Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 4, 2016

Lantak pi lah apa pun........hanya kamu yang tahu di kalangan kamu!

Kelantangan Muhyiddin Dianggap Ada Agenda Peribadi
Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2016 8:19 AM
Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tiba-tiba bersuara lantang di luar mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno kini, menimbulkan tanggapan beliau mempunyai agenda peribadi sendiri.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu timbul kerana Muhyiddin sebelum ini, tidak banyak bersuara dalam mesyuarat MT Umno, jauh sekali bersikap lantang.

"Saya menjadi ahli MT lebih 25 tahun lalu dan memang Muhyiddin bukanlah seorang yang banyak bersuara dalam MT. Ini jauh berbeza daripada apa yang beliau cuba gambarkan sekarang," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata sebab itulah ramai kalangan sahabat harian kerana Muhyiddin tiba-tiba bersuara lantang termasuk mengungkit isu yang beliau sendiri tidak pernah bawa dalam mesyuarat MT secara terus terang. 
"...dan inilah menyebabkan beliau ditolak oleh hampir semua ahli MT, dan bahagian-bahagian Umno," katanya.

Annuar berkata tindakan Muhyiddin menyatakan beliau menegur dengan ikhlas adalah tidak mencukupi,'tetapi keikhlasan itu harus ternampak jelas dan mesti bersulamkan kebijaksanaan, hikmat dan hasanah.

"Tindakan yang jelas mengikut rentak musuh dan nyata membawa keburukan sudah tentu bakal ditolak oleh jutaan ahli Umno lain yang ikhlas ingin melihat parti ini tidak menjadi mangsa musuh yang ingin memporak-porandakan (Umno)," katanya.

Beliau berkata kesilapan percaturan Muhyiddin telah membawa padah kepada dirinya sendiri, apabila cara beliau itu ditolak sama sekali oleh saf kepimpinan Umno semua peringkat.

"Bagi kita tidak sukar untuk memahami cara yang dipilih Muhyiddin sebelum ini. Nilailah semula sementara peluang masih ada. Usah memilih untuk tidak membantu presiden.

"Jangan didorong keyakinan (Presiden Umno dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak mahu dijatuhkan, dan dengan itu beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pilihannya sendiri," katanya.

Annuar berkata sebagai anggota Umno, Muhyiddin kini mempunyai hak seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Umno, dan beliau percaya bekas timbalan perdana menteri itu akan mengunakan hak tersebut sepenuhnya.

"Namun harus diingat, bersama hak sebagai ahli datangnya tanggungjawab ahli pada parti dan hak parti itu sendiri terhadap ahli termasuk tataetika dan disiplin yang wajib dipenuhi," katanya.

Beliau berkata adalah penting bagi MT memastikan perkara itu dikuatkuasakan tanpa memilih pangkat dan kedudukan seperti Muhyiddin sendiri telah lakukan berkali-kali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Annuar berkata sesiapa sahaja yang memilih menjadi anggota Umno wajib mematuhi keputusan parti, 'bersatu dalam parti, bersetia dengan pimpinan dan berkhidmat kepada agama, bangsa dan tanah air dengan jujur dan ikhlas, percaya dengan qada dan qadar Allah SWT." - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa