Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 6, 2016

Belajar politik dari Tok Guru Nik Aziz

Mari kita Belajar Politik dari Tok Guru Nik Aziz, Selepas PAS ditendang dari BN.. PAS hidup keseorangan.. Tahun 1988, maka datang lah Ulama yg hebat berpolitik, Tok Guru Nik Aziz, Sudah tentulah di belakang tok guru adalah anak muda seperti Husam..

Tahun 1988  berlaku krisis dalam UMNO, Tok guru menghulurkan tangan kepada KULI bagi menentang UMNO.. Akhirnya PAS merampas Kelantan bersama Semangat 46 , PAS menang besar..Tiada kerusi UMNO di Kelantan.. Akhirnya KULI kembali kepada UMNO.. tetapi Tok guru tetap Menang...

Tahun 2004 , PAS Kalah Teruk.. hanya berkelebihan 1 kerusi di Kelantan, ketika itulah Dr Mahathir keluar UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Paklah.. Dosa Paklah tidak lah sebesar dosa Najib, Tapi Tok Guru Nik Aziz sekali lagi menghulur tangan.. memberi Pentas kepada Mahathir menyerang UMNO.. malah TGNA korbankan kerusi pasir Mas kepada Ibrahim Ali.. Akhirnya tahun 2009, Dr Mahathir juga kembali kepada UMNO.. tetapi Tok Guru Nik Aziz tetap Menang.. PAS kembali Menang besar di Kelantan, malah PAS Terengganu tetapi gagal di pertahankan oleh Hj Hadi

Tetapi pelihanraya berikutnya pas dapat Kedah, dapat pula jadi MB di Perak.. Pakatan Pembangkang menang 5 Negeri..

Apakah Tok Guru kisah Kuli dan Dr Mahathir kembali kepada UMNO ? tidak sama sekali.. Tok Guru hanya perlu kan mereka hanya untuk menentang UMNO.. Itu sebab sebelum ini aku kata, Politik ini jual Beli.. Sapa yg untung, Siapa yg rugi.. mungkin tahun 2009 PAS rugi 1 Kerusi Parlimen Pasir Mas, tapi PAS dapat Kedah dan Perak, Tok Guru memang hebat jual beli dalam Politik.. Tok guru cuma mahu PAS menang, maknanya Islam menang.. Sehingga akhir hayat Tok Guru..Tok Guru tetap menang... inilah hebatnya Politik Tok Guru.. jika hari ini Tok Guru masih ada, Tok Guru pasti bersama Dr Mahathir menentang Najib.. inilah hebatnya Politik Tok Guru, sedia bersama siapa sahaja menjatuhkan UMNO..

Hari ini PAS dengan Politik songsang.. bukan Bersama menentang UMNO..tetapi berbaik baik dgn UMNO..

Tok Guru Nik Aziz adalah guru terbaik aku dalam Politik..

Al-Fatehah untuk Tok Guru..

#selamatkanmalaysia #tokgurunikaziz #harapabaru #pakatanharapan #kuli #mahathir - Teuku Zacharyah Isakandar 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa