Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 20, 2016

Masihkah kau ingat?

MASIHKAH KAU INGAT..?

Cabaran dari Hj Hadi agar keluar Pas dan menubuhkan sebuah parti baru..

KRONOLOGI PARTI SILAM

1. Sewaktu kawan kamu duduk di dalam Pas, kamu tuduh mereka dengan pelbagai gelaran, sekular, liberal, jebon, Anwarinas, nyamuk dan bermacam-macam gelaran huduh. Kamu cabar mereka tinggalkan Pas dan perlu tubuh parti baru.

2. Bila kawan kamu kalah ketika di dalam pemilihan Muktamar ke-61, kamu kata ini tapisan Allah pada orang munafiq.

3. Apabila kawan kamu tidak mahu terima lantikan, kamu peralat cerita Khalid Al Walid. Betapa perlu berjiwa besar kononnnya.

4. Bila kawan kamu hendak menubuhkan gerakan baru untuk keluar parti, kamu tuduh mereka masuk jamaah lain, kamu exploit hadith, "Siapa yang keluar dari jamaah.....". Kamu desak mereka agar istiqamah.

5. Kamu sebenarnya sudah terlambat. Semuanya kini hanyalah tinggalan sejarah. Segalanya tidak mungkin boleh di ulangi semula. Kamu hendak apa sebenarnya? Kejap halau, kejap suruh tubuh parti baru dan kejap suruh istiqamah. Mana satu?

Jangan bertindak seolah-olah kamu pemegang kunci syurga dan kamu benar belaka.. Ingatlah..! Segala-galanya tergenggam di kalam Allah. Jadilah insan budiman bukan insan yang suka menghukum..

~Aku Terpaksa
Tinggalkan Kamu Di situ..

- Sun Tzu

2 comments:

  1. Kita hanya boleh berbincang atau berhujah dengan orang yang waras sahaja. Orang yang mudah lupa atau mengidap penyakit dementia tidak perlu dilayan kerana mereka tidak ingat apa yang mereka katakan, cakap berbolak balik dan tidak akan mendengar hujah orang lain atau pun tidak peduli dengan kebenaran fakta.

    ReplyDelete
  2. org yg berkuasa atas kuasa yg di sokong oleh orang lain...bila berkuasa jadi sombong...halau mereka yg menolong..
    baru sedar diri

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa