Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 24, 2016

Terkilan apa pulak......kan dah dianggap musuh......lagi pun rumah masing-masing?

PRN Sarawak: PAS terkilan PAN letak calon di DUN sama
Oleh Muhammad Asyraf Azlan
SHAH ALAM: PAS melahirkan rasa terkilannya ekoran Parti Amanah Negara (PAN) turut meletakkan calon di lima kerusi yang sama dengan parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee, keadaan ini akan menyebabkan undi pembangkang akan berpecah kepada dua dan ini akan memberikan peluang yang besar kepada Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.

PAS sebelum ini pernah menyatakan supaya PKR, DAP dan PAN untuk tidak meletakkan calon di kawasan DUN yang sama namun perbincangan dengan PKR menemui kegagalan. 

"Mereka hendak bertanding kita tidak dapat halang tapi kita tengok nanti sebanyak mana mereka mampu dapat, yang penting kita sudah buat kerja di kawasan ini (kerusi PAS) sudah lama.

"Kita yakin tapi kami rasa terkilan kerana perkara ini akan memberikan kelebihan kepada BN kerana pecah undi pembangkang aka memberikan peluang besar kepada BN," katanya ketika dihubungi Antarapos.

 PAN dan PAS akan bertanding di lima kerusi yang sama iaitu DUN Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, dan Beting Maro.

Menurut Jofri, tindakan PAN bertanding di kerusi PAS memberi gambaran jelas matlamat sebenar mereka yang ingin menghapuskan PAS.

"Sekarang ini matlamat mereka jelas ingin menghapuskan PAS memang bila kita tengok dalam 'Facebook' mereka kata ingin menguburkan PAS seolah-olah PAS ini bergabung dengan BN.

"Sedangkan tempat yang PAS bertanding memang dengan BN tapi tidak tahu apa matlamat sebenar mereka adakah ada tujuan lain,"ujarnya.

Jofri juga mempersoalkan sebelum ini Pakatan Harapan (PH) pernah memberitahu akan memastikan hanya pertandingan dua penjuru yang berlaku iaitu antara pembangkang dan BN tetapi perkara sebaliknya berlaku.

"Dulu dia kata dia tidak mahu bertembung dengan Parti Islam bila berlaku perkara sekarang ini sudah jelas matlamat mereka sebenarnya.

"Mereka hendak menggantikan PAS bukan semudah menggantikan 'tayar' mereka masih baru tidak sampai setahun kita (PAS) sudah melebihi 60 tahun,"katanya lagi.

PAN mengumumkan 13 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei depan.

Pengarah Pilihan Raya PAN, Dr Hatta Ramli berkata pihaknya tiada masalah untuk berdepan dengan lawan daripada mana-mana parti selain gabungan Pakatan Harapan.

Setakat ini hanya DAP yang masih belum mengumumkan senarai calon mereka.

4 comments:

  1. Mungkin PAS boleh minta UMNO jangan bertanding sebagai balasan dokongan PAS kpd Najib.

    ReplyDelete
  2. Alah.. apa nak risau bukankah pada pandangan pas parti amanah tu serpihan saja?? Jebon barua khdam dap dan mcm2 lagi. Pas bukankah lebih kuat bila bersendirian??? Lagipun pas kan dah ada ikatan sbg blok ke3. Kasi ikat lar.

    ReplyDelete
  3. sebuah parti yg mengaku kuat tampa sokongan pakatan rakyat yg hancur.bertambah kuat dengan gabungan blok ke 3 parti ikatan (79 ahli) boleh terkilan dengan amanah yg di katakan hanya bertahan berberapa bulan je..
    macamna ni...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa