Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 6, 2016

Pembangkang masuk perangkap Mahathir?

Mukhriz: Deklarasi hanya untuk ganti Najib dengan PM lain dari BN
5 Mac 2016  - Hari ini, 6:44 pagi
Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mempertahankan Deklarasi Rakyat yang menurutnya tidak bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan BN tetapi hanya bertujuan untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak dengan seorang perdana menteri lain dari parti pemerintah itu.

Deklarasi Rakyat menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sekutunya dari pembangkang dan masyarakat sivil menyeru penyingkiran Najib berhubung dakwaan skandal yang menyelubunginya dan untuk melaksanakan pembaharuan institusi.

"Tidak masuk akal sama sekali dakwaan bahawa tindakan Tun Mahathir ini akan menguntungkan pembangkang termasuk DAP.

"Adakah BN akan tumbang jika Najib undur? BN tetap mempunyai majoriti kerusi Dewan Rakyat.

"Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan PM yang baru - dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, bukan dari pembangkang," katanya dalam satu kenyataan.

Mukhriz berkata pembangkang turut serta kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kepimpinan Najib.

"Kalau ikut lojik, pembangkang akan dapat memenangi PRU14 dengan mudah kerana penolakan rakyat terhadap Najib bermakna BN juga ditolak secara total.

"Tapi sebaliknya, pembangkang mahu Najib diganti dengan pemimpin BN yang lain sebelum PRU14. Kenapa?

"Kerana mereka mahu negara diselamatkan dari kemusnahan akibat pemimpin yang rakus menyalahgunakan kuasa," katanya.

Mukhriz mengulangi bahawa deklarasi itu tidak akan membawa kepada kejatuhan BN dan pembangkang faham dan menerima hakikat bahawa amalan demokrasi negara tidak mengizinkan mereka merampas kuasa dari BN tanpa melalui PRU.

"Kenyataan beberapa pemimpin Umno bahawa rakyat perlu tunggu PRU14 untuk tukar PM sangat membahayakan kepentingan BN

"Adakah maksudnya PM baru itu akan datang dari kalangan pembangkang setelah BN tumpas di PRU tersebut?

"Itu sama sekali bukan matlamat Tun Mahathir.

"Untuk selamatkan negara, malah untuk pertahankan kedudukan BN sebagai kerajaan, Najib perlu diganti pemimpin BN lain sebagai PM sebelum PRU14," katanya. - sumber

3 comments:



  1. Apb aku nampak Madey

    Dan aku nampak pulak Azmin Ali kat sebelah Madey

    Dlm hati aku berkata, nape Umi Hafilda adik siMin tu tak ikut sekali duduk sebelah Madey gak...baru ler gempak!

    Skrg kan dah nampak kelaku anak ayah yg kapla botak!

    Semua tu adalah kelaku penyangak2 paling haprak!!

    Aku harap Mat Sabu Kit Siang Husam tak terperangkap..

    ReplyDelete
  2. Sudah terkilat ikan di air,dah tahu jantan betinanya.Sudah ditelah sedari awal maksud dan matlamat Mahathir.Sebab itu,bila dia keluar UMNO,anaknya Mukhriz tak keluar.Begitu juga Mahyudin.Mereka berdua ini adalah gandingan yang mengambil alih UMNO dan sekaligus jadi pengganti Najib dan Zahid Hamidi.Pelikla jugak mereka yang cerdik pandai dalam Amanah dan PKR (kecuali Azmin,dah tahu ke mana arah anginnya) selalu dianiayai dan dikicuh oleh Mahathir boleh percaya dan mahu bekerjasama untuk mencapai cita-cita buruk Mahathir.Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. ...manatau.. dah terdesak nanti Najibby dia jumpa Agong.. minta izin bubar Parlimen. Buat PRU. Najibby ni jenis.. aku tak dapat korang pun takkan merasa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa