Ku Li tidak boleh digandingkan dengan Mahathir
Ku Li adalah seorang yang terhakis keberaniannya setelah kalah pertembungan dengan Mahathir dulu
Apalah yang nak diharapkan kepada seorang makhluk yang meroboh rumah yang dibina setelah ditawarkan kebun yang ranum di laman orang satu masa dulu
Gandingan Mahathir, Ku Li mampu menukar ombak jadi gelombang
12:30PM Ogos 16 2015
oleh Shahbudin Husin
SUARA LANTANG: Selalu diperkatakan politik itu seni yang serba mungkin. Bukan saja kawan boleh menjadi lawan dan lawan tidak mustahil bertukar menjadi kawan, bahkan kawan dan lawan kadangkala hanya dibezakan oleh perkara senipis kulit bawang saja. Begitulah antara uniknya politik.
Tidak saja di Malaysia, bahkan di mana-mana pun begitulah lazimnya. Hanya kerana jika kepentingan itu sudah jadi sama, mereka boleh saja duduk semeja, meskipun sebelumnya saling membaling kerusi antara satu sama lain.
Semua orang tahu Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah bermusuhan dari segi politik sejak kedua mereka bertanding jawatan Presiden UMNO pada 1987 dahulu.
Sebelum itu pula, dalam pemilihan tahun 1981 dan 1984, Tun Mahathir juga lebih memberikan sokongan kepada Tun Musa Hitam bagi memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Meskipun Tengku Razaleigh dan Tun Musa bermusuhan dalam pemilihan 1981 dan 1984, tetapi kedua-dua musuh ini akhirnya berganding bahu melawan Tun Mahathir pada 1987 selepas Tun Musa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1986.
Sebabnya, tidak lain kerana kepentingan mereka sudah sama iaitu mahu menyingkirkan Tun Mahathir.
Permusuhan Tun Mahathir dengan Tengku Razaleigh kemudian berlarutan apabila Semangat 46 ditubuhkan untuk menyaingi dan menyingkirkan UMNO dalam pilihanraya. Sehinggalah pada tahun 1996, mereka kemudian berdamai apabila Tun Mahathir mengajak ahli-ahli Semangat 46 kembali ke pangkuan UMNO demi perpaduan Melayu.
Tidak dinafikan bahawa pembubaran Semangat 46 dan kembalinya Tengku Razaleigh ke pangkuan UMNO ialah untuk memudahkan Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalannya pada 1998.
Walaupun Tengku Razaleigh dianggap berjasa besar kepada Tun Mahathir kerana jika tanpa pembubaran Semangat 46, Anwar Ibrahim barangkali sukar disingkirkan, tetapi bekas Menteri Kewangan itu tidak pernah diberikan apa-apa jawatan dalam kerajaan sampailah bekas Perdana Menteri itu bersara pada 2003. Tetapi Tengku Razaleigh yang menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1969 tidak pernah mati dalam harapan orang ramai terhadapnya untuk menjadi pemimpin nombor satu negara ini.
Kalah dalam pemilihan 1987, kecundang dalam menumbangkan BN dalam pilihanraya dan kemudian gagal beberapa kali bertanding jawatan Presiden UMNO, namanya sering jadi sebutan apabila berlaku krisis dalam negara.
Dalam krisis terbuka antara Tun Mahathir dengan Najib Razak sejak lebih setahun lalu, sudah banyak kali namanya disebut sebagai tokoh paling layak memimpin negara berikutan kemelut dan kekalutan yang tidak henti-hentinya sekarang ini.
Dengan imej bersih, diterima ramai dan sarat dengan pengalaman dari segi ekonomi sebelum ini, Tengku Razaleigh dilihat satu-satunya yang mampu mengeluarkan negara daripada kegelapan.
Bagaimanapun, tidak seperti Tun Abdullah Badawi yang mudah mengalah dengan tekanan, Najib sebaliknya tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berundur meskipun disedari bala yang didatangkannya kepada negara ini jauh lebih merimaskan lagi.
Jika Tun Abdullah hanya dibebani kelemahan sebagai pemimpin dan pengaruh "budak-budak tingkat 4", isu 1MDB dan derma RM2,600 juta saja sudah cukup membuatkan Najib paling diperkatakan di seluruh dunia yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Meskipun demikian, menyingkirkan Najib dengan cara memberi tekanan kepadanya tidaklah semudah menekan Tun Abdullah.
Dalam lembut, Najib juga kelihatan degil dan keras hati. Tun Mahathir sendiri kelihatan seperti sudah hilang upaya untuk mengenepikan Najib. Meskipun pelbagai cara dilakukannya dan melalui serangan Tun Mahathir itu, sokongan rakyat terhadap UMNO turut merudum, tetapi Najib tetap ingin bertahan dan seolah-olah lebih rela terkubur bersama-sama dengan parti itu dalam pilihanraya akan datang.
Sehinggalah tersebar berita adanya pertemuan antara Tun Mahathir dengan Tengku Razaleigh awal minggu lalu yang dikaitkan dengan penubuhan sebuah kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan parti-parti pembangkang, sekali lagi hakikat musuh menjadi kawan tidak mustahil menjadi realiti.
Apakah kali ini Tun Mahathir akan merestui Tengku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri menggantikan Najib?
Seiring dengan parti-parti pembangkang juga mahukan Najib disingkirkan kerana dianggap membawa kerosakan yang besar kepada negara dan tercalarnya imej di mata dunia, kerjasama atas nama menyelamatkan negara tentunya dialu-alukan oleh sesiapa saja.
Jika kerjasama itu menjadi kenyataan, ia juga sebenarnya melibatkan seorang lagi musuh Tun Mahathir iaitu Anwar Ibrahim yang kini sedang berada di penjara.
Selain PKR adalah parti yang diasaskannya dan masih dalam pengaruhnya, isteri beliau, Dr Wan Azizah Wan Ismail juga adalah Ketua Pembangkang ketika ini. Lebih-lebih lagi setelah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan bekas Presiden MIC, G Palanivel disingkirkan daripada kabinet baru-baru ini, usaha mengumpulkan 112 Ahli Parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan baru tidaklah mustahil sebenarnya.
Pertukaran kerajaan melalui undi tidak percaya pernah berlaku di Sabah dan Perak sebelum ini. Dan kalau pun persefahaman Tun Mahathir dengan Tengku Razaleigh itu tidak menjurus ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, gabungan mereka juga mampu menambahkan lagi tekanan untuk menyingkirkan Najib melalui medium UMNO kerana ia pasti turut disertai oleh Muhyiddin dan Shafie Apdal yang sudah dipecat daripada kabinet.
Gandingan Tun Mahathir - Tengku Razaleigh - Muhyiddin - Shafie Apdal, ditambah dengan penolakan akar umbi yang kian membesar terhadap Najib ketika ini, jika diorkestra dengan betul dan tersusun, tidak dinafikan adalah ancaman serius yang mampu menggugat kedudukan Perdana Menteri.
Dengan isu serta persepsi sedang memihak kepada mereka, hanya sedikit sentuhan saja lagi sudah memadai untuk menukar "ombak menjadi gelombang" bagi menolak Najib semakin ke tepi dinding. Sama ada pertukaran kerajaan atau pun pertukaran Perdana Menteri, barangkali ia semakin sukar dielakkan oleh Najib sebelum PRU 14 ini.
We should not live in the past glory but live forward to new challenges and brighter future. Ku Li is all but past tense.
ReplyDeleteAdakah sketsa melancong sambil belajar akan berlaku ag? Rakyat marhaen x mudah ditipu hidup2 ag
ReplyDeleteKu Li ada cerita cerita zaman dulu kala yang tak ada nilai ekonomi
ReplyDeleteOrang GAGAL tak mungkin boleh jadi THE ROCK tetiba melainkan ada dapat JIN ALPHARD.
Ku Li ini tok sah cerita lah , macam Hadi AL TOLOL saja.