Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Thursday, March 10, 2016

Huh......power punya ketuk!

Kenyataan Media.

NAK JADI PM MESTI AHLI PARLIMEN (AHLI DEWAN RAKYAT).

1. Saya terkejut bila membaca kenyataan Datuk Dr Fuad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi Umno yang menyatakan Tun Mahathir mahu menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM selepas menjatuhkan Najib.

2. Tidak sewajarnya Fuad yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen Batu Pahat serta seorang yang memiliki PHD, bahkan kini diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Najib sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), tidak tahu syarat untuk menjadi PM. Kalau dia pun hendak serang Tun M biarlah bagi hujah yang munasabah dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang membengong dan membangangkan dirinya sendiri.

3. Ini buat kenyataan memalukan orang yang ada PHD. Kenyataan Fuad sudah macam tidak ketahuan hala dan tidak boleh membezakan antara Ahli Parlimen dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Saya ingin memberitahu Fuad bahawa  Mukhriz itu adalah seorangADUN. Untuk menjadi Perdana Menteri seseorang itu mestilah Ahli Dewan Rakyat. Kalau esok sekali pun Tun M berjaya turunkan Najib sebagai PM, Mukhriz tidak boleh dilantik sebagai PM kerana beliau hanyalah seorang ADUN. Mukhriz atas sifat sebagai ADUN hanya boleh menjadi MB atau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk menjadi Menteri atau pun Timbalan Menteri sahaja. Kecualilah kalau bubar Parlimen dan Mukhriz bertanding kerusi Parlimen. Itu pun kalau menang. Barulah boleh diangkat menjadi PM. Fuad ni dah mengalahkan kebodohan Awang Liku. Mana dia dapat  PHD?

4. Kepada kawan saya Fuad, kalau nak bodek dan mengampu Najib pun bagi lah nampak cerdik macam betoi-betoi orang yang ada PHD. Jangan sampai Pegawai Jasa bawah pun gelak dan jangan sampai Aflin Shauki panggil buat skrin test cari pelawak baru.

#UndurNajib
#MalaysiaSelamat.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
9 Mac 2016/29 Jamadilawal 1437H

1 comment:

  1. Semangat bodek meluap2 hingga lupa tatacara..bekas pas nak naik dlm umno kena tunjuk bodoo..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa