Blog Raja Petra tarik balik tulisan serang editor Sarawak Report
| MALAYSIA DATELINE
| MALAYSIA DATELINE
Blog Malaysia-today.net yang dimiliki oleh Raja Petra Kamarudin hari ini menarik balik tulisan berkaitan dengan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Browm dari laman itu dan kesal dengan penyiarannya hari ini.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh blog itu hari ini, pada 2 February 2016, mereka menyiarkan tulisan bertajuk “A Record of Untrue Stories – the Case of Clare Rewcastle”.
"Tulisan ini kami ambil dari laman yang lain dan disiarkan untuk tatapan pembaca Malaysia Today.
"Tulisan ini mengandungi beberapa dakwaan terhadap Ms Rewcastle, yang kemudiannya membuat penafian selepas membacanya dan memaklumkan kepada kami ia tidak benar.
"Kami tidak menulisnya dan tidak terlibat dalam penulisannya dan kami tidak mempunyai sebarang hubungan dengan penulisnya dan kami tidak mengiktiraf tulisan itu.
"Kami telah mengeluarkan tulisan itu dari laman kami selepas menerima bantahan dan kami kesal dengan akibat dari tulisan itu," kata tulisan yang disiarkan dalam laman itu hari ini.
Sebelum ini, Malaysia Today menyiarkan tulisan itu dengan menyiarkan gambar Rewcastle dengan caption "seorang wartawan penipu".
Ekoran itu, Rewcastle telah menghantar satu surat melalui peguamnya pada 7 April lalu yang menuntut agar tulisan asal dari Open Source Investigation (OSI) dikeluarkan.
OSI banyak melaporkan hal ehwal Malaysia dan mensasarkan para pengkritik Perdana Menteri Datuk Najib Razak.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa