Catatan sebelum mata terlelap....
Sudah seminggu teman-teman saya mengumumkan perletakan jawatan sebagai kepimpinan Pemuda PAS Lembah Pantai dan seminggu jugalah saya terpaksa memikul amanah memangku jawatan tertinggi di peringkat pemuda PAS kawasan ini.
Alasan mereka: "perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini". Tentunya mereka akan bersama Harapan Baru secara rasmi akhir Ogos ini.
Ramai yang ucap tahniah kerana saya 'istiqamah dengan perjuangan'. Entah dari tamrin mana pemahaman istiqamah itu disempitkan hanya bila bersama dengan PAS sahaja, saya pun tidak tahu. Seolah-olah menukar wadah atau platform untuk memperjuangkan Islam, itu bukan istiqamah dengan perjuangan. Yang puji, terima kasih. Yang sindir pun, terima kasih. Kata mereka 'u-turn pulak..nampak macam nak kesana dah hari tu'.
Pujian tidak menghilangkan simpati saya pada teman-teman berlima ini. Sebaik tersebar foto dan pengumuman rasmi mereka, saya asyik dengan membaca komentar pelbagai pihak termasuk teman-teman terdekat yang dikenali. Luar biasa komentar mereka. 'Munafiq telah dibersihkan dari jama'ah, liberal, barua DAP, pengkhianat, jahil' dan pelbagai gelaran pada mereka membuat saya benar-benar tersentap. Ya! benar-benar luar biasa kegembiraan mereka mendengar 'golongan munafiq' ini meninggalkan 'perjuangan'.
Sehingga hari ini, yang mengakui secara terang-terangan bahawa ia terasa dengan kehilangan sahabat, ialah Al-Fadhil Ust.Rosli Jabbar (Pesuruhjaya PAS Pahang). Katanya, "bohonglah kalau saya tidak terasa dengan pemergian sahabat-sahabat saya". Beliau antara yang berpesan agar jangan menghina pimpinan yang mengambil keputusan bersama GHB. Saya doakan kebaikan buatnya.
Menilai tahap ilmu, pengalaman dan pengorbanan di kawasan ini, 5 teman ini saya cukup hormati. Sekian banyak perkara berkaitan politik, organisasi dan sebagainya, saya belajar dan berkongsi dari mereka. Saya yakin mereka telah memikirkan semasak-masaknya pro dan kontra keputusan mereka ini dengan ilmu dan merujuk banyak pihak.
Mohd Hafiz bin Habil (Mantan Ketua Pemuda) dan Muhamad Fadzil bin Ahamad (Mantan Naib Ketua Pemuda) adalah peguam Syariah lulusan Universiti Malaya. Nik Abdul Razak bin Nik Md Ridzuan (mantan Ketua Penerangan) penuntut dari Fakulti Sains ( Jabatan Biology - Genetics & Molecular Biology). Dua beradik, Mohd Zulfadhli bin Zulkifli (mantan AJK Pemuda) lepasan Al-Azhar di bidang Syariah dan Mohd Zulnazmi bin Zulkifli (mantan AJK Pemuda) lulusan Bahasa Arab dari Jordan.
Saya tumpang berbangga dengan latar belakang pendidikan mereka dan tentunya sebarang tindakan mereka bukan ikutan dan semangat kosong semata-mata tanpa ilmu.
Seingat saya, luahan dan perbincangan mereka bersama kami bagi menyatakan hasrat untuk 'berhijrah' ini melebihi lima kali samada secara formal atau tidak, sejak sebelum Ramadhan sehinggalah mesyuarat bulanan AJK Pemuda PAS Lembah Pantai yang terakhir buat mereka Rabu minggu lalu. Pertengahan Ramadhan, kami adakan ifthor dan membuka ruang kepada semua ahli melontarkan apa sahaja mengenai perkembangan terkini PAS. Majoriti mengakui ada sesuatu yang perlu diperbaiki. Cuma, ada yang berani ingin bersama Harapan Baru sebagai alternatif, ada yang mahu tunggu dan lihat dan ada yang mahu kekal bersama PAS memperbaiki kelemahan itu. Semua komentar kami raikan.
Timb.Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man antara tokoh berwibawa yang sentiasa memujuk ahli supaya bersabar dan jangan tinggalkan PAS. Paling penting, beliau berani mengakui 'kita akan baiki kelemahan yang ada'. Bagi yang berkeras meyakini kitalah yang terbaik, paling betul, paling kuat dan segala macam ucapan penuh kesombongan itu, pengakuan tokoh di atas wajar direnungi.
Hari ini saya mesti teruskan khidmat dengan sedikit kekuatan bersama teman-teman yang ada ini walaupun secara individu memang tidak bermaya. Kesanggupan saya memangku jawatan ini bukan bermakna saya akan diam dan bisu dari menyuarakan atau mengkritik perkara yang tidak baik dalam parti saya. Terbuka atau tertutup teguran, itu hanya kaedah dan pendekatan yang boleh dibahaskan. Muktamar medan tertutup. Saya bangun mengkritik didalamnya, saya dijadikan bahan kritikan juga walaupun melalui salurannya!
Menutup mulut penegur dan pengkritik kelemahan dan kerosakan yang berlaku dengan menyalah gunakan istilah wala', ia bukan proses pentarbiahan yang benar. Tidak lurus dan jujur menjawab, bahkan tidak mampu menjawab pertanyaan dengan baik, kemudian menekan agar akur sahaja, itu pembodohan yang tidak akan membawa gerakan Islam ini maju ke depan dalam arus perdana, apatah lagi untuk menjadi 'goverment in waiting'! Penghinaan terhadap mereka yang berbeza pendapat mesti dihentikan. Program tarbiyyah bukan lagi medan menyebar kebencian dan menyubur pelbagai gelaran. Suburkan perbincangan, bukan kerahan berpanjangan dan ugutan.
Sehingga hari ini, hubungan saya dan 5 teman ini erat. Kami berjanji untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama dalam memperjuangkan isu-isu Islam, rakyat & kebajikan setempat walaupun berbeza platform kecuali keluar arahan rasmi dan muktamad dari PAS yang langsung tidak membenarkan sebarang kerjasama. Saya yakin kepimpinan PAS tidak sebodoh itu untuk memberikan halangan.
Hati kecil masih mengharapkan tautan antara GHB dan PAS kembali atau setidak-tidaknya kerjasama yang baik dalam menghadapi penjenayah besar dalam negara ini iaitu UMNO dan Barisan Nasional terlaksana. Doa saya agar PAS mampu dan bersedia perbaiki kelemahan yang ada. Ramai yang sayangkan parti ini. Jika perubahan itu tidak dilakukan atau tidak ada sebarang usaha ke arahnya, saya juga tidak akan teragak-agak lagi untuk bersama Harapan Baru dimasa akan datang walaupun tentunya saya akan tanggung kesakitan akibat keputusan itu nanti.
Saya juga manusia. Saya juga ada perasaan cintakan perubahan!
MOHD FADHLULLAH BIN ISMAIL
06 Ogos 2015 / Kuala Lumpur
Tu dia.....yang cerdik2 belaka.......ade ijazah....tak tahu nak kata lah. ......sejak ketiadaan TGNA....habis porak peranda.......
ReplyDeleteTu dia.....yang cerdik2 belaka.......ade ijazah....tak tahu nak kata lah. ......sejak ketiadaan TGNA....habis porak peranda.......
ReplyDeleteIkut kata Akal saja....
ReplyDeleteTak boleh emosi bila jadi lelaki dan pemimpin
PAS tiada apa yang baik untuk Rakyat tapi untuk Individu banyak untong nya
PAS tiada nilai ekonomi pun kerana tiada Syarikat Korporat PAS langsung
Tinggal PAS tuk kemajuan sendiri juga bangsa sama ada melalui GHB PKR atau DAP
Kalau 60% DAP orang Melayu pasti mereka ada kualiti kehidupan lebih dari dlam PAS.
DAP juga akan di ketuai Orang Melayu di tingkat tertinggi juga cawangan.
Ketam kalau nak belajar berenang , ikut lah Itik.
Anak Itik kechik dah tahu berenang, itik ini Cina dan Ketam tu Melayu.....
Ubah sebelom ter lambat.
kalau nak keluar lah
ReplyDeleteIslam terus dengan jalannya
kalau setakat nak tergoda dengan harapan dunia semata apa yang diharap dari keredoan Allah
Parti islam tapi byk tindakan tak selari islam. Tak kan tak boleh ditegur?
DeleteKeredaan?
Keredaan apa klu penuh fitnah, maki hamun, mengkafir dll. Itu bukan jalan islam. Itu jln syaitan.
Sebab itu kita menegur.
Jgn lah menegur jadi kesalahan.
Jangan jadikan parti kita ini parti kera sumbang
Kah3 habis kau tu ikut islam ............. cuba tengok komen2 geng kau ............ semuanya komen murni kan tak da maki hamun tapi ada sebut babi , ale utoh dan sbgnya ............ semuanya islamik siap wala kpd Dap ........... ni yg dikatakan islamik ala islam liberal ........... kapla bananana kau !
DeleteAnak Babi 10:14PM
ReplyDeleteCakaplah ilmuan atau fakta apa sekalipun, kalau dah anak babi pastinya haram dimakan walaupun mak bapak dia dah mampus (Bahasa paling sopan bagi Melayu Babi buta huruf).
Istighfar bhaii
Delete"Menutup mulut penegur dan pengkritik kelemahan dan kerosakan yang berlaku dengan menyalah gunakan istilah wala', ia bukan proses pentarbiahan yang benar. Tidak lurus dan jujur menjawab, bahkan tidak mampu menjawab pertanyaan dengan baik, kemudian menekan agar akur sahaja, itu pembodohan yang tidak akan membawa gerakan Islam ini maju ke depan dalam arus perdana, apatah lagi untuk menjadi 'goverment in waiting'! Penghinaan terhadap mereka yang berbeza pendapat mesti dihentikan. Program tarbiyyah bukan lagi medan menyebar kebencian dan menyubur pelbagai gelaran. Suburkan perbincangan, bukan kerahan berpanjangan dan ugutan". Sikap Islam begini tiada langsung dalam diri Hadi Awang malah lebih lagi bersikap Munafik dan cenderong manghancurkan pendekatan Islam di bumi Malaysia ini. Mung nak jadi apa ni Hadi Awang? Mung dah berapa kali dekat nak mampos sangat dah, mung tak percaya Islang yang mung amalkan dari usia mung 15 tahun lagi koo? Tuduhan Kafir yang selalu tak lekang dari mulut mung sudahnya kembali kepada mung jua akhirnya........
ReplyDeleteSaudaraku pengunjung
ReplyDeleteSaya harapkan sangat saudara sekelian pengomen menggunakan perkataan dan bahasa yang lebih dan berhikmah walau pun marah. Kita adalah insan biasa dan kekadang saya sendiri pun ada masanya telajak......jadi saya mohon maaf
Bila baca komen sesetengah org pas, kadang2 hati marah jugak. Selalunya dlm btk sindiran seolah2 mereka sja islam, org lain tak islam. Mereka saja betul, org lain wajib tak betul. Pas saja menuju syurga, yg lain ke neraka.
ReplyDeleteSikap mereka inilah yg jauhkan umat kpd pas sendiri. Jenis semua dia saja betul. Salah pun mengaku betul. Jenis tak boleh ditegur. Jenis gemar bertegang urat cari alasan. Alasan klu betul tak apalah. Tapi alasan tak betul pun nak tegakkan. Orang tegur mereka maki.
Habis tu macamana nak duduk sama dlm satu jemaah. Pening
Sejak pimpinan PAS dipilih secara cai dan penggunaan label barua, broker, jebon, parasit dsb disertai pula dengan fitnah melata oleh pemimpin bertaraf ulama(?), PAS sudah tidak dapat diperbaiki lagi KECUALI;
ReplyDeletePemimpin PAS termasuklah Aron Jin boleh mengundurkan masa sekarang kepada Mei 2015 atau lebih awal dari itu. Setelah berjaya mengundurkan tarikh seperti dinyatakan, maka PAS hendaklah mengadakan muktamar mengikut lunas2 dan tertib parti sama seperti muktamar2 sebelumnya. Adakah terdapat kepakaran untuk memulihkan sehingga boleh digunakan semula dengan selamat helikopter yang terhempas dlm insiden menyebabkan kematian Jamaluddin Jarjis itu?
Itu sahaja.
Booodohhh
ReplyDeleteKenapa susah dan menyusahkan. Simple solution. THHA letaklah jawatan tu. Anda tidak berjaya sbgi tuang presideng
ReplyDelete