Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 20, 2016

Lagi tekanan terhadap Hasan

Sunting laporan PAC: Hasan patut letak jawatan
ATIRAH HASLI  -  20 APRIL 2016
Hasan Arifin - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin menyunting laporan panel PAC berkenaan kes 1MDB adalah satu langkah tidak wajar.

Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah & Salahgunakuasa Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Azrul Akmal Saharudin berkata, tingkah laku menggambarkan beliau tidak menunjukkan sikap jujur dan amanah dalam jawatankuasa tersebut.

“Biro ini memandang perkara ini dengan amat serius dan mempersoalkan integriti Hasan sebagai Pengerusi PAC. Kelakuan sebegini juga tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli parlimen.

[ARTIKEL BERKAITAN: Laporan PAC: Hasan jawab ulas kenyataan Tony Pua]

“Walaupun, Hasan semalam menyatakan ia telah disunting kerana maklumat itu masih dalam siasatan, ianya adalah tindakan yang tidak wajar kerana ianya telah mendapat persetujuan semua ahli panel untuk dimasukkan ke dalam Laporan PAC dan jika ia perlu dikeluarkan, Pengerusi PAC perlu membincangkannya dengan semua ahli panel,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Berikutan tindakan tidak wajar Hasan, pihaknya meminta supaya Pengerusi PAC itu meletakkan jawatan.

Pihaknya dalam pada itu turut menyarankan kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk menyiasat kes 1MDB secara menyeluruh.

“Dengan Suruhanjaya DiRaja sahaja, siasatan terhadap kes ini dapat dijalankan tanpa ada gangguan dan laporan yang disediakan adalah telus dan boleh dipercayai sepenuhnya sekali gus akan membantu membersihkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang terpalit dengan skandal ini jika beliau didapati tidak bersalah oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja,” katanya lagi.

1 comment:

  1. Hina dan tidak berintegeriti seorang Pengerusi PAC yang mencemarkan jawatan mulia. Bila dilantik golongan tidak bermoral menjadi pemimpin sebuah jawatankuasa yang mulia beginilah jadinya. Tiada maruah, akhlak dan sungguh hina.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa