Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 27, 2016

Tanah Rezab Melayu: Apa dah jadi?

TANAH REZAB MELAYU SEMAKIN SUSUT KINI SEMAKIN KRITIKAL TIADA LIPUTAN TV3 PON HINGGA KINI. BAHALOUL KER BINGAI TV3 NI????

ERM (Enakmen Rezab Melayu) Pulau Pinang tidak pernah diluluskan oleh Dewan DUN Pulau Pinang semasa BN UMNO memerintah selama 58 tahun melalui Gerakan dan Mca.

Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah
Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing

ADA TV3 KEPOH HAL RAKYAT INI??? HARAM TAK DAK !!!

Tanah Rizab Melayu Dipelihara : 2 objektif Asal Undang-undang Tersebut :

Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

Bagaimana tanah rizab Melayu semakin mengecil? Ini kerana jikalau “orang lama” masih ingat lagi dahulu, di mana melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-manan mahkamah
Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing

Undang-undang asalnya sebelum “berjaya” dipinda, kerajaan sama sekali tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tanah rizab Melayu, tidak boleh sama sekali.

Melainkan diambil tanah tersebut untuk tujuan menyediakan kemudahan awam, sekolah dan hospital. Yang…itu boleh. Dua perkara besar yang telah diubah itulah telah menyebabkan menyebabkan tanah rizab Melayu semakin berkurangan.

3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957
1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hampir 44% daripada jumlah asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. Masalahnya di sini, tanah yang diambil tidak diganti semula.

Kehilangan tanah rizab Melayu di sekitar Kuala Lumpur amat menakutkan apabila tanah rizab Melayu sejak tahun 1957 hanya tinggal 5.1% sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah. Kebanyakan modus operandinya adalah dengan mengambil tanah rizab Melayu dan ditukarkan kepada status komersial. Akhirnya, ramai jadi kaya atas “skim cepat kaya” ini.

Kami tidak menolak pembangunan tetapi biarlah kita melihat melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera (tanah rizab Melayu) akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.  - Abu As Siddiq

1 comment:

  1. Tv3..?!!! Apa tu a cake or a toilet tissue...where can be found, stalls or supermarkets..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa