Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 24, 2016

Macam budak-budak kacau adik: Rupanya tunjuk perangai hodoh kerana nakkan perhatian!

Pemandu teksi serang Uber dan Grabcar mahu tarik perhatian kerajaan, dakwa penganalisis
pada 23-04-2016 02:04 
Oleh Muhammad Asyraf Azlan
SHAH ALAM: Sikap agresif daripada pemandu teksi yang menyerang pemandu Uber dan Grabcar disifatkan sebagai strategi mereka dalam mendapatkan perhatian yang serius daripada kerajaan, dakwa Dekan Fakulti Perniagaan Unimas, Prof Dr Shazali bin Abu Mansor.

Katanya, sebelum ini pelbagai persatuan teksi telah mengadakan perjumpaan dengan pihak berwajib untuk menyelesaikan kemelut yang melanda pemandu teksi namun suara mereka itu diendahkan.

"Mengawal sistem adalah kerajaan samada kerajaan hendak menghalalkan atau tidak jika kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerajaan boleh menghalang aplikasi itu melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

"Jadi kerajaan masih biarkan dan tidak menghalangnya dan sebab itu pemandu teksi tiada cara lain dengan menyerang pemandu Uber berikutan periuk nasi mereka telah terjejas," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini hari ini.

Menurut Shazali, pemandu teksi perlu melalui proses tertentu sebelum memandu teksi seperti membayar permit, tetapi apabila kerajaan mengabaikan mereka membuatkan kumpulan ini kecewa dan bertindak di luar kawalan akibat tekanan hidup.

Dalam pada itu, Shazali berpendapat adalah tidak menjadi masalah kepada pemandu teksi jika mereka dapat bersaing secara adil dengan aplikasi Uber dan Grabcar.

"Bila kita bayar permit semua kita menjangkakan kerajaan akan lindungi kita tapi apa yang kita dapat daripada permit itu? Jadi dari situ pemandu teksi mengharapkan sesuatu dari keajaan untuk campur tangan.

"Jika ada persaingan biar adil, teksi perlu bayar permit dan perlu melalui proses tertentu tidak seperti uber, ini yang menjadi punca (masalah) dan jika semuanya sama saya melihat perkara itu tidak ada masalah kepada pemandu teksi (untuk bersaing)," ujarnya.

Tindakan pemandu teksi yang bertindak lebih agresif menyerang pemandu Uber dan Grabcar menjadi viral di media sosial.

Mereka menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang disifatkan sebagai kereta sapu haram.

Terbaru, SPAD mengumumkan perkhidmatan teksi bakal menjalani transformasi, termasuk pengenalan sistem tunggal baharu menerusi online dan aplikasi telefon mudah alih yang lebih bersepadu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata ia bagi membolehkan perkhidmatan teksi negara ditambah baik selain meningkatkan imej perkhidmatan berkenaan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, Kementerian Pengangkutan dan SPAD giat memperincikan sistem baharu serta butiran transformasi berkenaan sebelum diumumkan.

Sebelum ini, Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Bandaraya Shah Alam memberi jaminan bahawa pemandu teksi mampu mengubah sikap seperti mana kehendak pengguna yang membandingkan mereka dengan pemandu Uber dan Grabcar.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa