Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 21, 2016

Pengaruh Husam di Kelantan

Aktivis akar umbi Kelantan ikrar bersama Husam
 | MALAYSIA DATELINE
Husam menerima watikah ikrar daripada Hisham

Gerakan Selamatkan Malaysia dijangka semakin rancak di Kelantan apabila lebih seratus aktivis akar umbi berikrar bersama Adun Salor Datuk Husam Musa untuk bergabung tenaga menjayakan aspirasi rakyat itu.
Peguam Hisham Fauzi yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan watikah ikrar kepada Husam selepas majlis tersebut di dewan sebuah pertubuhan sukarela di Kubang Kerian malam tadi.
"Rakyat Kelantan tidak akan berpeluk tubuh dalam menghadapi apa saja gerakan untuk menyelamatkan rakyat dan negara," kata beliau di majlis itu.
Mesyuarat panitia Gerakan Selamatkan Malaysia peringkat Kelantan dipengerusikan Husam.Mesyuarat panitia Gerakan Selamatkan Malaysia peringkat Kelantan dipengerusikan Husam.Husam ketika berucap  kepada pemimpin dari pelbagai latar belakang politik dan ideologi itu mahu semua rakyat dilibatkan dalam usaha tersebut sehingga gerakan itu benar-benar berjaya.
"Untuk Kelantan sahaja kita kena pastikan sekurang-kurangnya 100,000 rakyat menurunkan tanda tangan untuk Deklarasi Rakyat ini," katanya
Majlis yang turut dihadiri Ketua Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan menyaksikan gabungan menyeluruh pemimpin pelbagai parti dan NGO.
"Saya bersyukur malam ini kita dapat lihat pemimpin akar umbi Pas, Umno, PKR, Amanah dan yang tidak berparti dapat duduk bersama demi rakyat," katanya.
Beliau mahu borang Deklarasi Rakyat diedarkan di pasar-pasar, pasar malam, surau, masjid, kedai kopi, pasaraya dan stadium.
"Jika kekuatan seperti yang ada ini digerakkan dengan serius kita akan menghantar suara rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 9 Mei depan dengan yakin," ujarnya.
Pada majlis itu turut dimaklumkan program Jelajah Tun Mahathir yang bakal berada di Kelantan pada 4 Mei depan.
Husam berharap jawatankuasa yang dlantik untuk menguruskan acara ini bekerja tanpa henti untuk memastikan program tersebut berjalan dengan penuh tertib dan mencapai matlamatnya.

# Korang fikir sekiranya Nik Amar menjadi kepala gerakan ini di Kelantan adalah akan berjaya kumpulkan pelbagai manusia dengan pelbagai gerakan dan wadah politik?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa