Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 9, 2015

Najib dan hari terakhirnya: Entah merapu entah betul?

Hari Terakhir Najib Sebagai PM Sepatutnya 29 Julai
By editor August 8, 2015 : 6:01 pm

Pada hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.

Malaysia sentiasa melihat perebutan kuasa, perpecahan dan penyingkiran pemimpin sejak dahulu lagu sebelum Merdeka. Sebagai contoh, pada tahun 1951, enam tahun sebelum Merdeka, Umno berpecah apabila sayap Islam parti berhaluan kiri membentuk sebuah parti baru, Pan-Malayan Parti Islam, kini dikenali sebagai PAS.

Pada tahun yang sama, Onn Jaafar, pengasas Umno, meninggalkan parti itu disebabkan isu sama ada Umno perlu membuka pintu kepada bukan Melayu. Dalam perhimpunan berkenaan tidak lama selepas itu, tiga calon telah bertanding jawatan presiden Umno dimana Tunku Abdul Rahman menang.

Tunku bertahan hampir 20 tahun sebagai pemimpin Umno, tidak lama kemudian selepas rusuhan kaum tahun 1969 beliau telah disingkir keluar oleh “Young Turks” yang menganggap Tunku terlalu berkompromi terhadap Cina.

PAS juga, yang lahir dari Umno, menyaksikan perebutan kuasa selama ini. Dua pihak baru telah dilahirkan – Berjasa dan Hamim – ekoran dari konflik ini namun kedua-duanya tidak membuat banyak penampilan dalam politik Malaysia.

Semangat 46 dan kini PKR juga merupakan dua parti yang muncul dari konflik dalaman dalam Umno walaupun PKR telah berjaya pada tahap tertentu untuk menghilangkan imej Umno (tidak seperti Semangat 46) kerana ia membenarkan bukan Melayu untuk menyertai parti dan memegang jawatan dalam parti tersebut.

Dan kini, sekali lagi, kita lihat PAS dan Umno melalui perebutan kuasa dalaman. PAS lebih kurang berjaya menyelesaikan perebutan kuasa dalaman tersebut dengan penyingkiran mereka yang menentang presiden (kini mereka mahu membentuk, buat kali ketiga, sebuah parti Islam yang baru lagi). Perebutan kuasa dalam Umno, bagaimanapun, masih belum dapat diselesaikan dan pada masa ini tekaan anda sama seperti arah perjalanan tersebut “where the chips are going to fall”.

Sebenarnya, perancangan awal adalah untuk wujudkan undi tidak percaya yang akan diluluskan di Parlimen terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini sepatutnya telah dilaksanakan pada bulan Jun atau Julai (mereka war-warkan Najib tidak akan bertahan sehingga akhir Julai).

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya 85 undi dari Pakatan Rakyat dan tidak kurang daripada 30, sebaik-baiknya 40, dari Barisan Nasional. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menyampaikan 30-40 undi daripada Barisan Nasional dan jika beliau boleh berbuat demikian maka Pakatan Rakyat akan menyokong beliau dengan 85 undi atau lebih.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak berminat terhadap satu lagi gerakan ‘Kajang Move’ selepas yang pertama menyaksikan penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Jadi beliau enggan menyertai komplot tersebut dan ini bermakna mereka perlu pergi ke plan B pula.

Pelan B sepatutnya telah dilaksanakan pada hari Rabu Julai 29, 2015, semasa mesyuarat Kabinet.

Pada hari tersebut, Muhyiddin akan memberitahu Najib bahawa beliau perlu meletakkan jawatan dengan serta-merta (desas-desus Najib akan meletakkan jawatan pada masa tersebut viral). Peguam Negara akan menunggu di luar bersama dengan wakil-wakil media dan Najib akan diberitahu bahawa jika beliau enggan meletakkan jawatan maka AG akan mengadakan sidang media dan membacakan pertuduhan terhadap beliau.

Najib kemudiannya akan ditangkap dan tiada jaminan akan diberikan kerana berisiko “flight risk”. Apabila Najib ditangkap, beliau akan menerima tamparan dengan lebih banyak lagi dakwaan untuk memastikan beliau sibuk di mahkamah untuk sedekad yang akan datang supaya walaupun beliau menang semua dakwaan tersebut namun beliau tidak akan mampu kembali sebagai Perdana Menteri.

Dengan menyedari gerakan 29 July tersebut “how the axe was going to fall”, Najib telah bertindak lebih awal dengan menggantikan Peguam Negara serta bertindak terhadap semua pihak yang berkomplot dalam SPRM, Jabatan Peguam Negara, BNM, dan sebagainya. Dengan satu serangan, beliau berjaya “membunuh” konspirasi dan menjamin kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Pelan A dan Pelan B telah gagal. Jadi adakah ini bermakna berakhir usaha untuk menggulingkan Najib? Saya tidak fikir begitu. Mana-mana konspirasi yang baik – terutama yang melibatkan penyingkiran seorang Perdana Menteri – mesti mempunyai Pelan A, Pelan B dan Pelan C. Dan dalam kes ini mesti ada Pelan C juga.

Jadi apakah Pelan C? Ah, tetapi jika saya memberitahu anda Pelan C maka ianya akan merosakkan semua ‘suspense”. Memang terdapat satu lagi Pelan C, namun Najib juga mempunyai perancangan serangan terhadap Pelan C.

Jadi harap sabar menunggu dalam tempoh beberapa hari akan datang dan lihat apa lagi yang dibentangkan dalam politik Malaysia sebagai Pelan C dan bagaimana Najib lancarkan serangan awal terhadap Pelan C.

Untuk makluman, Najib tidak menyingkirkan Peguam Negara. Seri Paduka Baginda Yang Agong lakukan atas nasihat hakim-hakim. Jadi tidak timbul isu Najib melanggar perlembagaan dalammenyingkirkan Peguam Negara tidak timbul.

Dalam isu Najib menyingkirkan Timbalan Perdana Menteri juga bukan satu masalah memandangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak ada di dalam Perlembagaan. Perdana Menteri tidak perlu melantik seorang Timbalan Perdana Menteri atau beliau boleh melantik lima Timbalan Perdana Menteri. Ianya merupakan hak mutlak Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Najib mendapat sokongan 152 daripada 191 ketua bahagian Umno sebelum beliau menggantikan timbalannya. Dan mereka yang berkomplot menyingkirkan Najib akan menghadapi kemungkinan tuduhan di bawah Seksyen 124 undang-undang, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. Oleh itu kepentingan yang dipertaruhkan adalah sangat tinggi dalam permainan perebutan kuasa ini” game of thrones”. - sumber

8 comments:

  1. Najib ni kan....
    Kita bukan nak tengok akaun rasmi umno,
    Kita nak tgk akaun dia yg 2.6 bilion tu...
    Tak faham lagi ker?
    Yg sibuk akaun pembangkang tu apa hal?

    Tak faham soalan jugak ker?
    Kita ulangi....akaun yg ada 2.6 bilion derma tu!
    Faham?

    ReplyDelete
  2. Hj Hadi memang la kaki pembelit..........rupanya duduk dalam PR hanya untuk menang kerusi untuk bela penguasa yg dzalim. Hari2 dia wirid, pas tak mau rebut jawatan, kita nak aman, belakang dia bagi jawatan kat ameno bn! dia kata org barua, rupa2 nya dia barua sejati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku harap lepas iki ora ono meneh suorone wong goblok koyo hadi kuwi. Kerjo ne kok gor pande ngawe fitnah rono rene. Wes gemblong agake.

      Seng melu pas pun podo waie. Endas se gemblong jugak. Walak koyo wong ora ndue otak. Walak gemblong. Nang wong pinter fitnah pun arep walak. Nang wong ngapirke wong lain pun arep walak. Iki walak gemblong.

      Pas gemblong untuk walaon gemblong.
      Goblok.

      Delete
  3. Nama najib( bn) di serata dunia telah busuk.
    Dunia melihat banyak pelanggaran undang.
    Banyak salah guna kuasa oleh pihak berkuasa utk mempertahankan najib
    Dunia melihat najib patut didakwa kerana salah guna kuasa dan rasuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dae ngekon kito nyimpen tapi lepas kuwi dae jugak seng nyolongi.
      Dae ngekon kito berfikiran kritis, tapi kito ngaie pendapat kito keno guang.
      Dae ngekon kito taat, tapi tengkok e kito di pidek
      Arep dadi opo najib kuwi?

      Omong e arep kito urip penak, tapi kok kito keno mbayar gst.
      Omong e kito keno jujor, rupone kok dae seng nyolong kerjonye.
      Omonge wong enom kon jujor, rupone ben penak seng tuek nyolong....

      Kito ki wong kampong2
      Kawet mbien sampek dino iki asek keno apusi wae....
      Sebape opo?
      Sebape kito ki goblok.
      Wong goblok sampek tuek keno apusi.
      Sa iki ojo goblok maneh...
      Ojo mangkah bn maneh
      Bn ngentek ne duit negoro
      Dae seng koyo, kito makin miskin urepe

      Delete
  4. Abe

    Bila pulak hakim-hakim ada peranan menasihat Agung dalam kes ini dalam perlembagaan?....ini spin dari barua Najib ni. Keseluruhan artikel ini mengarut. Xmasuk akal.

    ReplyDelete
  5. bat8

    Article dari malaysiatoday (RPK) - itulah sebabnya awal abe dah kata entah merapu, entahkan betul.......
    RPK ni kan jenis putar alam.......konon butirannya terperinci sedangkan dia duduk di England

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa