Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 26, 2016

Gabungan UMNO-PAS: Rupanya Hadi takut!

Orang bukan Islam akan terima kerjasama UMNO-PAS - Dr Mahmood Zuhdi

Dr Mahmood Zuhdi yakin apabila UMNO dan PAS bergabung, pembangkang tidak lagi akan mempunyai harapan.

KUALA LUMPUR: Penggabungan dua parti utama negara, UMNO dan PAS sekiranya berlaku, akan diterima dengan baik bukan sahaja oleh golongan bukan Islam di negara ini tetapi juga oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Profesor Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, dalam temuramahnya bersama Mingguan Malaysia.

Jelas Dr Mahmood, orang bukan Islam tidak akan membantah kerjasama itu selagi periuk nasi mereka tidak diganggu dan mereka boleh meneruskan aktiviti perniagaan.

"Orang bukan Islam di Malaysia ini sangat cerdik, mereka akan menerima.

"Kalau terjadi gabungan UMNO-PAS, parti komponen BN seperti MCA dan MIC pun tidak akan membantah.

"Mereka akan menerima sebab periuk nasi mereka itu tidak akan diganggu, sebab mereka akan terus boleh berniaga," kata Dr Mahmood Zuhdi.

Kata Dr Mahmood Zuhdi, ada pihak tidak senang dengan cadangan kerjasama UMNO-PAS, kerana bimbang ia membuka jalan kepada Melayu yang lebih dominan.

Sedangkan hakikatnya jelas beliau, orang Melayu hanya boleh dominan dalam politik dan dominasi itu pula tidak memberi keuntungan dalam ekonomi.

Justeru, beliau berpandangan orang Melayu memerlukan kestabilan politik menerusi penggabungan dua parti ini.

"Kestabilan politik Melayu diperlukan untuk mencari masa bagi memberikan peluang kepada orang Melayu supaya keadaan sosio-ekonomi lebih seimbang.

"Apa gunanya UMNO dan PAS duduk berkelahi, berebut kuasa di Parlimen hendak jadi perdana menteri dan menteri, sedangkan umat Melayu tidak dapat dibangunkan," kata beliau.

Mengulas suara sinikal sesetengah pihak yang mempertikai mengapa baru sekarang ditimbulkan isu kerjasama UMNO-PAS, Dr Mahmood Zuhdi berkata Umno tidak boleh nafi parti itu kini berdepan banyak liabiliti gara-gara krisis.

Ini termasuk krisis Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyebabkan UMNO berselerak, dan terkini krisis Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Krisis sama juga dihadapi oleh PAS selepas putus kerjasama dengan DAP.

Kedua-dua parti ini, kata Dr Mahmood Zuhdi, memerlukan kawan daripada luar zon selesanya.

"Sekarang ini dalam UMNO ada situasi gawat dan memerlukan kawan daripada luar UMNO.

"Begitu juga PAS, sesudah ia sedar telah ditipu DAP, ia mendapat kawan yang salah, maka ia kena tebus kembali kesalahan itu," ujar Dr Mahmood Zuhdi.
Beliau juga yakin apabila UMNO dan PAS bergabung, pembangkang tidak lagi akan mempunyai harapan.

Dr Mahmood Zuhdi memberikan contoh, dengan UMNO dan PAS yang mewakili dua kekuatan besar, parti pembangkang boleh menjadi seperti parti-parti ideal seperti Parti Sosialis Rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak akan menang pilihan raya.

Yang menjadi masalah ketika ini jelas beliau hanyalah soal kepimpinan parti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas beliau dilihat lebih berani berbanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih takut kepada pengikut dan pemberontak.

4 comments:

  1. Periuk nasi sahajakah yg jadi ukuran atau pertimbangan?..Jika periuk nasi jadi pertimbangan orang bukan islam..apakah orang islam akan jadikan moral sebagai pertimbangan? Setakat ini orang bukan islam nampaknya lebih ke depan dalam bab moral..

    ReplyDelete
  2. kalau kata tak bergabung pas umno apakah terjejasnya periuk nasi bukan islam
    selama pkr dap berkuasa di selangor terjejas ke periuk nasi non Muslim

    belajar tinggi tinggi hanya takat boleh pikir periuk nasi je ke?
    tak ada alasan atau sebab lain

    ReplyDelete
  3. periuk nasik prof nilah.... sapa tak kenai dia ni.....

    ReplyDelete
  4. zakir naik dah kata gabung, Mahmood zuhdi dah kt gabung, dr zuhdi dah tak sabar nak gabung, tunggu apa lg? gabung la. buat2 malu pula hj hadi dan harun din

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa