OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Published: 7 August 2015 9:44 PM
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata beliau menawarkan dirinya sebagai balasan kerana 2 pegawai SPRM yang dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob hanya bertindak mengikut arahannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull hari ini meminta Putrajaya mengembalikan semua dua pegawai tingginya yang menerima arahan pemindahan ke Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta hari ini.
Sebagai balasan, beliau menawarkan dirinya, mengatakan kedua mereka itu - Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob - hanya bertindak mengikut arahannya.
"Pulangkan pegawai saya serta merta. Ambil saya sebagai ganti. Mereka bekerja dan bertindak mengikut arahan saya," katanya dalam satu pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.
Shukri dilaporkan berada di luar negara atas urusan rasmi. – 7 Ogos, 2015.
Laporan Malaysiakini: 'Bagi balik orang SPRM, ambil saja saya'
mk - 8:44PM - 7 Aug 2015
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.
“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.
"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepadaMalaysiakini daripada luar negara.
Tiada pengumuman rasmi dibuat berhubung perpindahan itu dibuat, ketika berita ini ditulis.
Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Bahri, yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya dan bersumpah dengan nama Allah mahu mencari dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan pegawainya.
Manakala Rohaizad pula semalam menerima rombongan pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.
Anggota-anggota SPRM disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

banyak betul musibah yang melanda negara ini
ReplyDeleteduit jugak yang jadi tujuan
Entah la....
ReplyDeleteKlu pengarah bole kena cam tu, apa lagi yg bawah2.
Tapi tak apalah.
Ingat hadis ttg doa mereka yg dianiaya
Ingat kata org tua - sepandai2 tupai melompat, satu hari dia akan jatuh juga.
Kita bykkan solat hajat mohon drp Allah.
Mereka2 tu tak akan dapat menongkat langit selana2nya.
Mereka bukan Tuhan.
Tapi mereka lupa bahawa mereka hamba Allah.
Mereka menunjukkan kuasa. Mereka lupa Allah Maha Berkuasa.
Mereka lupa Allah berkuasa menjatuhkan mereka bila2 masa.
Mereka ingat mereka hebat hingga lupa Allah Maha Hebat.
Mereka kira Allah meredai tindakan merekakah?
Tapi mereka tidak boleh lari drp api neraka......
Jika kita salah memilih oemimpin, kita sendiri yg menerima akibatnya.
ReplyDeleteTangkap si Zahid tu
ReplyDeleteTangan ghaib yg mengganggu
Polisi ada telor ka
Orang Orang Melayu sudah gaduh se sama sendiri secara ter buka
ReplyDeleteSemua makan gaji dari cukai Rakyat terutama dari CINA pulak tu
Bodoh saja
Agama sahaja Islam tapi pada MYKAD tuk cari kerja. Tapi cara kehidupan tetap Jahiliyah terok dari Kafir yang ada....
Aku nak sangat mencarut banyak2 ni, tapi sudah tentu admin tidak akan siarkan. Tak apalah, salah satu carutan untuk ditujukan kpd UMNO/BN itu aku hanya bagi hint sahaja, iaitu apa yang disebut oleh Najib kpd peneroka yg menolak penyenaraian saham Felda dulu.
ReplyDeleteBooodohh
ReplyDeleteAmbil saya,pulangkan org saya..
ReplyDeleteMcm skrip filem tamil..
Hg punya org sudah kena kawtim,dpt habuan besaq.
Aku sikit pun tak caya sprm ni