Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 19, 2016

Giler, apa masalah sebenarnya ni?

Sampai mati tak rasa wang caruman
ROSMIZA KASIM - 19 APRIL 2016
Hasnah menunjukkan resit perbelanjaan dan juga surat menyurat berkaitan hutang piutang yang perlu dijelaskan

KOTA BHARU - Seorang wanita terkilan apabila suaminya meninggal dunia sebelum sempat merasai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setelah 35 tahun bekerja keras demi hari tuanya.

Hasnah Mohamad, 50, mendakwa, sepatutnya wang itu boleh digunakan bagi menampung kos rawatan suaminya, Che Hasnan Musa yang menghidap strok tahap tiga sejak Disember tahun lalu yang menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan bergerak.

Hasnah berkata, sebelum suaminya meninggal dunia awal Mac lalu, dia membuat permohonan mengeluarkan caruman suaminya bagi menampung perbelanjaan perubatan dan telah diluluskan KWSP.

“Semasa suami masih ada, wang ini telah ditransit ke sebuah bank, tetapi malangnya sehingga ke saat suami saya meninggal pun, wang tersebut tidak boleh dikeluarkan atas alasan tidak munasabah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Kedai Buloh.

Hasnah mendakwa, berikutan permohonannya, beberapa kali pegawai dari bank terbabit datang melihat sendiri keadaan suaminya yang terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan di rumah sebagai pengesahan, bahkan dimaklumkan permintaannya juga telah lulus.

Hasnah berkata, dia lega apabila dimaklumkan wang itu boleh dikeluarkan untuk bantu suami, namun malangnya setelah menunggu lama dia dimaklumkan semula permohonan tidak diluluskan oleh pengurusan bank.

“Kami hairan mengapa banyak alasan diberikan. Mula-mula lulus, sekarang tidak pula. Sedangkan KWSP sudah lulus. Bank pun sudah tengok keadaan kami. Kami memang perlukan wang ketika dalam susah. Itu memang duit kami,” katanya.

Sehubungan itu, Hasnah merayu supaya wang tersebut dapat dikeluarkan segera untuk membayar hutang arwah suaminya dengan pihak bank melibatkan kad kredit dan juga pembelian bas sekolah, serta menampung perbelanjaan harian.

“Ketika sakit memang kami mengharapkan wang KWSP lah untuk bekalan tua. Tapi sedihnya apabila susah wang itu tak dapat guna. Lepas ini saya perlu biayai pengajian anak lagi.

“Saya sudah tiada ada wang. Lebih RM26,000 sudah dibelanjakan sepanjang suami sakit, tidak termasuk susu satu tin berharga RM90 yang hanya bertahan untuk seminggu,” katanya yang sudah berhenti kerja untuk menjaga suami sebelum ini.

Lagi sedih katanya, pegawai bank datang mengambil cop jari suaminya yang terlantar dan memberitahu wang tersebut memang sudah boleh dikeluarkan, namun semuanya tinggal harapan apabila dia sekali lagi dimaklumkan ia tidak diluluskan.

Hasnah memberitahu, dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi dan mengharapkan pihak bank dapat mempercepatkannya dan mempertimbangkannya.

“Saya tidak kisah untuk difaraidkan wang tersebut. Apa yang saya kesal adalah wang ini sepatutnya digunakan ketika suami sakit tetapi sehingga dia meninggal pun, masih tidak dapat,” katanya yang sudah laporkan masalahnya kepada Bank Negara dan pihak polis.

3 comments:

  1. Hati hati kak.klu chop jari dh ambil takut takut pegawai Bank dh songlap duit puan.banyak alasan yg diberikan padahal duit dh habis

    ReplyDelete
  2. Mmg celaka sapa yg makan duit tu

    ReplyDelete
  3. lain kali kalau kakak pergi ke bank tunjukkan kad 1MDB yang kakak telah beli dari kedai runcit di kampung kakak tu.gerenti dapat duit.sebab sekarang semua undang2 di malysia ni dah jadi celaka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa