Kalaulah Aku Seorang Abdul Hadi Awang.
Kalaulah aku Tg Hj Abdul Hadi Awang sudah pasti aku akan membahagiakan seluruh jiwa rakyat Malaysia dengan penuh rasa peduli.
Kalaulah aku Tg Hj Abdul Hadi Awang tentunya aku akan menumpukan seluruh jiwaku membentuk satu jemaah islamiyah yang mantap dan hebat baik dari segi fizikal, emosi dan rohani. Aku akan cuba menjadi kawan, teman dan sahabat yang setia serta akan menjadi pembimbing yang baik, guru dan murabbi. Aku pasti akan membahagiakan jemaahku dengan tutur kata yang lembut dan sopan. Aku akan menghidangkan kepada mereka akhlak yang baik sebagai pedoman dan panduan untuk aku dan mereka bahawa aku juga membawa warisan Rasulullah Saw. Jangankan hendak menjentik jemaahku, mengherdik dan melebel mereka dengan gelaran menjijikan sudah pasti membuatkan aku marah pada diri sendiri. Malangnya aku bukan Rasulullah Saw, biarpun ramai khadamku di bawah sana menyatakan akulah pewaris nabi.
Kalaulah aku Tg Hj Abdul Hadi Awang, aku akan berpegang erat pada janji. Biarpun janjinya dengan bukan mereka yang seagama denganku. Aku akan buktikan bahawa aku pewaris nabi mempunyai akhlak yang terpuji dan meletakan aku bernombor wahid di antara 28 juta rakyat Malaysia. Aku akan jadikan Islam sebagai Ad deen melalui pendekatan Rahmatan Lilalameen. Aku bisa menjadi pendengar yang baik kepada kepelbagaian anutan agama dan bangsa di negara yang bertuah ini. Aku tegas dengan hukum Al Khalid tetapi tidak ingin menjadi seperti jemaah islam di tanah tumpah Rasulullah Saw yang hanya mendakwa akulah sahaja jemaah islam seperti yang disabdakan lewat kehidupan Baginda Saw. Betulkah ijtihad aku ini atau aku hanya bermimpi di siang hari.
Kalau aku Tg Hj Abdul Hadi Awang pastinya aku akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama teman-teman yang lain. Aku akan menjalankan amanah yang dipertanggjawabkan kepada ku sebaik mungkin sebagaimana aku sedar bahawa Allah mengamanahkan islam ini kepada Rasulullah Saw. Aku tidak akan sesekali ponteng sidang parlimen yang aku dilantik oleh rakyat mewakili suara mereka di sana. Andainya aku dalam keadaan sakit dan terlentang sekalipun pastinya aku akan gagahi untuk menghadirinya sebagaimana peri pentingnya solat dalam agamaku. Andai aku gagal solat secara berdiri, biarlah aku mengerjakannya secara duduk. Jika aku masih gagal untuk duduk, biarlah solat itu aku kerjakan sambil berbaring. Andai seluruh tenagaku hilang tidak bersisa, izinkan aku solat dengan isyarat mata dan anggota. Tapi aku percaya, mereka di luar sana akan menutup kekurangan dan tidak akan menyalahkam aku kerana akulah pewaris nabi.
Kalaulah aku Tg Hj Abdul Hadi Awang. Aku akan berjanji pada diriku bahawa aku tidak akan sesekali mudah di tipu oleh seteru. Aku akan sentiasa berwaspada dengan seteru yang jelas sudah bertahun aku tentang. Aku tidak akan mengizinkan walau sekelumitpun untuk memberikan tongkat dikala seteruku mula goyah dan jatuh. Aku tidak akan sesekali menjadi penyelamat kepada mereka yang banyak menzalimi rakyat dan negara ini. Kalaupun aku memberikan tongkatku, ia hanya sekadar untuk melihat di mana lagi patah dan sakitnya seteruku untuk memudahkan aku menjatuhkan nya. Tapi aku bukan kalian di luar sana, yang betul-betul istiqamah dalam perjuangan. Tiada istilah tongkat dan memberi peluang untuk seteru. Salahkah aku?
Kalau aku Tg Hj Abdul Hadi Awang, aku akan mencipta kawan. Aku akan mencari kawan. Aku akan mencari kawan yang punyai nada dan impian yang sama dengan rakyat terbanyak di negara ini. Aku akan bermati-matian akan mencari seberapa banyak kawan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kehidupan bernegara warga Malaysia lebih penting dari hasratku sendiri saat ini. Tuhan tidak akan murka seandainya aku menangguhkan seketika hasrat mendaulatkan hukumnya ketika rakyat di negara ini berhempas pulas dizalimi pemerintah. Tuhan tidak akan marah andai aku melewatkan ia seketika di kala masih ramai rakyat di negara ini terutamanya di negeri serambi mekah yang masih hiduo dalam kemiskinan. Ada antaranya yang masih tidur berbumbungkan langit dan terlentang berhamparkan tikar mengkuang. Rumahnya tiada hilang dek bencana dari Tuhan.
Tapi siapalah aku. Aku hanya Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seorang hamba Allah yang kedil. Tidak punyai kuasa di Putra Jaya. Aku hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan. Cuma apa yang aku bangga ialah namaku. Namaku seindah nama pejuang islam yang sejati. Namaku sehebat nama murrabi umat yang disegani. Kalaupun aku tidak dapat menjadi sehebat Tg Nik Abdul Azizi bin Nik Mat, biarlah dan izinkan aku mengecap kemanisan nama dan mantik politiknya. Terima kasih kepada ayahandaku yang sudi mengabadikan namaku seperti nama murabbi di timur tanah air. Walaupun dia bukan ABAH dan dia juga bukan AYAH CHIK bagiku. Tetapi jauh di dalam hati ini, dialah sebenarnya PEWARIS NABI..
Nukilan rasa;
Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kg. Durian Tawar,
Temerloh,
Pahang Darul Makmur
Cerpen berangan....kahkahkah
ReplyDeleteMasalah nya AL TOLOL TETAP AL TOLOL
ReplyDeleteTak boleh ubah dah
Pakai nama lain pon tak akan ubah AL TOLOL TETAP AL TOLOL
Hanya ada se orang saja dalam PAS mendapat DARJAH GELARAN AL TOLOL
Sesungguh nya TOLOL ITU SATU
Dan yang SATU ITU LAH AL TOLOL
dalam masa sekarang dengan bermacam kesempitan hidup ada manusia Islam boleh terima pulak hukum dari tinggalan penjajah
ReplyDeleteapa ni apa sudah jadi
mudah sungguh ditipu oleh manusia ejen syaiton
kalau setakat cari kawan yang memang tak suka islam untuk nak menang habuan dunia tidak ada apa balasan diakhirat nanti
dah terok kedaan
banyak masa nak kena dakwah pada orang islam patutnya banyak masa untuk dakwah kat orang kapir
islam turunan tak mau belajar islam nilah jadinya
Moga moga tulisan ini dibaca oleh TGHA dgn sepenuh hati dan rasa rendah diri.Doa kita agar pintu hati TGHA terbuka untuk muhasabah diri.
ReplyDeleteMemiliki ilmu bukan kayu ukuran taqwa seseorang.Penyakit2 hati dan bisikan iblis perlu dinyahkan dari hati kita.
Marilah kita sama2 berdoa agar Dato Harun Din dan TGHA terbuka hati meeka utk menyelesaikan kemelut dlm PAS.
Kalau setakat nak menghentam gol.progresif kamu akan dilihat sebagai org yg masih riak dan angkuh.
Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam
ReplyDeletetak da ilmu macam mana nak tau taqwa macam mana nak beriman
jangan duduk dengan puak (islam n kapir) yang suka pelekeh Islam nanti kamu akan dikira sama saja
org peleceh islam sbb penguasa melayu islam tak adil, perasuah, salah guna kuasa, tak amanah dsb. salah siapa?
Delete