Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 9, 2015

Suara Pemuda UMNO atau hanyalah suara Khairy?

Lebih banyak sokongan BN untuk SPRM
08:30PM Ogos 08 2015
oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG:  Anda tahu situasi semakin tidak terkawal apabila orang yang selama ini menjadi penyokong setia, mula mendesak tindakan di ambil kepada orang yang menjadi tumpuan.
Cerita yang menjadi tumpuan- Ketua Pemua Barisan Nasional (dan Umno) Khairy Jamaluddin dan Perkasa NGO yang rapat dengan Umno, menyuarakan sokongan mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kekecohan skandal akaun peribadi RM 2.6 bilion yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak.
Laporan berita memetik Khairy mendesak supaya SPRM dibenarkan bertindak bebas dan menyokong keputusan mereka untuk memanggil Najib bagi mendapatkan keterangan yang lebih jelas.
“Jika benar wujud keperluan untuk menyoalsiasat PM, maka terbukti yang SPRM sedang menjalankan tugas tanpa pilih kasih.
“Semua siasatan yang sedang berjalan perlu diteruskan sehingga gambaran jelas diperolehi supaya siasatan dapat menyakinkan rakyat,” The Malaysia Insider memetiknya sebagai berkata demikian.
Ini sangat bertentangan dengan pendirian Khairy beberapa hari lepas, apabila SPRM mengeluarkan kenyataan pertamanya, berkata duit yang masuk ke dalam akaun, adalah “derma”.
Dia tidak mahu mengesahkan perkara itu, dan berkata yang “bukan satu jenayah” untuk duit dimasukkan ke dalam akaun seseorang.
Khairy dikecam hebat kerana kenyataanya itu, dengan pemimpin pembangkang dan netizen mengejeknya dalam media sosial. Dia tidak membalas dan hanya berdiam diri.
Mungkin disebabkan kejadian itu yang membuatkan Khairy menimbang semula kata-katanya dan mengeluarkan kenyatan terbaru, yang bunyinya lebih masuk akal.
Sentimenb sama kenyataan Khairy juga dikeluarkan oleh NGO hak Melayu Perkasa, yang meminta supaya “tangan ghaib” yang menganggu siasatan didedahkan.
Malaysiakini memetik setiausaha biro integriti dan pemerhatian NGO itu Azrul Akmal Sharudin (kiri) menggelarkan dalang disebalik serbuan dan penahanan pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan kes itu, sebagai “musuh negara”.
“Musuh-musuh negara ini perlu ditentang dengan menggunakan kuasa rakyat dan diajar menggunakan undang-undang, kerana mereka cuba menghalang kebenaran melalui ancaman dan menakut-nakutkan pegawai-pegawai SPRM, supaya penyiasat-penyiasat ini menangguhkan kerja mereka.
“Rakyat akan terus menyokong SPRM untuk menyiasat sesiapa sahaja,” tambahnya.
NGO akan pergi ke ibupejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin nanti untuk menyerahkan memerondum sokongan.
SPRM, yang sebelum ini dianggap organisasi pengecut dan diberikan pelbagai gelaran selepas kematian Teoh Beng Hock, kebelakangan ini telah meraih sokongan pengkritik paling lantang mereka- wakil rakyat pembangkang.
Khamis lepas, beberapa pemimpin utama pembangkang bertemu SPRM dan memberikan jaminan kepada suruhanjaya itu yang mereka tidak bersendirian dalam mencari kebenaran.
Ini berlaku selepas beberapa pegawai SPRM ditahan dan disoal siasat oleh polis atas dakwaan membocorkan draf kertas pendakwaan kepada Najib.
Mereka telah ditahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, yang melibatkan kesalahan “aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.”
Mari kita berharap yang SPRM akan teguh dengan keputusan mereka meneruskan siasatan, tanpa terganggu dengan halangan dan ancaman menakut-nakutkan mereka.
Isu ini sudah berleretan sejak sekian lama, menjadi tajuk berita memalukan untuk negara di seluruh dunia.
Ia mencemarkan imej negara dan memerlukan penyelesaian secepat mungkin.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

1 comment:

  1. SPRM taik kucing...duit curi pun dikatakan derma...macam rakyat ni bodoh sangat...semuanya nak selamatkan Najib...berapalah agaknya Najib beri duit kopi masing2...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa