Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 22, 2016

Sesi ceramah DZN di UTeM

Sekitar sesi ceramah DZN di UTeM malam tadi yang baru berlalu. Seperti biasa tetamu2 bukan muslim diberi keutamaan untuk bertanyakan soalan2. Soalan2 dari mereka memang menguji minda. Apabila tiba giliran orang2 melayu bertanyakan soalan, seperti biasa, lari dari topik, kaitkan dengan politik. Paling hangat apabila seseorang lelaki melayu bertanyakan soalan mengenai Hudud dan hukum menentang pemerintah. Lalu ini kata2 Dr Zakir;

"Saya pelik di Malaysia ini. Bila diberi peluang asyik2 tanya pasal hudud, hudud, hudud!" Keluh beliau.

Jawapan kepada soalan tersebut ialah ia mesti berbeza mengikut keadaan semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara. Dan sepanjang 20 tahun ini, beliau tidak pernah jumpa mana2 negara islam di dunia ini yang mengamalkan undang2 syariah 100%.

Kata beliau lagi dakwah sebenarnya lebih utama berbanding sibuk nak laksanakan hudud. Lebih mudah jika masyarakat diislamkan secara total, maka takda isu nak buat apa2 pun. Sebab secara normal tiada muslim yang tak suka cara islam dipraktikkan.

Kita sibuk nak buat hudud, sedangkan tuntutan Allah supaya umat islam bersatu dan jangan berpecah belah tak nak dilakukan.

Kemudian lelaki yang sama tanya pula apa hukum jika kita menentang atau lakukan pemberontakan terhadap pemerintah sebabkan mereka tidak mahu laksanakan hudud. Maka jawapan mudah dari Dr Zakir dengan nada yang SANGAT TEGAS dan KERAS;

"HARAM in Islam!!!"

Sebab ianya adalah fitnah. Dan fitnah itu lebih besar dari pembunuhan. Setiap pemerintah akan ada membuat kesilapan, tapi orang islam diharamkan oleh Allah menentang pemerintah. Kerana ia mengundang kepada fitnah. Turunkan pemerintah dgn sistem yang ada di negara masing2. Tergamam lelaki tersebut.

Kesimpulannya, jangan sibuk nak buat itu ini sedangkan perkara yang lebih utama iaitu berdakwah diabaikan.

Kegembiraan dan keghairahan orang PAS terhadap Zakir Naik mulai merudum dan mereka tertanya2 di dalam lubuk hati masing2, Zakir Naik ni WAHABI ker?

Teuku Zachariyah Iskandar

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa