Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, March 5, 2016

Dah terkena karma, baru nak celik hati?

Anwar berjiwa besar sanggup sokong Mahathir

 | March 5, 2016
Beliau rela melupakan seketika sejarah lampaunya dengan Dr Mahathir demi menyelamatkan negara daripada terus hancur di bawah Najib Razak.
mahathir anwar
PETALING JAYA: Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong usaha Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pembangkang untuk menyelamatkan Malaysia membuktikan bekas Ketua Pembangkang itu berjiwa besar.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Anwar sanggup mengetepikan perbezaan dengan Dr Mahathir demi rakyat dan negara.
“Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Anwar Ibrahim yang berjiwa besar menyokong daya-usaha keseluruhan rakyat Malaysia untuk menyelamatkan negara kita yang tercinta ini.
“Anwar tahu program hari ini adalah daya-usaha murni Mahathir untuk satu-padukan semua rakyat Malaysia tanpa kira fahaman ideologi politik bagi merencanakan satu gerakan ke arah menyelamatkan negara Malaysia dari segala bentuk kemungkaran, salah-laku, penyelewengan, rasuah, kebebasan bercakap serta penulisan, keperitan hidup rakyat dan berbagai lagi. Namun beliau tetap menyokongnya secara tegas dengan membuat kenyataan yang cukup rasional semalam,” katanya
Dalam masa sama, Khairuddin mengulangi akan menyokong sebarang usaha dalam menuntut pembebasan Anwar daripada hukuman penjara itu.
“Sekiranya ada mana-mana daya-usaha untuk bebaskan Anwar Ibrahim dari penjara Sungai Buloh, saya amat menyokongnya kali ini.
“Insya-Allah saya akan jadi orang yang pertama yang bakal hadir dalam mana-mana anjuran untuk membebaskan Anwar Ibrahim di masa akan datang,” katanya yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Anwar.
Semalam, Dr Mahathir menandatangani deklarasi bersama dengan bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO).
Deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau ‘Deklarasi Rakyat’ itu ditandatangani bagi memberi tekanan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan.
Dalam reaksinya kepada Deklarasi Rakyat, Anwar dilaporkan berkata, beliau menyokong pembangkang bekerjasama dengan Dr Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak demi menyelamatkan negara.

5 comments:

  1. Hehehehe....
    Berjiwa besar atau mengharapkan imbuhan?
    Sy boleh teka knapa dia membuat keputusan demikian.
    Dia politician yang sangat bijak. Guna serampang dua mata.
    Dapat pujian di mata awam dan boleh berangan dapat imbuhan kedua iaitu...... hehehehe.
    Kenapa azmin ditonjolkan? Ini juga permainan seni politik.
    Anuar juga seperti mahathir, sama-sama hendak naikkan azmin (tentulah kak wan dan ijah tarik muka).
    Harap Tun tidaklah salah percaturan lagi. Nanti memanjang semua tak betul (bila tak dapat ikut kehendak dia).
    Negara diperintah dan ditadbir ikut kehendak nafsu beberapa orang, walhal bukan hendak sangat menjaga rakyat pun.
    Tapi mahaplah, itu pun kalau ALLAH izinkan.

    ReplyDelete
  2. Ketengga perlu bahati2 dalam menulis ketika ini/jangan buat arng makin keliru.sudahlah peminpin ulamak Pas dah menraban .kau pulak menulis memngudur ke belakang .fikir dan gunakan taktik berpadanan dengan masa, biar cerdik dalam mencari kebenran.

    ReplyDelete
  3. alahai blog ni pun kadang kadang pun ada juga kena blok
    jiwa besar ka jiwa kecil ka tapi ramai yang masih berjiwa kecut takut untuk ubah sistem melalui pru
    selagi omno bersedialah diboddo boddo

    ReplyDelete
  4. Dlm soal ini ketepikan perbezaan. Pentingkan rakyat dan negara dahulu. Sokongan DSAI mmg sangat bermakna dan disanjung yg secara tidak langsung meletakkan dirinya dimata rakyat. Kita tidak mahu negara terus musnah dan rakyat terus susah akibat oleh seorang yg rakus. Negara mesti diselamatkan.

    ReplyDelete
  5. Khairuddin baru tringat dia nie saudara anwar jugak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa