahun jer

    Ding ayamg - kurang ajar rafizi

    Tantawi - keluar sebelum kena pecat

    Ularmak tahi kucing !!! Punya ucapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat sabu - hudud tolak tepi

      Ahmad awang - yes we can

      Delete
  3. Mokthar senak........tok wali level 8 (makam +1 dalam Pas)
    Azli musa........taliban tertinggi dalam Pas, berani mati punya!
    Hasan tantawi..........siku dan lutut terencat akal......otak dok kat serban!
    Haru ding.........ketua sayap jing dan manusia serupa jing!
    Din ayang..........menantu tetap presideng!

    Bubar lah berapa banyak cawangan dan bahagian, Pas dok tahap tu juga kerana Pas xperlu kpd kemenangan. Kalah menang Pemimpin Pas tetap masuk syurga! Ada nas bro! Esuk mat taliban bacakan!

    ReplyDelete
  4. Lps PRU14 ni InsyaAllah PAS akan lenyap!!!

    ReplyDelete
  5. Klu hudud blh kuar fatwa x wajib...setakat baiah apa ek...amanah sungguh

    ReplyDelete
  6. Bagus lah Pemimpin PAS sudah mula sedar ada OTAK dan manpu BER FIKIR tidak macam dulu BER HARAP saja.

    Biar PAS tinggal tuk si DUNGGU dan TOLOL.

    ReplyDelete
  7. Pada puak2 walaun yang masih dok melaung2 pasai "baiah" tu, cuba fikir sikit bahawa apabila pimpinan atas kayangan PAS yang baru , menghalau, menendang dan mencemuh geng18 sebagai anasir2 yang tak diingini dalam PAS dan secara langsung menyeru dan menyuruh2 mereka2 itu semua supaya keluar dari PAS MAKA akibatnya "baiah" yang mengikat kesemua geng18 itu telah terbatal. Kamu yang menghalau mereka, kamu yang mencemuh mereka sebagai munafik, kamu yang mengata mereka anjing DAP TAPI kamu masih kuat meminta mereka, pihak yang kena hina tu supaya patuh pada "baiah"? Gila ke apa? Kamu halau mereka keluar dengan cara kurang ajar dan dengan cara kotor ala2 UMNO dan kamu mahu diaorang supaya berpegang kepada "perjanjian dan tidak belot"? Apa korang belajar logik dan reasoning dari Dermajib ke? Rasuah pun boleh tukar kepada derma maka logik gak orang2 yang dihalau dan ditekan supaya keluar dari parti mesti taat denagn perjanjian yang di buat dengan parti dulu??? Woi, Korang ada makan ke duit 2.6 billion tu, sampai ajaran songsang Najib pun korang boleh ikut ni!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa