Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 10, 2016

Belanja PRU13: Mukhriz buka mulut.......merapu ke apa ni?

[VIDEO] Mukhriz: Najib Akui Belanja RM1.5 Bilion Untuk PRU13

Najib akui BN belanja RM1.5 bilion untuk kempen PRU13, dedah Mukhriz

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan satu perjumpaan Pengerusi-Pengerusi Umno Negeri dengan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mengakui telah membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu daripada derma RM2.6 bilion yang diterimanya.

Dalam majlis tersebut Mukhriz telah bertanya mengenai derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebaliknya Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyampuk.

"Saya terkejut apabila dalam satu perjumpaan pengerusi- pengerusi Umno negeri dengan presiden parti. Saya hadir sama dan semua pengerusi perhubungan pun ada sama.

"Dan ketika itu, bila saya tanya mengenai 2.6 bilion ini, Setiausaha Agung Ku Nan pula yang menyampuk (bila) presiden tak jawab.

"Dia (Ku Nan) kata sebenarnya kita banyak menggunakan wang ini untuk PRU13, kita kena belanja banyak nak pastikan kita menang. Tapi dia kata dia tak bolehlah nak kata berapa banyak dia belanja.

"Tiba-tiba presiden menyampuk dia kata, saya boleh kata berapa kita belanja. Katanya (Najib) pada PRU13, kita telah belanja RM1.5 bilion!

"RM1.5 bilion! Saya terkejut bila saya dengar presiden kata begitu, sebab saya kata 1.5 bilion dan kita kalah tujuh kerusi Parlimen? Kita tak boleh nak menyamai ataupun dapat keputusan lebih baik daripada PRU12 banding zaman Pak Lah dulu," ujar Mukhriz menjawab balas jawaban Perdana Menteri.

Menurut Mukhriz lagi Ku Nan pernah berkata kepadanya, "dia orang muda".

"You tahu apa, you orang muda lagi. Dia kata kat saya. Saya kata orang muda ini telah menawan balik negeri Kedah.

"Kita telah menyumbang daripada 4 kerusi naik jadi 10 kerusi Parlimen. Dan kita telah berjaya menawan balik hati rakyat Kedah daripada Pas. Jadi jangan nak perlekehkan keupayaan Umno Kedah," balas Mukhriz kepada Ku Nan dalam pertemuan tersebut.

Justeru kata Mukhriz lagi beliau mula mempersoalkan ke mana jumlah RM1.5 bilion itu digunakan.

"Saya duk fikir balik 1.5 bilion, ke mana pergi duit itu? Saya tak nampak yang kita dah belanja banyak macam itu. Dan hasilnya tak berapa memberangsangkan.

"Dulu kita tak pernah belanja duit macam itu pun kita boleh menang 2/3.

"Satu lagi perkara, yang saya rasa pelik dan hairan RM2.6 bilion yang dia terima katanya dari derma Arab, kalau tolak RM1.5 bilion belanja PRU13, maksudnya tinggal RM1.1 bilion. Macam mana dia boleh kata dia pulangkan RM2.03 bilion balik kat Arab tu?" soal Mukhriz.

Malah kata Mukhriz lagi, "daripada RM1.1 bilion naik jadi RM2 bilion? Benda tu saya ingat budak kecil pun boleh faham yang angka ni semua tak betul.

"Bohong punya bohong dah jadi bertimbun-timbun, kita pun dah tahu yang mana benar dan yang mana tak benar. Tapi yang saya ingat, lebih kurang 100% tak betul," kata Mukhriz.

Ucapan Mukhriz ini dipetik dalam satu blog pro-Mukriz hari ini ketika beliau berucap dalam satu majlis bersama Ketua-ketua Cawangan dan ahli Umno sekitar Kota Bahru semalam.

Blog itu menyebut selama ini rakyat didedahkan dengan derma RM2.6 bilion kononnya telah dipulangkan RM2.03 bilion kepada penderma yang membawa maksud Najib hanya berbelanja RM600 juta sahaja.


Dengan pendedahan Mukhriz itu menunjukkan Umno-BN telah membelanjakan RM1. 5bilion untuk PRU13.

Angka ini membawa kemungkinan Perdana Menteri menerima derma lebih daripada RM2.6 bilion seperti apa yang didedahkan Mukhriz.

Jumlah RM1.5 bilion itu seolah-olah selari dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa jumlah dana yang disalurkan ke akaun peribadi Najib telah meningkat daripada angka asal USD681 juta kepada USD1 bilion. - Malaysia Dateline 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa