Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 9, 2015

Susah weh.......bila sibodoh tak sedar yang dia bodoh!

Tuan Salleh, bukan hanya pembangkang, kerajaan juga perlu matang 
06:30PM Ogos 07 2015

oleh Hazlan Zakaria
KOMEN:  Sekiranya Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak mahu pembangkang kita matang seperti pembangkang di Britain, maka dia juga perlu meminta kerajaan kita bertindak matang seperti kerajaan Britian , termasuklah dalam isu rombakan kabinet terbaru.
Walaupun perlu diberikan sedikit pujian kepada desakan Salleh supaya pembangkang mengurangkan pendekatan perarakan jalanan, seperti rakan sejawat mereka di Britain, kerajaan kita juga boleh belajar bagaimana untuk bertindak lebih telus dan bertanggungjawab seperti kerajaan UK.
Sama seperti pembangkang kita yang perlu mengurangkan kekecohan dan kebingitan jalanan, begitu juga kerajaan perlu lebih terbuka, tidak berlagak samseng, reaktif, tidak acuh tak acuh,sentiasa bersedia dan berfikiran luas.
Sekiranya saluran untuk menyampaikan perbezaan pendapat, peruntukan dan sumber diberikan kepada pembangkang kita seperti mana dibenarkan oleh kerajaan UK kepada pembangkangnya, maka tidak ada lagi keperluan untuk pembangkang kini bertindak seperti kanak-kanak kecil.
Menyediakan dan memberikan sokongan kerajaan sepenuhnya kepada kabinet bayangan mungkin salah satu perkara yang boleh dilakukan kerajaan untuk mewujudkan pembangkang yang lebih matang, sama seperti yang dilakukan di UK.
Tetapi apa yang berlaku, perangai pembangkang kita ialah cerminan kepada kelakuan tidak matang dan marah-marah kerajaan.
Salleh patutnya berbincang dengan rakan-rakan kabinetnya serta memberi nasihat supaya mereka menjadi matang seperti menteri Britain sewaktu mengeluarkan kenyataan dan tidak bertindak mengeluarkan ancaman bak samseng jalanan.
Untuk pembangkang dan pergerakan sivil Malaysia dinafikan kemudahan, dinafikan khalayak dan tidak diberikan sepenuhnya sumber seperti rakan-rakan mereka di Britain, perarakan jalanan adalah satu-satunya usaha tindakan, kerana kebebasan serta perbezaan pendapat secara sah tidak dibenarkan.
Laporan memetik posting blog Salleh mendesak pembangkang untuk belajar daripada rakan sejawat mereka di Britian dan berhenti meminta rakyat turun ke jalan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka, mendakwa perkara itu hanya membawa masalah kepada negara.
Dia menggunakan analogi bagaimana kegagalan pelan pemulihan kerajaan Britain kepada Royal Bank of Scotland pada tahun 2008 berjumlah £45 billion, yang walaupun sudah disuntik dana awam, selepas tujuh tahun masih bermasalah.
Salleh memberitahu yang pembangkang Britain bersuara lantang menentang pelan pemulihan itu, mendesak yang bank itu perlu dinasionalisasikan. Dia juga menyatakan yang kerugian berbilion ringgit tidak hanya berlaku kepada kerajaan Malaysia tetapi juga berlaku di negara maju seperti di UK.
“Tetapi pembangkang Britain, walaupun menentang tindakan kerajaan, tidak meminta rakyat turun ke jalan dan merusuh supaya kerajaan boleh ditumbangkan dengan cara yang ganas.”
“Ia tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan tetapi masih boleh menjadi matang dalam menilai perkara itu,” Salleh dilaporkan menulis dalam catatannya.
Salleh mendesak supaya pembangkang Malaysia menjadi lebih matang dan tidak menjadikan perbezaan pandangan dengan kerajaan sebagai alasan untuk merusuh di jalan, memberikan amaran bahawa tindakan itu di negara-negara lain hanya memburukkan keadaan.
“Malaysia memerlukan pembangkang, tetapi pembangkang yang lebih bertanggungjawab.
“Sejarah membuktikan yang mana-mana kerajaan yang diangkat melalui kekerasan juga nanti akan dijatuhkan dengan kekerasan. Dan keseimbangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia tidak membenarkan kita berdepan dengan risiko itu,” amaran dalam catatannya.
Benar, apa yang dikatakannya memang ada kebenaran. Tetapi kenyataan yang sama boleh digunapakai kepada kuasa yang memerintah.
Maka kita boleh membuat rumusan:
Malaysia perlukan kerajaan, tetapi kerajaan yang lebih bertanggungjawab.
Sejarah juga membuktikan bahawa mana-mana kerajaan yang menggunakan kekerasan kepada rakyatnya sendiri akan dijatuhkan melalui kekerasan, dan Malaysia sedang terumbang ambing berdiri di pintu masuk situasi itu.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa