Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 20, 2016

Dr M Dr M and the gang cuba bekukan aset Najib: Kita tengok apa akan jadi?

Dr M cuba bekukan aset Najib bernilai RM2.6b
Hafiz Yatim  -  19 Apr 2016, 1:31 tengahari
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan membekukan atau penyekat perdana menteri daripada memindah, mengeluar atau melakukan sebarang urusniaga ke atas aset beliau yang bernilai RM2.642 bilion.

Bekas perdana menteri itu bersama-sama bekas naib ketua Umno cawangan Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin, turut memfailkan permohonan pendedahan yang menghendaki Najib untuk memaklum dan memberi butiran aset-aset beliau termasuk artanah, baki kredit, tunai dan aset-aset lain dalam bank, institusi kewangan dan saham syarikat.

Permohonan itu difailkan hari ini pada jam 10.40 pagi menerusi firma guaman, Haniff Katri di pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

"Arahan kepada Najib untuk menyediakan senarai aset dalam masa 10 hari bermula tarikh penghantaran surat ini kepada beliau," kata permohonan itu.

Permohonan itu adalah berlandaskan kesemua mereka telah memfailkan tindakan sivil menentang Najib, pada 23 Mac yang lalu, bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Menurut mereka, Najib selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Mengulas lanjut, tambah mereka, telah dibuktikan RM2.6 billion dimasukkan dalam akaun perbadi Najib menerusi Ambank pada bulan Mac 2013, dan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.

Ketiga-tiga mereka turut mendakwa Najib tidak menafikan wang masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan itu telah disahkan menerusi kenyataan Peguam Negara dalam sidang medianya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa