Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Wednesday, April 20, 2016

Oh Hasan.........apa lu buat ni?

Apa nak jadi........ada sikit kuasa pun dah mabuk dah!

Hasan mahu cabar Bank Negara? - DAP
mk   -   Hari ini, 11:35 tengahari
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua hari ini mempersoalkan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Arifin yang memadamkan 'dua ayat' yang terkandung dalam laporan jawatankuasa itu, yang kononnya tidak penting tanpa merujuk kembali kepada semua anggota PAC.

Lebih dari itu, anggota PAC tidak pernah memberi kuasa kepada Hasan untuk berbuat demikian sedangkan draf akhir telah diluluskan, katanya.

"Hasan sepatutnya memaklumkan kepada Parlimen dan semua yang terlibat, apa sebenarnya yang tidak jelas mengenai penemuan Bank Negara yang menyebut “penerima faedah utama Good Star Limited adalah individu tidak berkaitan dengan Petrosaudi International Ltd”?

"Penemuan itu penting kepada seluruh siasatan 1MDB kerana syarikat dan para eksekutifnya telah memberi keterangan kepada PAC bahawa Good Star adalah anak syarikat Petrosaudi," katanya dalam kenyataan.

Walau bagaimanapun, syarikat tidak dapat menyediakan bukti kukuh, seperti carian syarikat atau sijil penubuhan dari pihak berkuasa berkaitan, walaupun selepas diminta berkali-kali, untuk menyokong dakwaan Peguam Negara dan PAC, ujarnya.

Apa yang 1MDB dapat sediakan ialah surat tahun 2015 dari Petrosaudi kepada 1MDB mengatakan Good Star Limited adalah sebahagian daripada kumpulan Petrosaudi, jelasnya lagi sambil menekankan PAC tidak boleh mengiktiraf dokumen seperti itu.

"Oleh itu, apakah Pengerusi PAC mahu mempersoal dan mencabar penemuan dan siasatan Bank Negara Malaysia," tanya Pua.

Semalam, Pua menuduh Hasan menyunting laporan PAC mengenai 1MDB tanpa kelulusan jawatankuasa berkenaan dengan memadamkan ayat laporan itu mengenai keterlibatan Jho Low dalam firma Good Star Ltd.

Pua berkata ayat yang dikeluarkan berbunyi: "Bank Negara Malaysia dimaklumkan secara sukarela oleh pihak berkuasa negara itu bahawa Good Star Limited adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan PetroSaudi Group".

Ayat berkenaan, katanya diluluskan oleh semua anggota PAC dalam draf kerja mereka, namun ia a tidak muncul dalam laporan akhir yang diterbitkan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa