Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 28, 2016

Pakatan Harapan masih mewarisi sikap dan tingkah laku "degil"

Isu berkaitan pertindihan calon antara DAP dan PKR,  di lima kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak; Mambomg, Ngemah, Simanggang, Batu Kitang dan Murum,  memperlihatkan kewujudan Pakatan Harapan masih belum mampu untuk lari daripada bayangan konflik sebagaimana yang wujud dalam Pakatan Rakyat. Ini bermakna, parti-parti politik yang membentuk Pakatan Harapan masih mewarisi sikap dan tingkah laku "degil" dalam mengendali konflik kepentingan sesama sendiri.

Secara tidak langsung menggambarkan Pakatan Harapan, bukanlah pakatan yang dapat memberikan harapan terhadap usaha untuk memperkukuh integriti dan akauntibiliti. Juga, menjadi tanda soal dalam konteks keupayaan dalam mengurus perbezaan pandangan serta ideologi politik, ini tentunya memberi kesan kepada potensi pengurusan politik dan pentabiran negara, seandainya berpeluang menjadi parti pemerintah.

Senario pertindihan calon, berlaga sesama sendiri, menggambarkan kalangan anggota Pakatan Harapan tidak mempunyai daya kreativiti dan kemahiran yang tinggi dalam aspek keberkesanan komunikasi, keupayaan perundingan, wujudnya konflik personaliti dan juga terpantulnya kelemahan akal budi. Kesan daripada itu, sukar untuk membentuk situasi menang, menang. Apalagi untuk membina realiti belajar untuk bersetuju, dalam keadaan tidak bersetuju. Fenomena pertindihan calon ini juga memperlihatkan ketidakupayaan untuk membina kerjasama dalam situasi sukar bagi mencapai matlamat bersama.

Persoalannya, apakah dengan realiti ketidakmampuan mengurus konflik tuntutan sesama anggota dalam Pakatan Harapan, membolehkan Pakatan Harapan untuk terus hidup sebagai model kerjasama politik alternatif kepada Barisan Nasional? Apakah rakyat berkesanggupan untuk terus memberikan harapan kepada Pakatan Harapan, bagi menggerakkan perubahan politik dan seterusnya membentuk reformasi politik negara? Atau blok ketiga akan muncul menjadi juara dan peneraju reformasi politik yang mampu memecah benteng Barisan Nasional? - Zulhanin Ab. Ghani

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa