Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 6, 2016

Najib disaran atau dicabar ni?

Najib disaran bawa usul undi percaya, dapatkan mandat baru Parlimen
05 Mac 2016 | MALAYSIA DATELINE
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendapatkan mandat baru dengan usul undi percaya di Dewan Rakyat setelah Deklarasi Rakyat yang turut ditandatangani dan disokong ahli Parlimen BN yang menggesa beliau disingkirkan diumumkan semalam, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Perhimpunan bersejarah itu, ujar beliau turut menuntut perubahan dalam sistem demokrasi dan beberapa institusi negara.

Menurut Kit Siang, usul undi percaya di Dewan Rakyat pernah dikemukakan pada 27 Januari 1976 ketika Datuk Husein Onn baru dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Abdul Razak Husein yang meninggal dunia secara mengejut.

"(Jika ini dilakukan) Najib hanya mengikut dan bukan menjadi pendahulu (precedent)," kata ahli Parlimen veteran yang berpengalaman mengisi kerusi Dewan Rakyat sejak 1969.

Beliau menambah, Deklarasi Rakyat yang disokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri, orang kenamaan termasuk pemimpin politik dan masyarakat sivil adalah tamparan hebat kepada kredibiliti rapuh Najib sebagai Perdana Menteri di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menegaskan, Perdana Menteri boleh disingkirkan melalui apa sahaja kaedah demokratik dan sah di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, beliau membidas kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang mendakwa hanya proses pilihan raya boleh menukar kerajaan dan Perdana Menteri.

Berucap pada majlis forum “Media Disekat, Demokrasi Nazak” di Petaling Jaya malam tadi, Kit Siang menjelaskan terdapat pelbagai mekanisme lain boleh digunakan bagi menurunkan Perdana Menteri yang menyalahgunakan kuasa.

“Salah satu cara adalah dengan membawa Najib ke mahkamah melalui Peguam Negara.

“Jika Peguam Negara menjalankan siasatan dan berpuas hati bahawa Najib terlibat dalam rasuah, beliau tidak boleh terus menjadi Perdana Menteri dan perlu berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah,” katanya.

Menurutnya lagi, Najib kini sedang disiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat di bawah Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi seperti dilapor media, justeru beliau boleh disingkir jika didakwa bersalah.

“Jika FBI memanggil Najib untuk memberi kenyataan di Amerika Syarikat, maka beliau perlu ke sana untuk menentukan sama ada harta yang dimilikinya terdapat unsur rasuah.

“Takkan rakyat masih mahu pemimpin yang didakwa dengan kesalahan rasuah oleh FBI? Justeru, Najib wajar meletakkan jawatan,” katanya sambil menyatakan bahawa situasi sama pernah terjadi di Korea Selatan sebelum ini.

Beliau berkata sekiranya FBI mendapati Najib bersalah atas segala skandal kewangan seperti skandal 1MDB dan skandal derma RM2.6 bilion sebelum ini, satu usul tidak percaya terhadapnya perlu dibentangkan di parlimen.

“Jika Najib sudah didapati bersalah, kita perlulah buat perubahan. Parlimen wajar bentangkan usul tidak percaya terhadap pemerintahan Najib,” katanya.

Forum anjuran DAP itu diadakan sebagai tanda solidariti kepada portal berita The Malaysian Insider (TMI) yang disekat aksesnya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Turut berucap pada majlis forum itu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa; Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran; bekas ketua editor New Straits Times A. Kadir Jasin dan peguam Syahredzan Johan.

Pengasas Sarawak Report Claire Rewcastle Brown membuat penampilan khas melalui Skype.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa