Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 26, 2016

Punah........apa dah jadi?

Pertindihan calon PKR – DAP, mampukah Pakatan Harapan diselamatkan
25 April 2016 | ARIF ATAN
Penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 hari ini menyaksikan pertembungan antara PKR dan DAP di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Kawasan terbabit ialah Mambong, Ngemah, Simanggang serta dua kerusi baru, Batu Kitang dan Murum.

Mengikut Fasal 5: Perjalanan Pilihanraya dalam Perjanjian Pakatan Harapan, hanya seorang calon sahaja diletakkan mewakili gabungan parti pembangkang berkenaan.

Walau bagaimanapun, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian menyifatkan pihaknya tidak memperoleh maklum balas DAP berhubung beberapa kerusi yang bertindih sehingga tengah malam tadi.

“Keputusan Keadilan untuk menamakan calon-calon bagi Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 telah dibuat secara bersama (kolektif) di antara pimpinan negeri dan pusat. Kerusi-kerusi Dun yang ditandingi merupakan kawasan-kawasan yang kami telah usahakan bertungkus-lumus bertahun lamanya.

“Pakatan Harapan telah melalui proses perbincangan bagi 95 peratus jumlah kerusi yang ditandingi, tetapi hanya lima peratus kerusi yang tidak dapat dicapai kata putus. Ini merupakan satu pencapaian yang baik memandangkan proses perbincangan bukanlah mudah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Keputusan PKR Sarawak untuk bertempur dengan DAP itu dalam PRN yang membabitkan jumlah keseluruhan 82 kerusi Dun itu juga dilihat mendapat restu daripada kepimpinan pusat parti tersebut.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengesahkan dirinya memberi kuasa kepada PKR negeri untuk menurunkan calon mereka di lima kerusi yang menjadi rebutan dengan DAP.

Sementara itu, keputusan PKR meletakkan calonnya di kerusi DAP mengundang reaksi kecewa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng apabila menganggap partinya telah dibohongi.

Menurutnya, PKR tidak mempunyai komitmen untuk mematuhi perjanjian Pakatan Harapan supaya mereka tidak bertanding melawan satu sama lain.

Dalam komponen parti pembangkang, PKR menghantar calon bertanding paling ramai iaitu di 40 kerusi Dun manakala DAP 35 kerusi walaupun jumlah bagi PKR dan DAP yang mulanya dipersetujui Majlis Presiden masing-masing ialah 35 dan 34 kerusi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa