Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 27, 2016

Walau apa pun hasil dari perbincangan, mood pengundi sudah rosak

Kerusakan berlaku bukan saja di kerusi-kerusi berkenaan bahkan di seluruh Sarawak........terima kasih kerana berikan peluang pada pihak lawan menabur racun!

PKR sedia berbincang, DAP pula bagaimana?
 | April 27, 2016
Ini bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di enam kerusi DUN Sarawak
mansor
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata masih ada peluang untuk membaiki situasi di enam kerusi yang bertindih dengan DAP menjadi pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Ahli Biro Politik PKR, Mansor Othman berkata kedua parti perlu mempunyai kemahuan untuk “memberi dan menerima” sekiranya mahu menjayakan matlamat bersama dalam pilihan raya kali ini.
“Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional.
“Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung.
“Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?” soal Mansor, merisik keberanian DAP untuk kembali ke meja rundingan.
Kenyataan Mansor ini mengulangi seruan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang ditujukan kepada rakan-rakannya dalam PKR dan DAP agar kembali berbincang dan membentuk kesepakatan baharu.
Menurut Mansor, kegagalan PKR dan DAP mencapai kata putus yang boleh diterima kedua pihak merupakan “kesilapan milik bersama”.
“Saudara Azmin (Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali) menghubungi saudara Guan Eng (Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng) dan mencadangkan penyelesaian pertindihan 5 kerusi dengan 3 diserah kepada PKR manakala 2 lagi kepada DAP untuk mengelak pertandingan tiga penjuru.
“Akan tetapi saudara Guan Eng enggan mempertimbangkan sebarang jalan penyelesaian secara baik untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru,” jelas Mansor, menjawab kisah rundingan pengagihan kerusi.
Menurut Mansor, PKR pertama-tamanya bersedia menghadapi pertandingan tiga penjuru sekiranya rundingan dengan DAP gagal.
Semalam, ketua sayap wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berkata PKR akan terus berkempen di kesemua kerusi yang bertindih.
“Kegagalan proses rundingan antara KEADILAN dan DAP amat dikesali,” kata Mansor, “malah perbalahan yang berlaku selepas itu juga dikesali. Walau bagaimanapun, kita kini perlu bersatu hati.”

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa