Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Monday, April 25, 2016

Rileks jap: Cerita PAS ajak berjihad lawan DAP

JOM BERJIHAD LAWAN DAP

USTAD : Kita kena berjihad lawan DAP. Kena tolak DAP.

LEBAI : Sebab apa ustaz?

USTAZ : Sebab DAP zalim, DAP tolak hudud, DAP anti Islam, DAP bawa agenda Kristian.

LEBAI :  Tapi ustaz, di Sarawak DAP lawan 29 kerusi,  kita cuma lawan 11 kerusi saja. Lagipun kita lawan DAP 1 kerusi saja.  Dah tu kita letak calon Kristian pulak lawan DAP. Macamana tu ustaz ?

USTAZ :  Itu strategi ulama. Jangan lawan ulama. Depa dapat panduan Allah. Kena ingat kita bertanding pilihanraya bukan semata-mata nak menang, kita nak berdakwah, nak redha Allah.

LEBAI :  Tapi ustaz, kalau kita menang semua 11 kerusipun kita masih tak boleh buat hudud ... macamana tu ?

USTAZ : Tak faham ka saya bagitau tadi, jangan lawan strategi ulama. Kita kena wala'

LEBAI : Baiklah ustaz .... saya wala'. - Abu Musa @ Sulaiman

1 comment:

  1. Padan muka lebai.tak nak dengar cakap ustat.kita kena ingat lebai kita bertanding piliharaya bukan nak menang kita nak kalah .yang penting di lain kawasan kita serang DAP tetapi di Selangor kita kena bersama DAP sebab di Selangor kalau di ibaratkan kita buat gula dalam satu periuk kita bolih campur ikan ,ayam dan khinzir.di luar Selangor tak bolih ,kah,kah,kah ustaz.ustat.ustik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa