Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 6, 2016

Mamat ni dapat restu Hadikah untuk bercakap begini?

Pas desak bubar Parlimen segera
SYAIRI SHAARI - 5 MAC 2016
SHAH ALAM - Pas mendesak Parlimen dibubarkan dengan segera dan satu PRU perlu diadakan bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu negara.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kepimpinan negara telah terpalit dengan pelbagai skandal dan perlu diganti demi kesejahteraan rakyat.

"Pada hakikatnya, rakyat tak percaya dengan pelbagai penjelasan yang diberikan walaupun pentadbiran Umno/BN cuba mendakwa ia diterima oleh rakyat.

"PRU dan kerajaan baru yang akan dibentuk selepasnya akan dapat memulihkan imej negara kerana ia dapat memberi peluang kepada rakyat untuk membersihkan kerajaan daripada mereka yang menjadi bebanan kepada negara.

"Imej negara telah terus tercalar di luar negara dan rakyat Malaysia yang keluar negara kerap dihujani dengan pelbagai soalan tentang skandal-skandal yang menjadi berita utama bukan sahaja di dalam negara malah di peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, pentadbiran Umno/BN telah sampai ke penghujung hayatnya.

"Tidak ada gunanya memberi talian hayat kepada mereka. Kepentingan negara dan rakyat mesti diberi perhatian utama," katanya.

Menurutnya, tuntutan Pas ini dengan jelas menunjukkan bahawa perdana menteri dan Umno-BN perlu ditukar.

2 comments:




  1. klu nasi katakan nasi
    jgn ssekali mnjd kuah
    klu macai dah jd balachi
    teruskan lah saja mnjd baruah

    ReplyDelete

  2. "Tidak ada gunanya memberi talian hayat kepada mereka. Kepentingan negara dan rakyat mesti diberi perhatian utama," katanya

    Mereka tu orang umnu atau parti umnu? Kalau kpd parti, mr presideng bagitau memang itu lah hajatnya. Kalau nak diberi talian hayat kpd PM, mr presideng memang setuju krn PM tu orang umnu, bukan umno.

    Jadi bengang kepala aku bila fikirkan pendirian mr presideng parti agama ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa