Tuesday, 19 April 2016
KEBENARAN RASANYA SUDAH SEMAKIN DEKAT...
Belum pun lama Najib Razak, penyokong dan penerima dedaknya dapat bergembira dengan kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir berkenaan wang RM2,600 juta sebagai derma, The Wall Street Journal kini tampil lagi dengan pendedahan barunya.
Dalam laporan terbarunya, WSJ mendakwa wang tersebut adalah berpunca daripada syarikat palsu, Aabar BVI yang menerima daripada 1MDB sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta bagi pihak IPIC atau International Petroleum Investment Company sebagai deposit sekuriti.
IPIC bagaimanapun dalam laporannya kepada London Stock Exchange baru-baru ini menafikan Aabar BVI adalah anak syarikatnya atau ada kaitan dengan mereka, manakala Arul Kanda, CEO 1MDB pula tidak menolak kemungkinan mereka menjadi mangsa penipuan.
Syarikat palsu itu didaftarkan di British Virgin Island dengan nama Aabar Investment PJS Ltd (Aabar BVI), manakala anak syarikat IPIC yahg sebenar yang didaftarkan di Aabu Dhabi ialah Aabar Investment PJS.
Menurut WSJ, sebahagian wang daripada syarikat palsu itu berakhir di Tanore Finance Corp, entiti yang sama yang memindahkan wang sebanyak RM2,600 juta ke dalam akaun peribadi Najib di Ambank.
Dengan terus mempertahankan dakwaannya sebelum ini bahawa wang yang diterima Najib itu ada kaitan dengan 1MDB, ia memperlihatkan seolah-olah WSJ mempunyai banyak bukti berkaitan pengaliran wang tersebut serta menolaknya sebagai derma daripada mana-mana Pak Arab.
Semakin dinafikan dan cuba ditampil beberapa individu tertentu, termasuk Menteri Luar Arab Saudi untuk menyokong Najib berkaitan wang berkenaan, WSJ sebaliknya semakin mendedahkan satu demi satu bukti yang ada pada mereka.
Apakah perkembangan akhir-akhir ini menunjukkan semakin hari semakin terdedah misteri wang itu kepada kita semua?
Sementara pendedahan WSJ itu tidak berani disanggah dengan bukti-bukti yang lebih kukuh, jauh sekali mahu menunaikan janji mengambil tindakan undang-undang, kebenaran seolah-olah kian hampir menampakkan wajahnya yang sebenar.
Kita juga tidak harus lupa bahawa Najib sendiri turut menafikan wang yang diterimanya berpunca daripada 1MDB. Beliau turut menafikan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.
Berapa lama lagi Najib mahu dan mampu bertahan jika WSJ terus tampil dengan dakwaan dan bukti-bukti baru yang akhirnya semakin menampakkan "wajah kotornya" di mata rakyat dan kepada dunia? (SH 19/04/2016). - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa