Gambar bersama Muhyiddin-sultan, 'pemimpin sejati' dipuji
Dipaparkan
Dikemaskini
Dikemaskini
Sekeping gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Johor membawa seribu makna apabila dimuat naik ke Internet petang ini.
Turut bergambar bersama, Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, permaisuri Johor, serta Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin.
Melalui akaun Facebook bola sepak Johor, yang dinaunginya, TMJ memuat naik gambar mereka bergambar bersama, kemungkinan dalam pertemuan mereka di Istana Serene, Johor Bahru hari ini.
Tanpa menyentuh secara jelas, gambar itu dimuat bersama tulisan memuji "pemimpin sejati",
"Pemimpin sejati tidak mencipta pengikut, mereka membentuk lebih ramai pemimpin," menurut tulisan itu.

Dalam gambar tersebut, TMJ berpakaian baju batik berdiri di sebelah kanan Muhyiddin yang memakai sepasang baju Melayu berwarna merah.
Selepas kira-kira sejam dimuat naik di Facebook JOHOR Southern Tigers itu, tulisan itu disukai oleh lebih 21,000 pengguna Facebook dan hampir 2,000 perkongsian dilakukan serta lebih 500 komen.
Tulisan tersebut memberi pelbagai reaksi susulan pertemuan di Istana Bukit Serene itu.
Thyro Bryan: Daulat Tuanku, demi untuk rakyat jelata mohon Tuanku menasihatkan Pemimpin yang berasal dari negeri Johor supaya tidak memalukan bangsa Johor dengan sikap yang tidak sewajarnya dan mengeluarkan kenyataan yang memalukan bangsa Johor. Ampun tuanku.
Hairul Hisham Zainal Abidin:Harapan tinggi untuk berita baik dari istana Johor. Daulat Tuanku.
Nur Hafizah: Mohon campur tangan raja-raja Melayu membantu kami yang dizalimi pemerintah dan pengikutnya. Perlu ada raja yang bingkas bangun ke hadapan. Najib dah makin melampau.
Terdahulu Sultan Sultan Ibrahim menerima kunjungan Muhyiddin Yassin dan Norainee Abdul Rahman dalam pertemuan kira-kira sejam.
Muhyiddin dilihat keluar daripada istana pada jam 4.35 petang sambil melambai kepada wartawan yang menunggu di luar pagar istana.
Tengku Ismail pula kemudian berangkat keluar daripada istana dengan sebuah kereta mewah Rolls Royce Phantom.
Perjumpaan itu dispekulasikan berkaitan isu pengguguran Muhyiddin daripada jawatan nombor dua dalam kerajaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Suara tidak puas hati terhadap pengguguran Muhyiddin, yang lantang bersuara dalam isu 1MDB, banyak datang daripada Johor, kubu kuat beliau.
SULTAN boleh bawa kes Mat Bahalol pada Raja Raja boleh pecat Mat Bahalol
ReplyDeleteTak ada kesah punya.
HIDUP MUHYIDEEN !!!!!!!!!!!????
KIOK Mat Bahalol OK